Tuesday, October 28, 2008

Ragam Athirah

gelagat Athirah awal pagi di Hari Deepavali..

Sunday, October 26, 2008

Kisah 3 sepupu ....

3 sepupu yang hampir sebaya...
  •  Athirah - 2 tahun 4 Bulan...
  •  Eifa      - 2 tahun 1 Bulan
  • Danisha - 1 tahun 5 Bulan (+/-)
apa yer ceta pasal depa nih... hu huu kena tunggu la... 

Saturday, October 18, 2008

Budak selsema tu kan....

(Alah... dah lama la pulak janji nak update.. tapi tak update-update pon kan..? sebenarnya tak der cerita khusus tentang gambar nih, cuma nak bagitau yang selsema Athirah dah bertansur baiik, dia pon dah tak buat hal lagi dah, cuma akalbaru dia ni, bila nak tangkap gambar tak mau senyum... le pe hal la pulak ni kan? Tapi dia masih aktif macam tu juga... bila nak tangkap gambo , masam jer muka dia... macam-maca hal la pulok kan....?

Friday, October 17, 2008

Di malam yang kebasahan ini....

Dalam kebasahan malam yang di sirami hujan ni, aku masih lagi tidak dapat melelapkan mata, bukan sahaja bahang panas yang masih lagi dirasakan, tapi juga kerana Athirah yang meragam malam nih, petang tadi masa amik dia kat rumah pengasuh, aku di bagitau yang dia selsema hari ni, hm dah terbersin berkali-kali malahan hingus laju meleleh kat hidung dia.. emm sepanjang petang dan awal malam ni, sifat tegar dia nak main dan tak mahu tido itu masih menebal, sampakan terpaksa aku memaksa dia tido, walaupun mengelupur bagai nak rak tak mau masuk tido.. hu huu paksa punya paksa.. akhirnya tertido jugak dia.. pasal apa kena paksa tido.. pasal seharian dia tak mo tido hari ni, kalau tido pun tak sampai satu jam pon, yang mana aku rasa tak elok lah kan.. 

Dalam satu jam tido kat buaian.. di jaga pulak.. dan mula la meragam dia tuh, nangis sana-sini, apa yang dibuat serba tak kena.. sebenarnya adalah teramat jarangnya dia nak meragam macam ni, mungkin kerana selsema menyebabkan hidung dia tersumbat, jadi dia berasa terlalu tak selesa, pasal tu dia meragam kot, mula  mula tu hanya sapu minyak arome terapi yang entah bila mama dia beli tah, tapi tak jalan.. lepas slow kan kipas.. biarlah mama dan abah dia berpeluh.. tapi dia pon berpeluh juga.. jadi terpaksa mengipas dia la pulak.. akhirnya baru terjumpa v*cik* vaporub tuh.. sapu jer lagi lah dia meragam pasal pedih kot, kena pujuk pulak.. lepas tu mengipas lagi.. akhirnya dahdekat pukul 12.00 malam baru dia tertido pulak.. baru lah dapat abahnya makan malam (hu huhu ni dahkategori supper dah nih).. 

harap-harap dia akan terus dapat tido la malam nih, kalau tak jenuh berjaga la kan..? nasib baikla esok cotiiii.. kalau tak maka penyakit mengong tu akan datang lagi la.. tersenguk-senguk saja keja dia.. :) 
Gambar untuk hiasan, tidak ada kena mengena dengan ceta nih, tapi muka kesian dia itu tidak dapat aku lopa kan.. 

Tuesday, October 14, 2008

Terlepas Kandang.....


Begini la aksi Athirah bila terlepas kandang... jika dapat bermain
 kat luar rumah, dapat pulak kasut, lepas tu bawak gi taman permainan kanak-kanak, memang tak terkawal lah budak ni, berlari sesedap rasa, memanjat, merangkak, meyeronot... ikut kata hatinya sahaja, yang menjadi lotih adalah abahnya la, mana nak mengawal selia dia, mana yang nak tangkap gambar dia.. walau macam mana pun tertunai juga perjanjian dengan budak nih, nak bawak dia main kat taman, bermain-main lah dia, tapi takpenah yang nak puas, masa nak balik tu siap nangis-nangis tak mo balik , tapi apa kan daya.. maghrib pon dah masuk, lampu jalan dan hiasan pon dah di pasang.. jadi balik juga la....
.....kesian, mama dia hanya dapat duduk dan lihat sahaja, dah tak berupaya nak main kejar-kejar dengan Athirah.. yang berpeluh tu abahnya sorang la, berjoging-joging bersama Athirah yang tidak dapat di pegang tuh, asyik nak main dan berlari saja kerja nya.. adik, abang dan kakak berdekatan terpaksa la meminggirkan diri.. kalau tak? 
bedeboomm!! terlentang..... 
Posted by Picasa
***maaf gambar kurang jelas,
 kamera dak bawak, 
pakai hphone sajork...

Sunday, October 12, 2008

Makan-makan rumah terbuka...


Thursday, October 9, 2008

Gelagat Athirah lagi...




(tengok apa bezanya perangai Athirah pada bulan Mei hari tuh ngan hari ni... ada beza tak?)





hu hu tak banyak kan perubahan dia? masih lagi aktif macam tu, sekarang nih berat badan dia 12.4 kg masa pi check kat klinik tadi.. cakap memang la jenuh la nak melayan dia, macam-macam yang di tanyanya.. ada saja yang nakdia ambil tahu.. dah tu pulak sekarang ni Athirah suka menyanyi, alah lagu-lagu budak-budak tu, macam ram, ram  pisang,  dan juga dua tiga lagu lagi.. abah dia pun dah lupa dah.. he hee, selain tu jugak dia juga pandai meniru gaya orang bercerita.. mula-mula dulu maksu (anak kepada penjaga Athirah la.. ) selalu di bercerita pasla serigala dan arnab dan kura-kura pada dia, hmm antara dialog yang selalu dia cakap " ada seekor serigala dan seekor arnab dan kura-kura.. Pada suatu hari serigala pergi berjalan-jalan mencari arnab, tiba-tiba.... " ;, ini lah ayat suspen yang paling best dia buat.. dengan gayanya sekali sambil mengangkat jari telunjuk.. he hee nanti kalau sempat aku amik video dia bercerita.. mesti tersenyum punya la...


Okeh berbalik denga cerita pergi klinik tadi, dia sudah bikin ghapla jingga kat klinik tadi, ada ka patut dia tak mou makan ubat cacing? biasanya dia boleh makan ubat yang pahit, maupun manis masin dan kelat tanpa sebarang masalah bila dok kat umah atau umah emak dia.. tapi bila dok depan nurse tadi.. dia sudah bikin haru nak makan ubta, kononnya nak tengok pokok bunga la, nak tengok monkey la.. ada ada saja dia punya dalih takmou makan ubat, huhu jenuh la di pujuk oleh mama dan abah, kalau nurse yang pujuk memang dia lagi tak layan la.. bila try pakai syerinks, dia takmou bukak mulut juga.. hu huu last last nurse tu kata hmmbawak balik jer lah ubat dan syerinks tu, bagi bila mau.. tapi kan.. bila dah masuk keta, nurse tak dak, mau pulak dia makan ubat tu, siap mintak tambah lagi.. isk apo kes la kou nih Ayong... !! heeee...

Saturday, October 4, 2008

Makan-makan...

Makan-makan sempena raya dan juga b'day kakak aku la, nak teringin nak ras juga ikan bakaq Kuala Perlis
maka terpaksa la aku dan mem cari port yang senang, agak murah, dan sedap... bila aku sampai jer nak oreder makan, mak ehhh punya la ramai manusia yang dah dok makan, hinggakan penuh meja kat depan kedai tuh, jadi selain dari tempah makanan, kena juga tempah meja, nasib baik la tak lama lepas tuh ada yang dah gerak nak balik.. jadi terus la kami book meja tuh...

Keseluruhan nya makanan kat Kedai Lynda tuh, biasa sajork ler.. tak le terlalu bestnya.. mungkin ikan yang dijual agak lama beku menjadikan isi dia agak liat, lepas tu servis dia jadi agak cempera (kelam kabut) pasal orang ramai, ada juga menu yang dioreder sampai dah dekat nak sudah makan.. hu huu, apa apa pun makan tetap makan, abis licin lah makan tuh, setakat yang boleh di makan memang abis di bedal.. tapi kan ..len kalai kalau beli dan buat sendiri lagi best kan.. jadi ala BBQ macam tu... tak po ler.. nanti-nanti ada rejeki lebih leh la kita buat macam tu yek...?

Thursday, October 2, 2008

Happy birthday Umi....

Hari ni, ada sedikit sambutan Happy B'day kakak aku, he hee tak dak apa pon sagat saja buat potong-potong kek saja, hmm Athirah pon tumpang sekali menyibuk la.. tapikan dari awal kakakaku balik.. sampai dah balik ke Shah Alam... tak habis do sebut Umi.. umi.. umi... tak pon sebut Syafik, tak pon Nafis, tak pin Ammar tak pon Ayun.. hmmm sesekali balik memang lah jadi macam tu, bila balik semula 5 - 6 bulan lak baru nak jumpa lak.. hehe.. sempat la dia lupa sekejap.. he heee

Wednesday, October 1, 2008

Satu episode di hari raya...

adeh.. tak sempat lagi aku nak wat update, 
masukkkan gambar aje lah dulu... 
boleh lah yer...?
ini aksi Athirah diberaya di rumah pengasuh dia..
Ini aksi pasangan kembar anak-anak buah aku yang balik beraya...
 hu huu lasak tau depa nih.. Athirah pun apa lagi.. tumpang sekaki lah.....

Selamat Hari Raya...

Selamat Hari Raya
Maaf Zahir Bathin
Dari Sangkelu sekeluarga...
Siaran Akan  bersambung nanti...

Entri lain..

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin