Pagi tadikan, pagi-pagi buta tu lah, matahari pon tak celik lagi, sebaik selepas hantar angah Athirah gi keja, bawak la Athirah gi market (pasar) Kangar.. aku ni kalau market Kangar jarang sangat la nak pi, pasal aku rasa macam kurang lak pilihan dia, dah tu rasa macam sedikit mahal dari tempat lain. Tujuan aku hanyalah nak beli daging segar sikit dengan tulang rusuk lembu.. sampai saja kat tempat daging lembu tu;
Athirah dah mula seru " Eee.. besarnya lembu tu...", merujuk kepada paha lembu yang tergantung tuh, abis tu dia kata pulak " nak sikit lembu tuh...", jadi aku pon tanya dia " Ayong nak makan ke lembu tu...?" , cepat saja dia jawab "... kena la masak dulu, baru boleh makan "... ; aku "..erk..!!".. pak cik jual daging tu tersenyum saja sambil pandang Athirah.. " dah berapa tahun umo dia..? "... aku jawab " 2 tahun setengah" ; pak cik tu.. " .. pandai no" ... aku sengih jer la..
Adeh ni ape cite.. aku pulak yang terkena...
0 comments:
Post a Comment