Thursday, August 30, 2007

Merdeka ke 50!

Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Selamat menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan ke 50!

Betapa kita sedar, betapa kita akur, kemerdekaan menjadikan kita sebagai seorang kita, bukan menjadi hamba kepada orang lain, menjadi kita pemikir pada kita, bukan memikir mengikut orang lain.

Dan, sejauh mana kita merdeka?

Baik dari segi zahir, maupun dari segi pemikiran? Merdeka kah kita kalau macam mana nak dapat makan percuma, nak dapat hadiah dari cabutan bertuah, bukannya mendapat habuan dari hasil usaha kita sendiri.

Dari segi imannya merdeka kah kita kalau kita masih lagi mencuri?, mencuri dalam mengerjakan ibadah, mencuri kudrat kawan-kawan dan juga mencuri masa dalam membuat pekerjaan?..

Entah la..
Mungkin banyak yang perlu kita pikirkan...

Tuesday, July 31, 2007

Eh kenapa? Tak Percaya?


"Kenapa? tak percaya.. saya dah boleh jalan la.. saya dah boleh berpijak diatas kaki saya sendiri, heee jangan mare "

Posted by Picasa

Friday, July 6, 2007

Semakin hari...


Setiap hari aku tatap wajahmu
Lidah ku kelu dan membeku
Tetapi sinaran sepasang matamu
Buat aku semakin rindu
Semakin sayang...
Kepadamu
Posted by Picasa

Tuesday, June 26, 2007

Sepetang Bersama Athirah


Posted by Picasa

Tuesday, March 13, 2007

Aww Chak!!!



Ok Sangkelu akan bercuti sampai Senin depan, esok start sibuk kat tempat kenduri, dah tu lak tak de apa nak repot sangat.. cuma nak bagitau blog ni akan berehat sementara..

pstt!! athirah dok try Baju kurung pertama dia, come kan? Baju ni sedondon ngan pihak sebelah lelaki sekeluarga.. untuk perempuan saja la.. lelaki? emm nampak gayanya tipis harap.. he hee!!
Posted by Picasa

Tuesday, February 20, 2007

Souq Al Bukhary






Nih la sepetang bersama Athirah di Souq Al Bukhary aka Giants Alor Setar.. emm hajat tu mmg nak pegi giant tapi nak beli dua tiga barang untuk persiapan majlis kahwin pak njang athirah ni.. tapi sekalai banyak lak kedai tak bukak dari Alor setar sampai la ke Jitra..
LAst2 lepak kat Marry Brown jer la.. Athirah ni pon dah lapar.. jadi order moi kosong jer la.. perencah yang lain letak tepi.. kang athirah dah kenyang.. abah dan mama dia la perebiskan.
Dek kerana raya cina ni gak.. ramai jugak orang kat sini... jenuh jg la nak dukung si athirah ni.. emm sekali kan sampai la kat tempat jual bantal2 yang besar2 tu.. emm dia nak main kat situ jer.. sampai tak nak pegi tempat lain.. aleh2 kena la beli jugak sebijik.. adusss.. athirah.. athirah...!!!

Wednesday, January 17, 2007

Athirah moving out..

So... setelah beberapa lama mencari aura, mencari pikiran, serta mencari panduan.. namun akhirnya aku kelu juga, tiada aura mendatang, tiada panduan yang aku dapat.. juga tiada pikiran yang menjenguk di kalbu.. so aku buat fikiran yang aku akan keluarkan athirah dari public.. jauh dari tatapan orang.. semoga akan ada yang berpuas hati.. dan ada yang menjadi suka hati.. namun bagi aku tiada secalit perasaan marah, kesal, maupun berduka...

Jadi athirah takkan menghiasi blog ini ( entah ke sementara , entah ke selamanya.. aku pon tak tahu..) , biarlah aku abadikan athirah di satu ruang yang sulit.. dimana aku bebas untuk bermegah dengan diriku, menangisi perit hatiku.. dan bermuram durja ... dan jangan bimbang yang elok, yang ranum, yang hensem dan lawa serta gumbira akan ku khabarkan kat sini..

jadi,
bergumbira lah..
bersenang-senanglah..
tiada apa lagi perlu di hebohkan..
tiada apa lagi di war-warkan..

Entri lain..

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin