Friday, February 8, 2008

Aksi Athirah : Muzium Padi Kedah





Sebenarnya tak ada apa sangat yang nak di laporkan.. cuma hari ni.. teringin pulak nak berjalan-jalan.. selepas hilang letih pi Langkawi.. cuti ponmasih panjang so kami pergi la berjalan-jalan.. target kami ialah Muzium Padi dekat Gunung Keriang kat Kedah.. dalam kol 4 petang lebih.. kami bertolak la.. tapi sayangnya bila sampai sana tengok-tengok Muzium ni tutup pokol 5 petang.. isk lewat dalam 5 minit saja la... mana lak tau yang tutup awal.. dah la baru dok cari jalan..

Tengok kat sana masih lagi ramai yang dok berkeliaran kat kawasan tu.. hmmm jadi kami amik la kesempatan tangkap gambar kat area tuh.. boleh la si Athirah tu berposing sakan.. dalam pukul 5.30 lebih kami keluar dari kawasan tu.. dan Pi Kaki Gunung Keriang.. tengok kat situ ada banyak jual batu Kristal yang hidup.. ramai betul orang kat sana .. nak parking pon susah , mama Athirah dok chek batu-batu tu.. dan sempat juga beli sorang satu rantai tangan denagn Athirah.. he hee ada juga keja diorang kan.. dan Athirah tu punya la suka pakai gelang tangan tu.. dah jadi dua .. lepas beli satu kat Langkawi.. hu huu tak tau berapa lama boleh tahannya.. nasib baik la beli hak yangmurah-murah..

Posted by Picasa

Thursday, February 7, 2008

Seronoknya dia...

Akhirnya, setelah hampir sebulan berjanji untuk menjayakan sesi mini jalan-jalan ke Langkawi, jalan-jalan ni adalah atas inisiatif mem aku sendiri la, dia yang nak gi berjalan sangat, sampaikan semuanya dia uruskan sendiri.. hu huu.. aku goyang kaki saja la.. Bila sebut nak Langkawi.. sudah semestinya yang bermain di kepala aku adalah wang.. dan sekali rupa-rupanya budget juga telah di buat.. dam aku tambah-tambahkan saja.. he he ok lah tu..
Jadi pada 06 hb tu kami bertolak la se awalnya ke Jetty Kuala Perlis dengan batuan sepupu aku yang menghantar kami. Dan malangnya bot terawal yang boleh dapat ialah 9.30 pagi.. sedangkan bot 8.45 masih lagi belum bertolak.. hu huu dasar ulat bot! Maleh nak berbicara lanjut kami masuk ke tempat menunggu, sambil dok teropong sana sini kalau-kalau ada peluangboleh mencelah nak naik bot awal itu, mungkin berkat kesabaran kami itu, dengan tiba-tiba ada juga peluang naik bot awal itu, dari 30 - 40 menanti .. lepas dalam 15 orang untuk naik bot awal.. lega...

Lebih kurang pukul 9.45 kami dah mendarat di Jeti Kuah, perkara pertama kami kena selesaikan ialah mencari kenderaan, nasib baik mem aku dah buat tempahan kat kawan dia untuk dapat kansebuah kereta, keretan Kancil.. heh jadi lah.. keluarga kecik bawak sajala keta kecik.. jimat minyak sikit.. Lepas dapat kenderaan kami pergi pulak check ini kat Hotel.. Hotel Langkasuka ket kawasan Kuah juga, dekat dengan tempat bersoping nanti.. adeh jenuh la ronda soping nanti..

Lepas check in kat hotel, dah pukul 10.30 pagi, isk cepatnya masa berlalu.. belum sempat kemana-mana lagi dah kol 10.30 pagi.. jadi kami meronda-ronda saja la, keluar dari town, tempat pertam yang kami tuju ialah Underwater World Langkawi.. sebenarnya dah lama aku tak pergi Underwater World ni, sejak zaman tiket RM15 lagi, sekarang dah naik jadi RM35 aku rasa hu hu mahal tu.. dan nasib baik juga aku ada bawa kad kerja.. jadi boleh la dapat Govt. Rate.. RM 25 untuk 2 Dewasa dan 2 Kanak-kanak.. jadi dengan tiket RM 50 kami merayau sajalah kat dalam tu dari pukul 11.00 pagi hingga pukul 12.30 hari. Seronok juga Athirah dok tengok pelbagai jenis ikan dan haiwan-haiwan peliharaan kat situ.


Dah pukul 12.30 tengahari, perut pon mula mintak makanan la, hmm nak jimat punya pasal .. mem aku siap masak nasi goreng sebelum datang, jadi tak dak masalah nak cari kedai makan.. tapi masalah nak cari tempat yang startegik nak bersantai, dalam masa dok carik pantai tu pulak Athirah terlena.. mau tak mau kami kena jalan-jalan saja la dulu nak bagi dia tido lama sikit, dalam jalan-jalan tu juga kami boleh tersesat sampai ke Awana Porta Malai.. tempat simpan Bot Azhar Mansor si Pelayar Negara tu.. tanpa turun dai kereta kami hanya merayau-rayau saja la.. rayauan kami tu akhirnya membawa kami sampai ke Pantai Pasir Hitam.. dan disana lah kami makan-makan di tepi pantai dekat sebuah kampung, maleh nak turun ke pantai.. kami makan atas kereta saja la.. bersama Athirah yang baru bangun tido..

Dalam pukul 2.30 lepas makan segala.. kami singgah kat gerai-gerai kat Pantai pasir hitam tu.. bershopping sikit-sikit, beli baju kat Athirah, beli t-shirt Langkawi.. dan juga singgah bersembahyang kat surau dalam area gerai-gerai jualan tu. Dalam pukul 3.30 petang keluar dari Area Pantai Pasir Hitam tu dan belok pulak ke Tanjung Rhu... memang cantik Pantai dia.. Putih Bersih adanya.. Tapi dek panas terik.. tak jadi la kami berlepak lama-lama kat sana, jadi kami balik semula ke Hotel.. boleh juga Baring-baring.. tapi bila sampai kat bilik hotel, tak boleh nak baring juga.. Athirah yang tak penah masuk bilik hotel tu , keciwi habis.. dok lompat turun dari katil.. jenuh la dok pegang2 kan dia.. sampai tak mau lena la petang tu..



Dalam pukul 6.00 petang, kami keluar semula, untuk ke pantai sekali lagi, untuk menikmati senja di pantai.. Pantai tumpuan kami ialah Pantai Tanjung Rhu lagi la.. senang nak pegi.. perjalanan dalam masa 20min saja.. mula-mula tu ingat nak merayau-rayau saja, tapi akhirnya Athirah juga yang mandi.. bukan pasal apa, nak bagi kulit dia kena air masin.. orang kata nak bagi kulit tak tawar.. tak der la allegic sangat sampai mudah naik gatal-gatal dan kudis-kudis. Kami kat tepi pantai tu sampai la senja berlabuh. Lepas tu baru balik ke hotel.






Pukul 8.30 malam keluar pulak, pegi jumpa kawan mem aku, rupanya kak kawan mem aku tu kawin dengan orang dekat kampung aku, jadi bersembang la sekejap, tak boleh nak lama pasal Athirah dah ngantu sangat.. jadi kami tapau saja la nasi goreng balik makan kat bilik, sampai kat bilik makan-makan, lepas nak tido kan Athirah tapi tak mo nak lena juga, asyik dok naik turun katil.. adis.. akhirnya kami off kan tv, tutup semua lampu, baru lah dia tido, dengan abah dan mama yang belum sembahyang lagi tu, isk nasib baik la terjaga balik dalam pukui 12.30 malam.. kalau tak miss la..

Besoknya dah maleh nak pegi pantai-pantai lagi dah.. jadi jalan-jalan kat gerai-gerai di Kuah saja la.. emm tak banyak gerai yang bukak pasal nak raya kot.. so kami meraya la kat kawaswan Kuah tu.. lepas tu baru la bertolak ke Jetty dan naik bot dalam pukul 12.30 tgh. Sampai rumah dak kol 2.30 petang dah.. lepas tu bagi athirah tido dulu pasal dia ngantuk sangat dah.. dan lepas makan kami pon... bumm.. bumm. bummmm zzzzzzzz (pensan..)

-------------------------------

Salam...buat firani

Pertamanya
Tahniah, kerana selamat melangsungkan ikatan perkahwinan.. semoga berbahagia selalu, hingga selamanya.. juga moga murah rezeki selalu.

Keduanya
Maaf, kerana tidak dapat menghadzirkan diri di majlis gemilang itu diatas sebab2 yang tidak dapat dielakkan dan ada komitmen lain lebih awal.

Ketiganya,
Terima Kasih, keran menjemput kami sekeluarga, juga terimakasih kerana menjadikan 07.02 sebagai hari berbahagia, amat berbesar hati adanya tarikh ini bersempena tarikh kelahiran..

sekian terima kasih!
Posted by Picasa

Sunday, January 27, 2008

eeee... sejuknyaaa..!!


Posted by Picasa
Hari Ahad.. entah psai apa tah.. teringat pulak nak pi Gua Kelam .. tu pon selepas aku terjumpa gambaq kat satu forum yang bagitau bahawa nanti kat Gua Kelam akan ada ketaapi (mmacam roller coaster tuh.. ada rel dia) untuk tujuan melawat kawsan-kawasan Bukit Dataran Nakawan.. emm teringin juga aku nak tengok dan amik tau perihal semasa ni.. he hee.. mem aku pulak teringin nak pi padang besar.. dah tu nak potong rambut.. jadi kami setkan jadual la.. pagi , gi amik mak dia, pastu pi umah kak dia di BEseri dan lepas makan dan sembahyang baru pi Padang BEsar lepas tu baru pi Gua Kelam kalau sempat.. (dah lari dari apa yang aku rancangkan.. )

Dalam kol 10 pagi lagu tu, selepas balik nari nat, kami pon bertolak pi amik mak mertua aku.. lepas tu baru pi BEseri.. sampai sana dah dekat kol 12.00 so.. depa pesah masak-masak dan dalam kol 2 baru leh makan.. selepas sembahyang kami bertolak ke PAdang BEsaq.. sampai sana dalam kol 3.30.. so rasanya tak akan dudk lama kat situ pasal, bukan nak beli apa sangat pon.. cuma nak beli brooch mem aku.. hmm tapi sempat juga dia beli track suit sepasang dengan barang makanan seperti kacang cerdik (pistachios) dan juga kerepek2 segala benda tu.. macam tu juga mak metua aku tu.. depa pakat borang makanan jer la..

Dalam pukul 4.10 kami dah keluar dari padang besar.. emm dah tak dak nak borong apa sangat.. tak tunggu lama la.. tapi kalau nak betui2 memborong mau kol 6 baru boleh balik tu.. Lepas tu terus la kami pi ke Gua Kelam, sampai kat sana dah pukul 4.30 lebih dah.. emm tengok tak ramai orang kat sana , ada juga bebudak UITM dok buat camping kat situ.. memula tu ingat Athirah takut air.. so nak bagi dia main - main jer la air tu.. tapi lepas seminit dua dia main.. mula la makin rancak.. siap terduduk atas air dan pasir tu.. jadi terus jer la mandikan dia.. ' sampai sejuk-sejuk athirah main air.. mujur la tak demam.. tapi dia seronok ajer la.. dalm kol 5.30 kami pon bertolak balik la.. on the way balik tu Athirah terus tertido dalam keta.. uh huh jarang sangat dia tertidor dalam keta nih.. mesti dia letih main air tu.. ( lupa lak.. pak dan mak athirah tak mandi sama petang tu.. simpan untuk projek Raya Cina nih.. :) )hmmm best juga sesekali pi sini.. mujurla air pon ada walaupun tak banyak pasal musim kemarau sekarang ni.. kalau macam ni nanti aku boleh buat port mandi-mandi dengan athirah la nanti..

Friday, January 25, 2008

Isk.. isk tu diaa... !!

Posted by Picasa
Dah lama aku tak update rupanya.. maafkan aku.. selepas sekian lama badan aku demam, dan sekarang ni masih lagi terasa belum selesa denagn sedikit batuk batuk. Dan selepas itu maka idea aku juga turut demam dan minda ku juga menjadi begitu kelu untuk melakarkan coretan-coretan disini.. sekali lagi maafkan aku..

Merujuk kepada gambar tertera di atas, selepas sekian lama aku tak perlu menghadiri apa-apa program di luar waktu pejabat maka, kali ini aku terpaksa juga keluar malam. Pagi tadi.. semasa aku nak pi Punch card (thump print sebenarnya..) aku terbelek satu sekla ( circular) yang mengkehendaki aku menghadiri satu majlis iaitu Majlis Perasmian Ekspo Maal Hijrah. Hmmm nampak gaya dah ada nama ni, terpaksa la aku pergi jugakan.. dah tu pulak siap berpakaian batik lak malam-malam.. isk maleh nya aku.. tapi apa nak buat.

So balik umah aku pakat dengan mem aku untuk nak bawak 'lesen besar' untuk balik awal. Jadinya kena la bagitau kat pengasuh athirah untuk pastikan dia tidor siang tu untuk menjamin bahawa dia tak akan mengantuk awal malam tu.. petangnya dalam kol 6.30 lebih-lebih aku dah sampai umah.. jadi sempat rilek sekejap , main main dengan athirah..pastu leh terus mandi manda untuk siapkan diri ke majlis malam ni..

Dalam kol 8.30 kami keluar la pi ke Dataran 150.. berdekatan dengan bangunan Jam Besar .. tempat diadakan Ekspo Maal Hijrah tu.. so kerana sampai agak awal (sebelum jam 9.00 malam) jadi sempat juga kami ronda-ronda kejap di kawasan persekitaran tu.. hmm apa yang ada .. ada jualan produk-produk tempatan.. seperti keropok ikan keli, ada juga juala kopi herba, ada juga jual ikan keli hidup.. juga ada sudut untuk mengurut secara tradisional. Terdapat juga di situ bebarapa Jabatan kerajaan yang membuat pameran jabatan masing-masing, termasuk juga lah jabatan aku.. huh patut la.. hmm aku pon dah ketinggalan.. pasai semenjak dok di temapat yang agak terpencil nih (walaupun berada di pusat..) aku dah teramat kurang terlibat dengan sumer nih, pegawai yang dok denagn aku yang manyak terlibat.. mungkin pasal aku dah kawin kot.. dan depa masing bujang so aku ada excuse juga lah kan..? Dalam lebih kurang 5 minit sebelum majlis bermula MB Perlis tiba untuk merasmikan majlis.. dan kebetulannya aku berada di gerai jabatan.. dan kebetulan juga gerai jabatan aku berhadapan pintu masuk utama, dan kebetulan juga masa tu kami ada di hadapan.. jadi selepas edisi sambut-menyambut oleh para penyambut tetamu dan dif-dif.. maka MB Berjalan untuk bersalam dengan orang ramai.. dan ketika itu dia terpandang Mek aku tuh..

" Ehh anak sapa ni?".. MB
" Anak saya la.. " .. Mem Aku
" Sapa nama? Meh salam .. " .. MB
" Amau... ".. Athirah
" Mai la.. comeinya dia" MB sambil sua(hulur) tangan.. dan detik tu tiba-tiba si Athirah tu sua tangan dan cium tangan MB.. hu hu.. terkedu aku, tak terkata apa.. lepas tu baru dia salam dengan Datin Seri pulak.. hehe glamour la sekejap.. tapi sayang nya aku terkedu terus.. lupa nak tangkap gambar masa tu.. isk ruginya.. cuma yang tak terjadi malam tu, nasib baik la athirah tak kata " amau kawan.." he hee kalau dia marah ke, atau kita bangkang dia sekarang ni itu la ayat dia.. lepas tu kena pi pujuk la kata " awan la..".. pastu dia gelak la..

Satu lagi mujur lah dia tak jawab masa MB tanya nama dia mujur la dia tak jawab.. " Atun Eii.. Ahhh!!".. heh he kalau dia jawab macam tu mesti pakat gelak besaq.. emm dah besaq rupanya anak aku nih.. dah boleh sebut nama dia walaupun masih pelat-pelat dia tu.. dalam kol 9.45 kami balik la.. pasal Atu Eii Ahh tu dah menguap sangat dah.. dah ngantuk .. dah sampai masa dia nak lelapkan mata.. mujur juga dia tak meragam sangat.. cuma dok gaduh nak berjalan.. isk nasib baik pakai stokin saja, tak pakai kasut.. kalau tak jenuh la hambat dia satu kawasan tu..bukannya dia nak jalan..tapi nak larii...

Thursday, January 17, 2008

Apa la abah ni..


.. hmm sebenaqnya tak dak apa sangat aku nak ceritakan.. cuma sebuah perjalanan di suatu petang.. lah biasa lah kan athirah kalau petang2 dia boring dia nak ajak pegi berjalan-jalan la.. kebetulan petang tu kami takder nak buat apa.. ok le boleh ronda-ronda tepi pantai kan.. semenjak dua menjak ni pantai sepanjang Kuala Perlis ke Kuala Sanglang banyak mengalami perubahan, tambakan batu dibuat di sepanjang jalan , jadi banyak tempat dah tak dak pasir lagi.. tinggal la setempat dua yang banyak menjadi tempat tumpuan orang...

macam tu juga dengan kuala sungai kurung tengar.. dah kena tambakan batu.. dah banyak berubah, ada chalet kat situ.. tgk dah siap dah cuma tunggu masa dapat CF kot.. lepas ni boleh la di gunakan..

isk tak dapat juga aku nak panjangkan entry nih.. athirah dah bangun.. dok kacau di suka sangat dengan mouse nih..

Posted by Picasa

Saturday, January 12, 2008

Exercise vs senaman



dah lama aku tak exercise dan senaman ni.. harus berat badan aku ni, dah la tu.. nak sesekali buat senaman macam ni sakit habis la urat aku.. jadinya bila la aku boleh nak senaman maacm ni lagi..? kalau ikut program pejabat.. huh hu 2 minggu sekali la...
Posted by Picasa

Saturday, January 5, 2008

Hilang..

Hilangg.. hanya yan tu aku boleh katakan.. yang aku katakan hilang tu bukang nya harta, wang ringgit dan sebagainya tapi hanyalah hileng idea, hilang semangat nak menulis disini.. entah kenapa.. aku tak dapat nakpastikan.. sebenarnya banyak yang aku boleh masukkan kat sini, malahan konklusi tahun baru tu sebenarnya dal sekitar 2 bulan teerkhir tahun 2007.. aku tak meliputi suka duka sepanjang tahun.. sekali terigin juga kau nakbuat tapi.. tiada perkataan yang keluar dari minda aku..

jadi aku ingat mungkin aku patut mula maenulis di rumah semula.. akan ada ruang yang lebih santai dan panjang.. tapi aku salah bila dah ada internet kat umah.. aku melilau tak ketahuan hala, aku masuk forum dan berkelahi dengan orang (berkelahi kata2 saja.. dan tiada melibatkan perasaan.. jadi tak der la peperangan), aku melawat blog orang lain, tapi tiada nafsu untuk mencoret kat sini.. aduh kesihan.. kesahian kat blog ni.. kesihan juga buat otak ku.. ku cuba nak pujuk pelan-pelan agar ruang blog aku ni tak terbiar kekosongan.. anggapla sebagai satu azxam baru nak jadikan blog aku ni meriah.. meriah dengan cerita, dengan kata-kata yang menawan, dengan kunjugan dari kawan-kawan.. tapi aku tak mampu nak berbohong.. aku tak mampu nak sembunyikan.. bahawa dalam masa ni blog in akan kurang rasanya.. kurang meriahnya dan kurang rasanya.. kalau masak asam paedas pun mungkin kurang asam nya.



ada yang bertanya.. macam mana teman ku yang baru, adakah ianya kurus dan cengkung, atau gemok gedempon.. atau slim macam ratu kebaya, macam mana dengan kepantasannya beraksi, hebat atau biasa-biasa sahaja, adakah dia putih, hitam, biru datau merah..

jadi inilah temanku,
tidak terlalu gemok, juga tidak terlalu kurus,
kehebatan dia tidak lah terlalu hebat,
tapi cukup buat aku puas,
dan aku tak terkilan walau hantarannya agak tinggi bagi warna nya yang agak legam itu,
tapi aku puas, prestasinya belum mengecewakan aku..

++
huh..
baru ajer aku boh tajuk hilang..
dan blog aku betul-betul hilang..
entah apa kenanya aku tak tahu..
lepas masuk entry nih tadi.. tiba-tiba tak naik.. naik apa-apa punya laman web tah.. huhu
nasib baik aku teror juga tak panik
kalau tak ilang abis la..
tapi kesan nya hallowen tu dah tak leh pakai..
memang dia nak suruh cat rumah lain kot..

Posted by Picasa

Entri lain..

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin