Tuesday, December 25, 2007

ee.... takutnya!


Mungkin yang tu athirah bercakap dalam hati dia..
bila tengok lembu-lembu yag dikorbankan..
tapi perasaan nak tau.. menyebabkan dia sepi beribu bahasa
orang kata, tak terkutik, tak bergerak...
di depan lembu yang dah terkorban..
Posted by Picasa

Edisi korban 1428H




Posted by Picasa

Wednesday, December 5, 2007

Emmm.. kembar ke ni?


update later
Posted by Picasa

Saturday, December 1, 2007

Little green monster!


Please dont make me angry
I know U dont like
when i'm angry!

Posted by Picasa

Thursday, November 22, 2007

Aww Chak!! Teka siapa saya?


ini lah Athirah, bila dapat suatu baang permainan bau, diakan bermain sepuas-puasnya lepas tu dia akan tinggalkan.. sekarang nih dah makin pandai berposing pulak, bila dia nampak kita pegang kamera, mesti dia kerenyeh sampai ke telinga, lepas kita snap gambar dia , kalut nak tengok sama, lepas tu dah nampak gambar dia mula la tertawa berhak-hak.. abis tu sapa tak tergoda dengan peangai dia.. sapa yang tak jatuh hati.. ?
Posted by Picasa

Monday, November 19, 2007

1440: Satu perjalanan

1440: Suatu Perjalanan.

16.11.2007.
Pukul 5.00 pagi, aku dah bangun, maklum lah nak memula kan sat perjalanan yang jauh, ke satu tempat yang aku tak pernah pergi, haluan kami adalah ke Felda Purun daerah Triang,Temerluh, Pahang. Selepas mem aku masak lebih kurang, termasuk juga sarapan buat mek tirah tu juga, masa ni mek tirah masih lagi lena.. jadi tak da masalah la mak dia nak memasak dan juga bersiap.. lebih kurang pukul 6.30 Tok Nyang si Athirah telefon, bagitau ada kematian sedara depa dekat umah di Sungai Padang.. so terpaksa la bertolak lambat sikit..

Lebih kurang pukul 8.30pagi baru kami bertolak ke Temerluh, perjalanan yang sepatutnya mengambil masa 8-10 jam akhirnya menjadi 12 jam ialah bila berkonvoi walaupun 2 biji kereta, tapi ada anak kecil dan juga ada orang-orang tua ni bermacam-macam halnya terjadi, setiap dua jam akan terpaksa berhenti, nak pegi tandas, dak makan, nak mengembut semuanya ada, dan bila dah beenti sekurang-kurangnya akan mengambil masa setengah jam, jadi perjlanan nih mengambil banyak masa jugak la.. oleh kerana tak da apa-apa event yang perlu dikejar sangat so kita orang rilek2 la.. bawak pon ngam-ngam ikut peraturan.. sempat berkelah di Hentian Tanjung Malim berkelah dulu, makan-makan dan sembahyang dulu.







Dalam pukul empat petang baru sampai ke Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) setelah melalui jalan berbukit ikut laluan Batang Kali.. uhh seram juga tapi control ayu jer la.. nasib baik tak berasap brek.. tapi dalam masa tu juga ada la sebuah kereta yang brek nya berasap.. sampai terpaksa berenti tepi jalan.. aku pon first time ikut jalan tu, tak der pengalaman.. cuma nasib baik ada pak mertua aku tu, dia ada pengalaman so.. dia la banyak beri tunjuk ajar.. he hee . Perjalan di LPT mengambil masa sejam lebih dan berhenti di Hentian sebelum keluar ke Temerluh.. emm masa tu dah pukul 6.00 petang dah.





Destinasi kami seterusnya ialah bertolak ke kawasan Triang, yang mana disitu la terletaknya kawasan Felda Purun.. bila dah masuk pekan Temerluh ni aku ingat dah dekat nak sampai dah la.. rupanya perjalanan mengambil masa hampir 2 jam lagi menlusuri sepanjang Sungai Pahang, suasana mula samar-samar nak senja, dan juga kerana di naungi dahan-dahan pokok sepanjang jalan, masih ni Athirah baru jer terlena selepas kali dia tertido dalam kol 10.30pagi masa atas Lebuh Raya Utara Selatan, lepas tu bangun terus dia berkicau sampai kol 6 baru tido lak. Masa dah masuk kawasan Triang tu sekitar pukul 7 lebih dah, hujan lebat sepanjang jalan, sampai tak nampak jalan, aku ikut berpandu lampu merah belakang keta depan tu.. masa kami masuk ke Kawasan Felda Purun, hujan dah berhenti.. kami sampai RUmah Pengantin dalam Pukul 7.45 malam.. lega aku..

Bila dah sampai, kena siapkan buaian kat Athirah, dia dah bangun masa sampai, tapi masih lali nak tido balik.. dah siap buaian.. letak je , dia sambung tido lak.. mesti letih dan ngantuk sangat la tu.. Pak dia remain steady lagi walaupun drive sepanjang jalan dan hari. Dah lepas rilek dan mandi sumer, dah masuk Isyak.. dalam kol 9.30 malam majlis akad nikah bermula.. aku sempat jugak sibuk-sibuk pi tangkap gambar sama.. maka jadi la kameraman berkain pelikat malam tu! Ingatkan dah abis akad nikah,abis makan, abis la acara malam tu, rupa-rupanya ada lagi acara... ada marhaban la.. lepas tu ada karaoke lagi sampai la pukul 12.30.. punya la kuat pasang PA System.. sampai Athirah terjaga.. Dah abis karaoke lega rasanya.. kot2 boleh nak tido.. tapi athirah lak tak mo tido, ntah la pasai apa, mungkin kerana orang ramai kat umah tu, yang lelaki masih dok bersembang, yang pompuan masa ni baru nak masak kek la dan ntah apa2 lagi, samapai la pukul 3 pagi.. athirah masih lagi tak tido.. last-last ntah kol berapa kami tido pon tak tahu.. peluk Athirah sampai dia tertido.. kalau tak masih dok berjalan satu umah.. yer lah dah bising, dah tu cerah lak umah tu..










17.11.2007 - Hari Kenduri

Aku bangun pukul 6.00 pagi masa tu, tengok masih lagi ramai yang terlentok.. so bangun sembahyang Subuh dulu lepas tu baru mandi.. lepas mandi dah pukul 7.00 pagi.. sarapan pagi pon dah ada.. sempat juga depa gorang nasik yang lebih semalam. Dalam suasana kampung yang masih gelap dan berkabus tebal tu, aku habiskan 2 pinggan nasi.. hu hu sodap makan pagi2 macam ni.. dah makantolong lebih kurang jer la.. pasal lauk pauk dan di masak semalam lagi dah, tinggal nak buat lemak nangka dan gulai tulang jer la.. pastu masak nasik.. dalam kol 12.30 lebih kurang.. dah boleh makan.. dan majlis makan kat sini rupanya pendek saja, dalam pukul 2.30 dah tak de orang.. Pengantin tiba dalam pukul 1.00 tengahari.. sebelum tu dalam pukul 10.00 pagi diadakan Majlis Berkhatam Al Quran untuk pengantin dan adik dia.. pastu sekali lagi diadakan Marhaban oleh suri-suri rumah pulak... petangnya tak dak rancangan apa so, kami sempat merayau dalam kawasan Felda Purun ni dan pi rumah kawan mem aku. Terkejut jugak dia macam mana boleh sampai, emm yer lah lepas dua tiga kali dapat panduan baru la sampai.


















Malamnya juga tak de apa rancangan, yer la masing-masing dah letih, termasuk juga pengantin bau yang letih basuh peiuk belanga yang diguna untuk memasak siang tadi. Dalam pukui 10.00 masing masing dah pancit dah. Termasuk juga Athirah, walaupun siangnya dia banyak tido, malam pon dia tido lagi. mungkin letih berjalan agaknya. Juga jenuh juga dia melayan karenah budak-budak kat rumah ni yang suka dok nyakat dia..

18.11.2007 - Makan besan & bertolak Ke Shah Alam

Macam biasa sekita jam 6.15pagi aku dah bangun dah, lepas sembahyang subuh, dah pakat-pakat bangun, dah masing-masing ada acara chit chat bermula, dengan bermacam-macam topik yang keluar.. dan topik yang hangat di bicarakan ialah sekitar perihal Rancangan Felda, masalah dan sebabnya terjadi, juga sekitar bab kelapa sawit dan sewaktu dengannya. Perbincangan awal pagi ni berlarutan bila roti canai kampung made dan kopi dihidangkan.. sudah tentu bila makan kopi perbincangan menjadi lebih hangat bukan kerana topiknya tapi kerana kopinya.. he hee

Dalam pukul 12.30 tengah hari, kami bertolak ke rumah pengantin lelaki bagi acara makan besan.. jalan yang besimpang-simpang, berbelok-belok serta turun naik bukit tu, agak memayahkan kami yang kurang biasa, tapi bagi tuan rumah dan kerabat adalah perkara biasa. Perjalanan yang mengambil masa dalam 10 - 15 minit tu bukanlah jauh, tapi adat bawak pengantin tak der la bawak laju-laju, sementelah jalan yang kurang biasa dilalui.. mek Tirah ni pon macam biasa, keja dia nak jalan je, smp umah pengantin lelaki dia round satu rumah, jenuh la dok cekup dia. Smapi jer terus acara makan-makan bermula, kami makan sambil dok cekup athirah yang buas tu.. bila habis makan diadakan sedikit doa.. makan si AThirah pon bersibuk-sibuk sama mengaminkan doa..'Aminnnnnnn' dia yang paling kuat dari orang lain tu telah berjaya membuat orang lain tertawa.. (nasib baik tok imam yang memimpin doa tu tak tergelak sama)




Dalam pukul 2.30 petang baru la kami bertolak ke Shah Alam. Dalam perjalanan tu kami singgah kat sebuah kampung nih untuk beli ikan patin, untuk di masak kat umah kak aku, untuk rekod.. aku lom penah makan masak lemak ikan patin.. tak per la aku try sekali ni. MAsih singgah beli ikan kat tebing Sg Pahang, hujan turun dengan agak lebat. Selepas beli ikan kami terus sambung perjalanan mengikut jalan lama Karak. Tiba kat Shah Alam dah pukul 8.00 malam.




19.11.2007 - Putrajaya & Balik Rumah

Hajat kami ke Shah Alam ni bukan sesaje dah singgah umah kak aku, tapi nak ke JPA kat Putrajaya untuk buat pengiktirafan sajil bagi IPTA mem aku ni, kami baru dapat tahu yang sekarang ni perlu buat pengiktaran SPA untuk minta kerja kat Jabatan Kerajaan. Kalau tak mungkin sijil depa tak di iktiraf kot, pengiktirafan sijil ni boleh juga di buat secara pos tapi sudah semestinya akan mengambil masa, alang-alang dah lalu dekat situ, terus ajer la pergi. Kami bertolak dah pon pukul 10 pagi.. dan pegi SPA pun tak lama, dalam kol 11.15 dah siap.. dan lepas tu terus nak brtolak balik. Kerana tak tahu jalan, kami mintak tolong kak dan abg ipar aku la bawak pi Putrajaya, sempat juga singgah kat Alamanda. Dan lepas tu nak gi makan nasi ayam kat Seksyen 11, pusing sana, pusing sani.. masuk jalan sana, sini smpai dah dekat tol nak menghala ke Utara.. emm rupanya dah tersalah jalan.. dah sampai dekat tol , kami terus jer lah menghala balik, kensel makan nasi ayam.. mungkin lom ada rejeki la kot.. tak pa la.. lelain kali la pulak.




Perjalanan balik ke Perlis baik-baik saja, tak der hujan, tak der rintangan sangat pon, kami singgah dua tiga tempat jer.. tapi tak la bawak laju-laju, sampai kat Perlis dalam pukul 9.30 malam.. singgah kat umah mertua aku kejap pastu terus balik.. dampai umah dalam kol 10.40 malam. Adeh letih you..



Monday, October 29, 2007

Kasihan! Tangan dia melecur!


Hari nih.. semuanya ok..
Walaupun ada sikit-sikit masalah dengan network..
tapi masih ok ..

yer la.. walaupun network kejap ok , kejap tak.. tapi akhirnya settle juga bila poblem dia dah jmp.. emm salah masuk switch jer puncanya.. emm kat sini ada beberapa switch yang mana menghubungkan internet dan juga system, juga untuk web server.. yang system ni termasuk dalam network asing, internet untuk user dan staf juga di asing kan dan untuk web server juga asingkan.. sumernya masuk dalam satu main switch yang mana kena connect dalam dua network iaitu system dan internet staf dan user dan sumernya di akses melalui satu modem.

Aku berjaya buat korang pening kan..?
pasal aku juga pening..
dulu ok la aku jaga..
so walaupun keja aku, tapi aku terlibat secara langsung atau tak langsung jadi mudah bagi aku nak ingat connection dia dan perjalan network dia.. lepas aku tukar bahagian tu.. aku ingat terlibat secara tak langsung dan langsung tak terlibat.. dah jadi masalah macam hari tu, aku stay buat cool ajer la.. depa tanya aku bagitau jer.. tak naik tengok.. tapi bila dah conectin kat bahagia akau tak dapat .. heh mula la aku hangin.. so aku pon melibatkan diri..

Depa connect sana sini.. lepas tu baru la aku terperasan depa salah masuk switch..
menyebabkan connectin nya congested dan kejap ada kejap tak dak.. depa dah sambung dua bahagian network.. menyebabkan terputus dan tersambung pada kedua2nya. So Solution dia senang aje.. cabut dan betulkan.. itu jer..lega sumer nya dah ok..Jadinya balik umah senang hati la...

Tapi rupanya.. panas yang di sangka sampai ke malam, rupanya hujan di lewat senja, sampai jer aku kat umah dalam kol 6.40ptg.. dengar suara athirah tengah nangis.. isk naper lak? tak penah lak aku dengar athirah nangis sampai macam tu, masuk jer dalam umah mama terus bagi tau yang athirah terpegang exzos motor kat umah sepupu aku kat kampung belakang umah aku tu, isk panik gak aku nak wat macam mana ni, tengok athirah dok genggam tangan dia yang sakit tu, dah tu lak dok dalam buaian.. isk pastu aku angkat jer dari buaian, tengok tangan dia dah berminyak.. rupa-rupanya angah si athirah ni dah sapukan french oil.. mungkin athirah pedih kot kena minyak.. tu yang dia nangis tak berenti2.. sambil dok bagitau "sakit.. sakit", heh lagi la aku gelabah...

Hari ni juga mem aku berpuasa nam, dan berjanji nak pi bukak posa kat umah mertua aku.. dan lak athirah dok nangis lagi, jam dah dekat kol 7.00 dah, berbuka jam 7.05.. ehh haru nih.. pastu angkat athirah masuk keta lagi kuat dia nangis.. isk kacau nih.. rupanya dia nak gi kat angah dia, pastu masa yang sama wa (abg aku) datang.. jadinya tak sempat nak sembang la, sori yer wa.. nanti kita sembang lain.. pastu terus masuk keta dan bergerak ke Sungai Padang, dalam keta tu athirah masih gi nangis.. emm aku ngan mem masih berbelah bagi nak pi klinik ke tak, tgk tgn athirah merah la.. tapi tak der mengelembung lagi.. emm jadinya kensel ah gi klinik, cian gak mem aku nak berbukak posa nih.. so terus la balik sg padang.

On the way nak sampai sungai padang tu athirah dah ok dah sikit, kejap nangis kejap tak, mungkin dia sakit sungguh juga kerana terkejut, sebab selama ni pon tak nah sakit sampai macam ni, bila sampai, tuk ayah dan tok pah lak dok lawan tanya kena apa.. start nangis pulak, ala-ala manja gi tu.. lepas tu apa lagi naik ndoi cak la.. dalam 15min dok buai.. dia tido.. aaa lega la sikit... sempat gi tangkap gambar.. pasal kamera mmg ada kat aku masa tu, yer la baru balik dari opis , baju pun tak sempat bukak.. isk kalut sungguh, haru biru sungguh.. dalam kol 8.00 malam dia jaga, dah ok tak nangis dah, tak gaduh sakit dah.. lek bergelak dengan tok ayah dan tok pah.. lega sok dalam 8.30 balik umah.. ingatkan sampai umah dia nak lena.. tapi susah jugak.. balik leh dok main ngan angah dia.. jalan sana sini lagi.. mungkin pasal dia dah tertido tadi lepas tu jaga payah la nak tido balik.. pukul 10.00 malam baru tido..

... huh lega... letih juga den!

Entri lain..

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin