Showing posts with label Aku. Show all posts
Showing posts with label Aku. Show all posts

Thursday, November 6, 2008

Milo : minuman sepanjang masa...


History of MILO®
MILO® derived its name from MILON, a champion athlete of ancient Greek mythology. He was renowned for his feats of strengths some 600 years BC.
1950
MILO® Tonic Food Drink was introduced in Malaysia as a Tonic Food Drink.
1999
MILO® with B Vitamins was introduced.
2002 
MILO® with ACTIGEN-E®
MILO®  was further improved with ACTIGEN-E®, a unique combination of 8 vitamins and 4 minerals, which helps to optimise release of energy from food.
2006
MILO® with ACTIGEN-E® and PROTOMALT®
MILO® is action-packed with:
- Natural Goodness of malt, skimmed milk, and cocoa for that great chocolatey taste,
- ACTIGEN-E®, a unique combination of 8 vitamins and 4 minerals, which helps to optimise release of energy from food.
- PROTOMALT®, a malt extract with a mixture of different types of carbohydrates that provides energy and nutrients the body needs.

MILO® in Malaysia
It was MILO® that coined the nation’s battle cry "Malaysia Boleh!" and 
kindled the national spirit of achieving
the impossible.
Malaysians drink more MILO® than any soft drink and Malaysia has the largest MILO® factory in the world located at Chembong, Negeri Sembilan.
Malaysia can be rightfully call‘Land of MILO®’ because it is the world’s largest consumer of the beverage. 
It is non-stop activities for MILO® throughout the year as it sponsors about 25 sports events at various levels every month.
MILO® samples every year in many schools and sporting events.
He he kenapa aku iklan milo hari ni?.. teringat aku.. dulu milo adalah minuman yang tersangatlah aku minat, sudah terkenal seantero famili aku, dan kaum kerabat aku, bila-bila masa, di mana-mana jua, pasti milo yang jadi pilihan.. Tukang bancuh kegemaran adalah arwah kak mah aku, tak pernah aku tolak kalau dia yang bancuh dulu, lepas tu baru lah mak dan juga kakak aku yang lain... selepas kak mah meninggal, menjadi tanda tanya siapa yang paling best bancuh milo kat aku?.. sebenarnya selepas tu aku dah tak kisah siapa.. dan milo dah menjadi pelan-pelan kurang di gemari.. lepas tu pelan kurang, kurang, dan kurang.... 

Sekarang nampaknya kegemaran milo nih dah mula turun kepada Athirah, kalau pulang rumah mesti mintak Milo, hmmm tapi aku tak la buat Milo tu 100%, aku masukkan dalam 10% sahaja.. yang lain-lain tu susu dia la.. yang penting nak tgk macam mana tabiat baru Athirah ni, berapa lama nak tahan.. 

Friday, August 22, 2008

Kesian Aleya..

 
Di perkenalkan, ini kawan baru Athirah, nama dia Aleya... nama ni Athirah sendiri yang beri, abahnya ni sesaja bagi nama Aneka.. pasal beli kat pasaraya Aneka.. tapi akhirnya nama Aleya juga yang dia gunakan.. apa-apa sajalah Tie'ah oooo... kami heran juga dari mana dia dapat nama nih, rupanya nama ni ialah cucu kepada 'A-wan' yang dok ngasuh dia tu.. ooo baru saja kami tau nama cucu dia nih, mungkin Athirah selalu dengar nama tu di sebut maka terguna pakai lah kat kawan dia tuh... semenjak ada Aleya nih, nak kemana-mana mesti di bawaknya bersama, kadang-kadang dia mengigau sewaktu tido malam, pasal kat umah mengasuh tu depa suka ngusik dia nak amik atau nak buat Aleya dia tu.. hu hu sayang sungguh dia kan...? 
Pagi ni dalam dok sibuk sibuk bersiap aku ada la nampak Athirah dok ronda-ronda dalam umah, ingatkan dok cari apa.. rupanya dok cari wet tissue, ingatkan nak buat apa.. aku pon ikut ler dia pelan-pelan, ooo rupanya di wak masuk dalam bilik dan pi lap badan Aleya dia tu, pastu letak kat atas kepala Aleya dia tu, pastu aku tanya la dia pasai apa di wat macam tu, dia kata "Aleya Demam...!!"... aku nak tergelak pon ada, penin pon ada.. last-last aku amik handphone tangkap gambo dia... :))  --- rupanya dia masih ingat masa kami dok lap badan dia, lepas tu letakkan cool fever atas kepala dia masa dia demam tuh.. isk .. isk 
  
Bermula dari malam kemarin, lebih kurang pukul 11.00 malam, hujan turun dengan agak lebatnya, menyebabkan terhenti sebarang cadangan nak tengok Ast*o.. abis tu nak bukak PC lama-lama pon aku menjadi semakin segan la.. pasal tu cerita Athirah main kat taman tu ada gambar nya saja tak de sebarang update... hmmm entah pukul berapa hujan berenti, pasal lepas tu aku masuk tidor dah... sedar-sedar alarm bunyi waktu subuh.. lepas dah siap-siap semua lepas tu hantar kak aku naik bas nak gi keja, on the way balik tu, hujan turun pulak... adeh jadi la seharian hujan... 
Masa aku nak bali semayang Jumaat tu tengok ok jer la, dah berenti hujan, cuma masih terdapat awan-awan kelabu di sana sini, ingat ok lah tu tak hujan dah, tapi sangkaan meleset.. di ketika aku sedang bersembahyang Jumaat tadi hujan turun pulak, walaupun tak begitu lebat, tapi cukup untuk memabasahkan orang yang meredah hujan, dan aku terdiri dari orang yang meredah hujan itu, oleh kerana jarak umah dan masjid yang tidak begitu jauh, maka darjah kebasahan aku agak kurang la, okey la tu baju tu leh pakai gi keja lagi la... 
On the way nak gi keja tu, hujan masih lebat.. dan kerana hujan lebat maka perjalan keta pon lembab, berderat-derat kat trafik light, maka sempat la aku snap dua tiga foto nih..   

Sunday, June 15, 2008

Jalan-jalan hujung minggu

Dah lama tak berjalan-jalan, dah lama tak meronda-ronda dengan moto nih, isk last masa meronda dulu, pokok padi pon belum menghijau lagi.. jadi hari ni dek kerana Athirah yang buas sangat.. (mungkinpasal dia tido lama hari ni 11.30 pagi sampai 2.30 pagi petang.. kira sangat lama la tu), makan tak mau... terutamanya nasi.. ndak makan cokelat saja.. jadi aku ajak dia ajer lah pi ronda- ronda naik moto ni.


Tak kemana pon, ronda dari kampung ke kampung saja.. ni lah hobi aku sejak dari lepas sekolah lagi, dulu aku ronda dengan mengayuh basikal.. lepas tu dah keja baru la ada moto, baru la ronda dengan moto, lepas tu ada keta tapi aku still suka meronda dengan moto juga, yer la ronda dari kampung ke kampung, naik keta ni jenuh nak kilas(pusing) stereng la. Biasa nya tempat aku relak ialah tepi laut samada kat Sg Berembang ka, dekat Kuala Perlis ka... janji tepi laut... biasa dalam pukul 6.00 petang - 7.15petang aje lah .. lepas tu dah malam..

Pak dan Anak yang sedang bermain panas petang...



Pemandangan yang sentiasa di rindui.. yang mana kalau lama aku tak lalu pasti rasa ada yang tak kena, kalau lama juga tak lalu rasa macam ada ketinggalan perkembangan terkini..


Walaupun air nya surut, tapi pemandangan nya tetap terpahat di kalbu...

Sampai kat sini, memang pemandangan Favourite AThirah seminggu dua nih, kalau meronda tepi laut dia cakap nak tengok bot, lepas nak tengok bot lagi... banyaknya bot.. hu huu macam macam keluar dari mulut dia nih.. dan semalam bila dah la senja dah, lepas tu aku ajak balik dia start nangis dah 'nak tengok bot lagi...' .. jenuh la aku pujuk... kalau tak bermalam la kat muara sungai nih.. :)

Sunday, October 29, 2006

Hal2 dan demam!

Semalamkan dalam aku dok sibuk2 nak mai keja dan juga kakak aku nak balik Shah Alam, keta lak buat hal, lah.. bukan la pasal apa sangat.. rupa2nya air bateri dah abis.. so tak leh stat la.. emm nampak sangat aku tak penah bukak bonet tu kan.. lah memamng pon.. aku dok harap pi servis 2 bulan sekali jer.. tapi dek kerana masa nak kena check ari tu, mem aku bersalin.. so pas tu delay lama dan terus aku terlupa.. pakai naik jer.. baru la dapat habuan.. anyway bila dah leh setat aku bawak pi servis la.. tapi dah fully book mau tak mau kena buat booking dulu dan pastu mem aku la pi hantar servis..

Emm dala masa ni jugak Athirah demam, kesian aku tengok, dah la payah nak senyum, nih dah makin moyok jadinya.. tetapi kekadang tu dia bersuara gak.. tapi dah kurang aktifnya... moga cepat la dia baik.. tapi kan malam ni dia ada jugak batuk2 dan bersin.. emmm boleh jadi dia selsema kot.

Tapi kan orang kata kalau dok demam ni nak boleh akal.. sungguh ke ni.. cuba sapa-sapa bagi komen tgk.

Aku dok ternanti-nanti juga apa la lagi yang athirah nak buat.. kekadang tu tak sabo nak tunggu dia buat sesuatu, tapi mana la boleh aku nak 'kejan' dia, so terpaksa la aku bersabo.. kena la aku tunggu satu persatu kan?

Apa-apa pun semoga dia cepat sihat,
Moga dia akan kembali ceria..
Baru la senang ati aku..
Amin...

Monday, October 2, 2006

Hari Mesyuarat

Hari ni penuh dengan Mesyuarat.... dari pagi sampai la petang.. Agendanya satu jer.. Perasmian Perpustakaan Cawangan Kuala Perlis dan juga Perasmian Bulan membaca peringkat Negeri Perlis.. nampak gayanya raya tahun ni aku sibuk.. cuti juga di bekukan bermula dari 26.10 - 8.11.2006..

Habis untuk raya ni aku apply untuk 23 hari bulan jer .. cuti awal....

Emm ni Athirah dah boleh meniarap dah.. tapi bila dia meniarap siap dengan menderam2 bunyi dia.. entah la pasai apa... kot dia geram pasai nak bergerak2 kot.. isk mana leh lagi kecik gi..
Posted by Picasa

Tuesday, September 19, 2006

Abah tinggal Athirah yer..?



Sori yer Athirah, abah tinggal kejap yer.. abah pegi amik peksa.. nanti abah balik la..

Nih abah beli baju.. lawa tak?

Entri lain..

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin