Thursday, July 31, 2008

Taman lagi...

Ni haa.. mek Tirah ni, lambat ada peluang ada saja rancangan dia nak pi taman, kalau dah pi taman tu memang sampai ke telinga la senyum dia, dah tu gelak kuat kuat sampai kan abang-abang yang dok main kat sebelah pon tertoleh toleh, entah apa yang dia seornok sangat tah la.. nih gambar masa ari Sabtu tu (26/07)..

Lawatan ke taman tu, boleh tengok-tengok saja la pasal awal pagi tu hujan, jadi semua permainan tu basah dan licin, jadi tengok saja la...

Seronok lah tu...

Lepas pada lawatan pi taman tu, kami berangkat pula la ke Pameran dan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan peringkat Negeri Perlis, hmm tak ada apa sangat la.. tengok-tengok saja, lepas tu mama Athirah beli kurma ngan kismis untuk Athirah pas tu balik la...


Seronok lah tu... boleh tengok ponny dan juga bird... becok saja mulut dia..

Wednesday, July 30, 2008

Aktiviti abah & anak..

Tuesday, July 29, 2008

How to describe my little family

Pyzam Family Sticker Toy

Create your own family sticker graphic at pYzam.com

Inilah keluarga kecik aku.. huu huu baru bertiga, InsyaAllah kalau ada rejeki, bulan sebelas ni leh tambah sorang lagi... doakan moga selamat semuanya...

Sunday, July 27, 2008

Marathon Girl (aksi olimpik)



Ini lah Athirah, budak yang suka berlari ni.. ada bakat boleh jadi marathon girl, tapi sayang nya.. tak suka minum susu sekarang ni, tapi makan kuat...
(sambung nanti..)

Sunday, July 20, 2008

Rekreasi Malam..

Nampak gaya nya Athirah nimasih lagi dok teringin nak pi main kat taman, abis tu macam mana kan? abah dia kena turn balik lewat minggu ni, mama dia pulak memang dah tak larat nak bawak ketaman, dah lak mama dia tengah dok bayar utang posa dia ,jadi memang tak larat benor nak terkejar-kejar melayan Athirah main nanti, kesian dia.. jadinya malamnya lebih kurang dalam pukul 8.30 malam kami keluar la, pegi bank la, isi minyak keta mama la.. lepas tu kesian gakkat dia tak dapat gi taman , kami singgahlah kat taman ni sat.. bagi tengok air pancut dan lampu-lampu kat situ...
Air pancut di Taman Rekreasi Sg Kechor

Tengok tu betapa leka nya si Athirah ni tengok air pancut

Sukanya dia boleh tengok lampu yang bermacam-macam tu..

Emm dalam 10 - 15 minit singgah kat situ kami balik la, pasai tengok si Athirah tu dah ngantuk... hmmm mesti tak tido petang ni... Athirah biasanya akan tido sekali saja sehari waktu siang dalm pukul 11 - 12 tengahari , tido pon tak lama dalam sejam macam tu kalau kat umah mak pengasuh dia, kalau kat umah ada orang dok tunggu boleh lajak sampai 2 jam, dan kadang kadang sampai 2 kali tido .. sampai kat umah terus masuk buaian kejap je dah tertido.. huh letih benar lah tu.. kalau tak dia boleh pusing satu rumah lagi tu..

Sehari dua ni Athirah buat perangai sikit, tak mau minum susu, kalau tanya dia pasal apa tak mau, dia kata "sakit gigi".. hu huu pandai tul dia menjawab.. dah dua hari tak mau minum susu, mungkin juga jadi ulser kat mulut dia..Tapikan.. makan nasi ke, buah ker, kek ke, air soya kotak tu boleh pulak.. penin lah kami dengan perangai dia.. angah dia kata boleh jadi pasal dia makan durian sampai 4 ulas (entah boleh percaya ke tak pasai tak nampak.. dia makan kat umah pengasuh dia) boleh jadi juga kalau makan sampai 4 ulas, panas oo durian tuh, dah tu pulak kalau kurang di beri kan air memang mudah naik ulser la...

Kemarin (ahad) tu kami pakat pakat pujuk la , kata kat dia sedap la susu la, dah tak sakit la, dah baik la... akhirnya suruh dia suapkan botol susu, tapikan dia kata sakit la, siap nangis lagi.. hmm pastu kami suruh dia tunjuk kat sebalh mana sakit tu.. dia tunjukkan sebelah hujun bibir di sebelah kiri mulut dia tu.. em bila check tengok memang ada macam bekas ulser kat situ... pastu kami pujuk lagi suruh isap botol tu menyenget kat sebleah kana mulut dia tu.. hmm akhirnya dapat juga dia minum susu.. whoo laaa.. kami pakat ramai-ramai (aku ngan kakak aku saja la.. mem gi keja) tepuk tangan, dan dan tu juga dia bangun dan bertepuk sama, mulutnya dok sebut "yee lega dah, baik dah..."... lega lah aku dan mem aku.. kalau tak dok pikir nak kena tukar susu ke apa ke... he heee...

Saturday, July 19, 2008

Tengok bot...

Athirah ni kan.. memang suka tengok bot tau, kalau tanya dia nak pi mana, nanti dia jawab '"Nak pi pi alan-alan...", pastu tanya pulak nak gi jalan mana? " Nak pi Kuala Perlis, tengok bot".. macam tu la hari-hari nak gi jalan-jalan tengok bot, jadi ada peluang pergi la meronda tengok bot... sambil2 tu boleh la beli ikan.. dan seangkatan dengannya..



Kuala Sungai Baru - Perlis
Posted by Picasa

Thursday, July 17, 2008

Athirah lagi...

Adeh, mek aku nih kan, kalau pasal jumpa taman, cukup suka lah dia... apa apa yang dia jumpa nampa ada buai saja, ada kuda kepang spring tu, jonkang jongket.. cukup la di berkenan, biarpun yang dok main kat situ semuanya besar-besar dari dia .. tidak di kesahnya.. asalkan dapat bermain, kalau naik jongkang jongket tu.. jawab dia abah dia lah yang kena tolong jongket kan.. nak aku naik sekali kang di jelingnya pak guard tu, nak tumpang main sama tengok kiri kanan bapak-bapak, ayah - ayah dan abah-abah lain dok duduk saja je.. hu huu.. akhirnya tekan-tekan jer la bagi terjungkang jongket.. hu huu..

dah main tu susah pulak nak tinggal, sampaikan dah nak maghrib masih tak mau lepas, mainnya tak seberapa asyik dok tengok kiri kanan saja... hu huuu apa la yang di dok pikirkan yer... gamak nya bila la aku nak besar macam abang-abang dan kakak-kakak tu, boleh la aku main dengan diaorang.... hmm itu lah antara aktiviti aku semalam selepas melawat mak mertuaku kat wad.. Alhamdulillah semuanya tak ada apa-apa cuma nak tunggu result darah dan urine dari makmal saja.. kalau tiada aral melintang, besok boleh balik la mak mertua aku ni...



Posted by Picasa

Tuesday, July 1, 2008

Demam semula!

Seperti yang dah di catat kan kat sini, dah seminggu dah Athirah demam panas, hingga terpaksa di bawak ke tempat kecemasan di GH Kangar untuk di masukkan ubat demamnya kat punggung, selepas 3 - 4 hari kemudian baru lah panas badannya hilang. Tapi selepas seminggu demamnya datang balik, jadi terpaksa pulak di bawak ke klinik, dan lepas di periksa di dapati tonsil dia lak bengkak, mungkinpasal dia batuk kot hari tu.. jadi doktor bagi ubat demam dan antibiotik. Alhamdulillah selepas di beri ubat selepas balik dari klinik, badan dia pon mula berpeluh dan kebah demamnya.. cuma yang tinggal hanya lah suaranya yang serak-serak basah tu.. heh hee you rock baby!!



Muka orang demam!

Ughh!!! .. kacau la abah .. Ti'ah demam nih....

He hee jahat lah abah nih....

Entri lain..

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin