Thursday, September 20, 2007

RM 10 je...

Huh, entah la apa kenanya hari ni, mengantuk betullah, sampai tak terhabis aku nak baca blog nih, aku ingat dah kemarin baca sekerat hari ni leh la aku perabis. emm dak jugak gayanya. Walau macam mana pon bukan la pasal blog ni tak besh.. tapi ntah la dah petang kot.. itu yang ngantuk sangat.

Tapi kan, megantuk ni dari tadi lagi, dek kena mengantuk, dan kerana kelabu mata dok mengadap komputer ni, jadi aku ingat nak merayau lah tengah hari ni, so masuk je time rehat, terus jer aku start keta, pi ke Kuala Sungai Baru, nak beli ikan.. bukannya tak dak ikan yang di juai dekat-dekat ni, tapi saja la aku tak mou dok layan ngantuk ni..


Dek kerana aku rehat awai minggu ni, kol 12. DAlam kol 12.20 aku sampai kat kuala sungai baru, orang tak ramai pon, dan stok ada tapi tak berapa banyak, tapi boleh la... stakat nak makan kami 3 beranak dan angah si Athirah ni. belek sana, belek sini, godek sana, godek sini.. aku amik la ikan gerut(?) seekor, leh balik bakar nanti, pastyu beli ikan temenung sikit, dak ikan nyok-nyok(?), and guess what..? semua tu baru jer RM10. hehh hee jimat tak..?


On the way balik opis aku singgah dulu kat umah, simpan ikan kat dalam peti ais,lepas tu aku jemur lak sabut kelapa nak wat bakar iakan nanti (basah.. pasal 2 , 3 hari lepas tu ujan lebat) dan rushing balik ke pejabat.. woo semua tu dalam masa tak sampai sejam.. waaa!!


isk ada lagi ceta pasal si athirah berbuka puasa.. nanti-nanti la aku ceta...
errr:- macam penah tgk jer entry ni kan..? sama lah macam tahun lepas gak.. lebih parahnya gambar tu pun tahun lepas punya jugak...

Thursday, September 13, 2007

Gigi..

Posted by Picasa

Friday, August 31, 2007

Jalan-jalan di pantai

Merdeka... merdeka..!!

Selepas semalam tengok kereta berhias... sampai umah tak lena lagi.. dok layan tv saja sampai kol 2, emm aper taknya.. kat luar umah tu bising, bebudak moto tu baru balik dari tengok bunga api merdeka.. bisingnya ya amat.. siap leh dok wheelie kat depan umah aku.. mujur la athirah tak jaga.. kalau tak ni maunya aku lastik diorang ni.. paginya aku kena berkawad pulak... alah takder berkawadnya.. berjalan saja.. dah tu pegang bendera kecik.. sampai depan orang-orang besar tu (dif-dif) ... goyang-goyang ajer.. so tak der berkawad pacak tu.. em panjang lak tahun ni.. dah jadi 90 orang staf berkawad.. so hampir semuanya masuk.. kalau yangbertanding kawad tu dalam 37 ajer kot.. meriah jadinya.. dalam kol 11 tu abis la semuanya.. rinkas betul... yer lah dah ari jemaat.. pakat nak pi semayang ooo.. takkan nak semayang masjid negara lak.. ?

Petangnya... tak da projek nak pi mana, jalan-jalan jer lah kat tepi laut tu.. sekali tengok, isk rama beno doklepak kat tepi laut ni, bermacam ragam ada, yang meniaganya, yang bawak anak bini berjalan, yang bawak girlpren dan boipren berjalan pon ada. Tapi sayang fasiliti kurang la pulak, jalan kecik, tempat berniaga kurang sesuai( dah banyak kali kena operasi, tapi masih beroperasi, kalau tak kasi beroperasi, kena sedia tempat yang elok untuk beroperasi, ni.. tak kasi-kasi.. tempat elok, orang berhimpun kat situ.. mesti la strategikkan..?) tempat parking pon tak dak... kalau tak kena gaya ada abang pacak tunggu.. tak kasi parking kat tepi jalan.. hi.. nasib-nasib..

Tapi kalau korang naik ke hala kuala sungai baru ( yang tadi tu dekat kuala perlis) boleh parking lak.. pasal dah siap tambak dah.. dah tu ada sedikit tempat pasir.. ( ler dah pantai berselut.. nak wat gena kan..) tapi kalau korang pandai cari, cari kuala sungai Kurung Tengar nih, ada pasir.. ada chalet.. ada bot nelayan, ada hutan bakau, dan ada pos polis.. haa kat sini kami pi lepak ngan athirah.. leh tankap gambo lagi.. tapi sayang ayaq surut.. nampak tanah jer la...

Posted by Picasa

Thursday, August 30, 2007

Merdeka ke 50!

Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Selamat menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan ke 50!

Betapa kita sedar, betapa kita akur, kemerdekaan menjadikan kita sebagai seorang kita, bukan menjadi hamba kepada orang lain, menjadi kita pemikir pada kita, bukan memikir mengikut orang lain.

Dan, sejauh mana kita merdeka?

Baik dari segi zahir, maupun dari segi pemikiran? Merdeka kah kita kalau macam mana nak dapat makan percuma, nak dapat hadiah dari cabutan bertuah, bukannya mendapat habuan dari hasil usaha kita sendiri.

Dari segi imannya merdeka kah kita kalau kita masih lagi mencuri?, mencuri dalam mengerjakan ibadah, mencuri kudrat kawan-kawan dan juga mencuri masa dalam membuat pekerjaan?..

Entah la..
Mungkin banyak yang perlu kita pikirkan...

Tuesday, July 31, 2007

Eh kenapa? Tak Percaya?


"Kenapa? tak percaya.. saya dah boleh jalan la.. saya dah boleh berpijak diatas kaki saya sendiri, heee jangan mare "

Posted by Picasa

Friday, July 6, 2007

Semakin hari...


Setiap hari aku tatap wajahmu
Lidah ku kelu dan membeku
Tetapi sinaran sepasang matamu
Buat aku semakin rindu
Semakin sayang...
Kepadamu
Posted by Picasa

Tuesday, June 26, 2007

Sepetang Bersama Athirah


Posted by Picasa

Entri lain..

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin