Tuesday, April 21, 2009

Terasa hati..


Tadi.. masa aku nak tido kan Athirah, dia ada bercerita, bertanya seolah meluahkan rasa terasa hatinya, mungkin juga dia cemburu sebenarnya.. kerana ramai yang mengatakan yang Anieq lebih putih, lebih comei dari dia..  pertanyaan dia pada aku;

" Ayong comei kan..?"
" Ayong baik kan ?"
" Ayong anak abah dan mama juga kan..?"
" Maksu dan mak dah bubuh bedak, Ayong lagi comei dari adik kan..?"

Isk, macam mana aku nak jawab? tentu aku 'ya' kan semuanya.. memang sudah semestinya lah kan, aku tau mungkin sebenar dia terasa yang sekeliling sering mengatakan begitu, mengatakan adik dia lebih putih, mengatakan adik dia lebih comei, dan selalu juga mama dia mengatakan Ayong anak abah, adik anak mama, sememangnya akal seorang Athirah taksampai mengatakan bahawa kata-kata sebitu tidak lebih nak mengusik dan bergurau.. tapi bagi dia mungkin satu kebenaran, atau momokkan bagi dia.. dan malam ni dia seolah nak mencurahkan pada aku.. 

Mungkin itu yang aku rasa, kalau orang lain mungkin mengatakan aku terlebih rasa .. tapi tertangkap juga di hatiku sebenarnya Ayong sedang gundah, takut adik nya dilebihkan.. dan dia di tinggalkan.. sebenarnya dari sebelum Anieq di lahirkan, aku sudah bersimpati pada dia, tapi aku rasakan ini satu keperluan.. kerana aku rasa buat suatu waktu yang panjang mereka sebenarnya saling memerlukan.. tiada rakan  sebaya yang tinggal berhampiran.. jadi dengan siapa Athrah nak berkawan nanti..  mungkin sehingga bersekolah nanti..

Semoga dia akan tabah dan cepat belajar nanti..

0 comments:

Entri lain..

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin