Showing posts with label Raya. Show all posts
Showing posts with label Raya. Show all posts

Monday, December 8, 2008

Bikin kecoh...


gambar hiasan..

Hari ni .. budak ni memanh sengaja buat kecoh, pagi-pagi lagi dalam pukul 5.30pagi dah bangun.. nak susu.. oke lah kira biasa lah kan.. lepas tu dia tido balik.. dalam pukul 7.30 pagi baru dia bangun tido.. bangun saja dia dengar takbir raya.. terus jer dia jerit.. "yeeyyy!! raya.. raya!!", terkejut jaga adiknya.. takper lah.. lepas tu dia pon sibuk-sibuk nak mandi dan pakai baju raya.. adeh mana ada baju kurung kan, dia nih lasak payah nak beli baju kurung, jadi pakai lah baju kurung raya posa ari tu.. oke la...

Dah pukul 8.15 pagi dia pon ikut angah dia gi masjid.. kononnya nak sembahyang raya la tu.. okeh la. pasal hujan dah teduh, dah tu lak ari ni pasal ramai orang, jadi saf belakang sampai kat luar masjid.. err kat tempat letak basikal, disediakan  tikar sebagai pelapik.. jadi aku pon dengan senang ati lepaskan jer la dia ngan Angah dia.. aku masuk sembahyang dalam masjid.. balik umah saja, tengok kakak aku dan Athirah dah sampai umah, uih cepatnya... aku tanya kak aku, Athirah tak membuas ka kat masjid tadi..?

Tak buas apanya, cuma dia lari balik umah, masa tu kak aku tengah Tahiyyat dah.. dah nak sudah sembahyang pon, pandai saja dia cari kasut dia, pakai pastu terus jalan kaki balik ikut jalanraya.. nasib baik ada lah sorang budak lelaki yang kebetulan terlewat sampai dan tak jadi sembahyang ternampak Athirah.. lalu di pimpin sampai jalan nak masuk ke rumah. Kakak aku sebaik saja bagi salam terus saja bangun dan ikut dia balik, takut terjadi apa-apa.. sempat juga ucap terima kasih kat budak tu.. 

Adeh baik punya kecoh kan..? Nasib baik la ada budak tuh, nasib baik juga masa tengah sembahyang raya tak der keta yang lalu, dah tu nasib baik juga dia tak merayau kemana-mana, dan lagi nasib baik tak dak orang jahat yang kidnap ka.. uih susah mau pikir lah kan.. boleh bikin pengsan ooo.. angah dia pon macam mau serik dah tak nak bawah gi masjid.. mungkin untuk setahun dua lagi... 

Sunday, October 12, 2008

Makan-makan rumah terbuka...


Saturday, October 4, 2008

Makan-makan...

Makan-makan sempena raya dan juga b'day kakak aku la, nak teringin nak ras juga ikan bakaq Kuala Perlis
maka terpaksa la aku dan mem cari port yang senang, agak murah, dan sedap... bila aku sampai jer nak oreder makan, mak ehhh punya la ramai manusia yang dah dok makan, hinggakan penuh meja kat depan kedai tuh, jadi selain dari tempah makanan, kena juga tempah meja, nasib baik la tak lama lepas tuh ada yang dah gerak nak balik.. jadi terus la kami book meja tuh...

Keseluruhan nya makanan kat Kedai Lynda tuh, biasa sajork ler.. tak le terlalu bestnya.. mungkin ikan yang dijual agak lama beku menjadikan isi dia agak liat, lepas tu servis dia jadi agak cempera (kelam kabut) pasal orang ramai, ada juga menu yang dioreder sampai dah dekat nak sudah makan.. hu huu, apa apa pun makan tetap makan, abis licin lah makan tuh, setakat yang boleh di makan memang abis di bedal.. tapi kan ..len kalai kalau beli dan buat sendiri lagi best kan.. jadi ala BBQ macam tu... tak po ler.. nanti-nanti ada rejeki lebih leh la kita buat macam tu yek...?

Thursday, October 2, 2008

Happy birthday Umi....

Hari ni, ada sedikit sambutan Happy B'day kakak aku, he hee tak dak apa pon sagat saja buat potong-potong kek saja, hmm Athirah pon tumpang sekali menyibuk la.. tapikan dari awal kakakaku balik.. sampai dah balik ke Shah Alam... tak habis do sebut Umi.. umi.. umi... tak pon sebut Syafik, tak pon Nafis, tak pin Ammar tak pon Ayun.. hmmm sesekali balik memang lah jadi macam tu, bila balik semula 5 - 6 bulan lak baru nak jumpa lak.. hehe.. sempat la dia lupa sekejap.. he heee

Wednesday, October 1, 2008

Satu episode di hari raya...

adeh.. tak sempat lagi aku nak wat update, 
masukkkan gambar aje lah dulu... 
boleh lah yer...?
ini aksi Athirah diberaya di rumah pengasuh dia..
Ini aksi pasangan kembar anak-anak buah aku yang balik beraya...
 hu huu lasak tau depa nih.. Athirah pun apa lagi.. tumpang sekaki lah.....

Selamat Hari Raya...

Selamat Hari Raya
Maaf Zahir Bathin
Dari Sangkelu sekeluarga...
Siaran Akan  bersambung nanti...

Saturday, September 27, 2008

Kad Raya dulu dan sekarang..

2006
2007

2008

Hmmm.. edisi kad raya aku dulu hingga lah sekarang, kali pertama akumasukkan kad raya ialahpada tahun 2006, masa tu takpandainak edit gambor pon lagi.. jadi akuscan saja kad raya yang pejabat dapat tuh, dan aku letakkan saja kat sini, janji ada tanda kad raya kan... kali kedua tahun lepas, aku dahpandai kot sikit nak potong-potong gambar nih, lepas tu pandai lak cari kad dalam internet, dan lepas tuh editkan kad raya tuh masukkan gambar aku. Masa nih baru abis kelas Photoshop .. jadi boleh la dok apply kat sini. 

Tahun ni pulak, aku kurang berkesempatang nak buat kad yang canggih-canggih macam tuh, cuma pakai satu dua program aku tempet saja gambar kami bertiga kat situ, tu pon nasib baik sempat buang selotape yang terlekat kat kad raya tuh... kalau tak masih ada selotape tu... jadi boleh terima lah ye... ?

Kad Raya...

Sangkelu Sekeluarga Mengucapkan 
Selamat Hari Raya Kepada Semua
Pembaca, Pengunjung Mau Pun Pengintai Blog Ini,
Jika Ada Sebarang Terkasar Bahasa, Tersalah Bicara, 
 Yang Telahmenyinggung Perasaan Samaada Sengaja
 Atau Pon Tidak Sengaja,
Maka Saya Menyusn Sepuluh Jari,
Memohon Ampun Diatas Segala Silap Dan Salah,
 Dikeheningan Syawal Yang Bakal Tiba,
Terima Lah Kad Raya Yang Tak Seberapanya Ini.. 
Terutama Mereka Yang Disenarai Di Bawah..
Yang Lain-Lain Pon Digalakkan Juga Untuk Menerima kada Raya Ini..


Adiejin
Alangz
Anak Perlis
aspirasi baru
Atiqah Nasir
Azam Supardi
azhar ahmad
Azura
BB - ellaila
cepatmembaca
CeritaNini
cikgu wiween
cikinmohd
Delinn
Dr Azwan
Farra
fergie2nana
firani
Honeybiru
Joe Bangla
Kacangpoi
Kak Luna
Ku Ina
Mak Andeh
nadiayuna
Neeza Shahril
outdoorfreak-AD
Pandora
rentis
risanur
rossejingga
sal
Sarah T
sedetikhati
Sue Cherif
tok rimau
umimia
viruspadu
Wan Hidayat
wanshila
waterlily
Zure

Thursday, September 25, 2008

Jom Balik Raya....

Ye... ye jom pakat-pakat balik raya, walaupu ssetengah orang ada yang dok pertikaikan kenapa setiap kali raya, mesti jalan bersesak-sesak untuk balik kampung, penggunaan minyak bertambah, dan kadar kemalangan juga mencanak naik, he hee itu tandanya kemeriah musim perayaan, beraya buka sekadar bercuti dan berehat di rumah selepas sembahyang Sunat Aidil Fitri, tapi bertemu dengan saudara mara, rakan taulan yang dah lama terpisah kerana masing-masing berhijrah untuk mencari reseki di haluan masiang-masing lebih membawa makna, mengerat ikatan silaturrahim lebih membawa erti. Kerana itu orang sanggup berseak-sesak di jalan raya, memenuhi stesyen-stesyen bas, dan kereta api, yang lebih berada memenuhi lapangan terbang untuk balik kampung. Biarlah kita habiskan sedikit harta yang dikumpul sepanjang tahun demi berjumpa ibu bapa dan sanak saudara serta taulan di kampung. Jadi kemeriahan nya amat di rasakan.
Hari ni, jam 5.30 petang, sekitar bandar Kangar.. mula kelihatan kenderaan-kenderaan yang ber nombor plet asing danluar dari Perlis, hmm dah seawal itu kan yang dah amik cuti, dan dijangkakan malam ini mungkin selepas Sunat Terawih dah ada yang mula bertolak balik ke kampung halaman masing-masing. Besok akan makin ramai yang akanmemenuhi pasar-pasar sehari, nat - nat, dan juga pasar-pasar malam di sekitar Perlis.. Januh la akanjadi jem juga la.. lebihnya bukanjem di jalanan taopi jem untuk parking di tempat-tempat tujuang masing-masaing.. almaklum la negeri yang cenonet nih sentiasa menerima kejutan dari tahun ke tahun yang bilangan kenderaan yang masuk, sentiasa bertambah.. ini membawa erti ramai penduduk Perlis yang dah berjaya di negeri orang, pergi dengan menaiki bas, keretaapi dan balik selepas berjaya dengan kereta masing-masaing. Okeh laporan hari ini ada lah sebagai pemula musim raya tahun 2008 nih, nanti bila ramai lagi ,ula bercuti hari ni.. makin bertambah yang akan balik raya..

Apa jua destinasi depa, apa jua tujuan depa aku harapkan  keselamatan menjadi keutamaan, di bawah aku sertakan panduan pergerakan kenderaan (saranan ) dari PLUS..

(sila klik di gambar untuk paparan lebih jelas)
Juga disertakan Tips memandu
DRIVING TIPS FOR YOUR ‘BALIK KAMPUNG’
Observe these safe driving tips for your ‘Balik Kampung’ this festive season:-
* Plan your journey
- Identify the route and interchanges that you want to take as well as the rest areas for rest stops. Use a map to plan your journey.
* Have adequate rest
- Rest sufficiently during the day if you wish to travel by night.
- Avoid driving during late night and early morning hours, which are the body’s natural sleep times.
* Inspect your vehicle thoroughly before embarking on your journey.
* Make sure your spare tyre is well inflated.
* Send your vehicle for service.
* Leave early
* Buckle up
* Observe the speed limit.
* Allow a safe distance from the vehicle in front.
- Keep a safe distance between you and the car in front so you have a bit of extra space should there be an emergency stop. The safe distance for a vehicle traveling at 110 km/h is 30 meters (6 vehicles), 25 meters (5 vehicles) for a vehicle traveling at 100 km/h and 20 meters (4 vehicles) for a vehicle traveling at 90 km/h.
* Take regular breaks. Stop every two hours to rest and stretch.
- Driving continuously for two hours can make you feel fired and drowsy.
- Share your driving. Switch drivers about every two hours even if you don’t feel tired.
* Give your fullest concentration while driving

Akhir kata;
SELAMAT BALIK KAMPUNG,
MEMANDU DENGAN CERMAT, 
 JANGAN BIARKAN KELUARGA  MENANTI DALAM TANGISAN









Thursday, November 2, 2006

Ehh, ada lagi raya...

Dalam dok sibuk2 tu, aku masih lagi sempat pi beraya, bawak Athirah pi umah tok menakan dia kat Kodiang.. isk apa la aku ni.. dalam dok kalut2 sempat juga..
Lepas jer abis time keja, dalam kol 6.30, aku terus je balik, ye lah kalau aku dok ralit kang ke malaman lak nak pi berjalan.. so dalam kol 6.45 aku smp umah dan terus pergi amik Athirah kat umah pengasuh ( tok wa dia..) dan terus bertolak ke Kodiang.. smp elok2 jer masuk waktu Maghrib.. so tak der la apa sangat agenda dia, just makan2 jer, baru jer sudah makan tok ayah dia sampai.. tapi macam biasa Athirah dah tido.. , kesian Tok Ayah dia, tak sempat nak main dengan Athirah... nasib baik la pas tu Athirah bangun.. boleh la layan Tok Ayah dia ..
... dalam kol 10.30 aku balik la..

ps.. ni ada lagi gambar

Bersama Tok Ayah

sangkelu


Bersama Tok Ngah

sangkelu

Bersama Tok Nyang , Tok dan Mama

sangkelu

Tuesday, October 24, 2006

Salam Di Hulur, Maaf Di Pohon, Hasrat Di Hati


Salam...
salam
Salam hari Raya Aidil Fitri buat semua pengunjung!
Jika terdapat sebarang salah dan silap, baik tersalah perbuatan, tersilap cakap, terlanjur gurauan maupun tingkah laku yang taidak disenangi.. kami sekeluarga menyusun sepuluh jari memohon kemaafan...


pst... athirah pesan sapa-sapa yang bermurah hati nak bagi duit raya boleh bagi melalui abah dia melalui akaun BCB 0902-002619X-05-X

Setiap transfer dia ucapkan berbanyak terima kasih, lagi banyak transfer lagi panjang trima kasih dia

Entri lain..

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin