Thursday, May 28, 2009

Dua sepupu...


Kisah dua sepupu yang jarang-jarang berjumpa, bila baru berjumpa mula-mula tu malu-malu, tapi lepas tu abis satu rumah berhambat. Pulak tu sorang tu marah di tangan, tapi sorang tu marah di mulut, mean sorang tu kalau majuk ke, marah ke suka buat orang, tapi yang sorang tu cakap saja dia garang tapi takpenah lak buat orang.. he hee
Posted by Picasa

Saturday, May 2, 2009

Sikit update pasal Athirah

Dah lama tak update pasal Athirah ni, yer lah budak dah besar macam ni, kurang nampak perkembangannya, kalau ada yang besar-besar tu baru ternampak.. mungkin juga aku tak sempat nak update tentang dia.. semenjak dua menjak ni, dia dah makin cemmburu nampaknya, tapi sebenarnya dia sekarang makin suka dokmain dengan adik dia, kalau sesekali dia agah adik, tergelak juga si Anieq nih, mungkin ada instinct antara dua beradik ni, mungki 2 - 3 bulan lagi, mungkin dah boleh bermain bersama.. tapi takla berlari sekali kot.. mungkin ada usik-usik manja.. he hee 
nih budak yang suka pakai bedak sejuk  tu...

Tuesday, April 21, 2009

Terasa hati..


Tadi.. masa aku nak tido kan Athirah, dia ada bercerita, bertanya seolah meluahkan rasa terasa hatinya, mungkin juga dia cemburu sebenarnya.. kerana ramai yang mengatakan yang Anieq lebih putih, lebih comei dari dia..  pertanyaan dia pada aku;

" Ayong comei kan..?"
" Ayong baik kan ?"
" Ayong anak abah dan mama juga kan..?"
" Maksu dan mak dah bubuh bedak, Ayong lagi comei dari adik kan..?"

Isk, macam mana aku nak jawab? tentu aku 'ya' kan semuanya.. memang sudah semestinya lah kan, aku tau mungkin sebenar dia terasa yang sekeliling sering mengatakan begitu, mengatakan adik dia lebih putih, mengatakan adik dia lebih comei, dan selalu juga mama dia mengatakan Ayong anak abah, adik anak mama, sememangnya akal seorang Athirah taksampai mengatakan bahawa kata-kata sebitu tidak lebih nak mengusik dan bergurau.. tapi bagi dia mungkin satu kebenaran, atau momokkan bagi dia.. dan malam ni dia seolah nak mencurahkan pada aku.. 

Mungkin itu yang aku rasa, kalau orang lain mungkin mengatakan aku terlebih rasa .. tapi tertangkap juga di hatiku sebenarnya Ayong sedang gundah, takut adik nya dilebihkan.. dan dia di tinggalkan.. sebenarnya dari sebelum Anieq di lahirkan, aku sudah bersimpati pada dia, tapi aku rasakan ini satu keperluan.. kerana aku rasa buat suatu waktu yang panjang mereka sebenarnya saling memerlukan.. tiada rakan  sebaya yang tinggal berhampiran.. jadi dengan siapa Athrah nak berkawan nanti..  mungkin sehingga bersekolah nanti..

Semoga dia akan tabah dan cepat belajar nanti..

Friday, April 10, 2009

..buat apa tu..?

Dah besar rupanya anak dara aku ni, sekejap saja masa berlalu, dari merangkak, berjalan kemudian berlari dan melompat tak henti-henti, sekarang dah belajar jadi feminin, jadi anak dara betul lah anak aku nih.. dah pandai jaga adik ( walaupun yang banyak dia dok sakat dan tampar adik.. jelos lah tu kalau mama dan abah dok main ngan adik dia.. tapi dia still sayang dengan adik dia tau.. buakan leh sapa nak amik.. mesti dia cakap "tak boleh.. tak boleh.." dan kadang-kadang tu terus "takkkkkkkkkkkkkkk.. bolehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!".. kuat kuat macam tu..).. he hee

Oleh kerana dah lama tak update tentang Athirah.. aku tempetkan gambar banyak sikit yekk.. tapi kebanyakkannya tak di edit la.. tak sompet looo nak edit-edit nih.. 



Tengok nih.. rambut dia dah panjang dah, dah tu lak tergaruk-garuk.. macam tak selesa saja tengok dia.. 
...dah tengok macam tu jadi mam dia pun potong lah rambut dia.. tengok tuh macam buat muka tak pueh hati sajork...


haaa.. sekarang bila dah potong rambut tu.. nampak macam besar la sikit kan?.. besar ke berat dia baru 12kg... nampak macam besar saja kan..?



eh.. sekarang ni dia dah pandai dok main dengan adik dia la.. dah pandai acan (agah?) sampai adik tergelak-gelak, tapinya banyak nya dok nyakat adik la.. kadang-kadang adik nak tido pun susah.. dok kena nyakat saja..


pagi ni kan, aku baru saja balik dari market (pasar), Athirah tinggal dengan angah dia, sampai je kat umah tengok sunyi jer.. rupa-rupanya dia tengah seterika dan lipat baju dia.. ala lipat macam dia lipat la.. bukan macam mama dia lagi.. tapi tu lah.. dah besar rupanya anak dara aku ni.. dah ada instinct nak buat keja-keja umah.. he heee.. nanti dah besar senang lah abah kan..? 

Monday, March 9, 2009

aksi dia lagi...

Satu petang tu kan, gamaknya dia dah abih modal nak main sana, main sini, lepas kayuh gerek (basikal) sana, kayuh gerek sini, tiba-tiba kan dia jumpa tudung yang bertepek kat atas kerusi, hmm gamaknya dah lama tak pakai.. maka di serlungkan kat kepala dia.. nampak kat mama dia, maka di sempurnakan kedudukan dia.. tapi kan dia ni mana boleh diam.. jadi macam-macam lah aksi dia ni... 




Tuesday, January 27, 2009

Aksi Athirah masa cuti raya cina...

Cuti raya Cina kali nih, tak la meriah sangat, tapi jadi begitu heboh bila Ummi Ina n amily, semua balik 'beraya' di kampung... walaupun hajat tu nk tengok Adi Anieq sebenarnya tapi boleh juga sebagai hari perhimpunan keluarga.. yer lah selepas dari Hari Raya Aidil Fitri, baru lah kakak aku balik pulak... suasana rumah yang agak tenang, mejadi kecoh la bila 4 orang askar wataniah tu balik.. Athirah pon tumpang seronok juga la.. ada kawan bermain kat rumah.. 
Tapi tak dapat nak jalan-jalan sangat la, pasal adik Anieq yang masih kecil, jadi tak dapat nak merayau jauh-jauh.. he heee.. bila dah tak dapat jalan jauh layan aje la thirah kat taman.. macam-macam ada.. 
tengok saja lah.. lom dapat eden nak bagi komen

Tuesday, January 6, 2009

Yang Comot & Yang Comel

Tengok Athirah ni, kalau dia makan ais krim ka, makan cokelat ka atau yang paling di suka sekarang ni ialah Calcy Yum (erk.. betul ka ejaan dia..?) mesti dia suka sangat, sampai comot-comot macam tu, dh tu siap kena baju dan seluar lagi, isk nih yang selalu dok kena marah dengan mama dia, tapi bila tengok muka dia macam tu, nak tergelak pon ada, dah tu pandai lak merayu-rayu nak tambah lagi, hu huu kalau aku memang tak kan dapat punya, kalau merayu kat angah dia mesti dapat..  apa nak di kato..?

Athirah ni satu hal dari kecik lagi tak suka nak letak apa-apa kat atas kepala dia, kalau letak topi ka, tuala ka memang cukup pantang, masa kecik dulu siap nangis-nangis lagi tak mau pakai, dah besar nih pon payah la nak suruh pakai apa-apa baik tudung ke, topi ke... tapi hari Ahad hari tu saja je nak suruh dia pakai, pasal nak hantar gi umah pengasuh dia, dah tengah hari dah , hantar naik motosikal saja... jadi cakap kat dia kalau nak gi kena pakai tudung pasal panas sangat tengah hari tu, jadi sempat la pakai sekejap, sampai kat umah pengasuh, lepas saja snap satu keping gambar.. terus saja dia buang..  isk haru betui la Athirah nih... 




Entri lain..

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin