Thursday, July 17, 2008

Athirah lagi...

Adeh, mek aku nih kan, kalau pasal jumpa taman, cukup suka lah dia... apa apa yang dia jumpa nampa ada buai saja, ada kuda kepang spring tu, jonkang jongket.. cukup la di berkenan, biarpun yang dok main kat situ semuanya besar-besar dari dia .. tidak di kesahnya.. asalkan dapat bermain, kalau naik jongkang jongket tu.. jawab dia abah dia lah yang kena tolong jongket kan.. nak aku naik sekali kang di jelingnya pak guard tu, nak tumpang main sama tengok kiri kanan bapak-bapak, ayah - ayah dan abah-abah lain dok duduk saja je.. hu huu.. akhirnya tekan-tekan jer la bagi terjungkang jongket.. hu huu..

dah main tu susah pulak nak tinggal, sampaikan dah nak maghrib masih tak mau lepas, mainnya tak seberapa asyik dok tengok kiri kanan saja... hu huuu apa la yang di dok pikirkan yer... gamak nya bila la aku nak besar macam abang-abang dan kakak-kakak tu, boleh la aku main dengan diaorang.... hmm itu lah antara aktiviti aku semalam selepas melawat mak mertuaku kat wad.. Alhamdulillah semuanya tak ada apa-apa cuma nak tunggu result darah dan urine dari makmal saja.. kalau tiada aral melintang, besok boleh balik la mak mertua aku ni...



Posted by Picasa

0 comments:

Entri lain..

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin