Showing posts with label cuti. Show all posts
Showing posts with label cuti. Show all posts

Saturday, October 27, 2007

Cuti Hari kedua...


cuti..
Hari kedua..
Kaedahnya.. jadi macam ni la..

Jam 7.30 pagi..

Bangun tido.
"Mama... hari ni ada nak pegi mana-mana ka?"
"Ntah.. tak der kot.. tengok macam nak ujan je.. redup!"
"Yer..?".. zzzzzzz

Jam 8.00 pagi..

"Nak Balikk.." Athirah bejelan terkedek-kedek menuju pintu balik..
"hah.. nak balik mana? awal lagi nih..".. abah
"nak balik.. tengok katun",.. Athirah
"emm....", .. abah
Athirah keluar gi tengok tv, pastu kacau angah dia nak basuh baju.. adus tak leh abahnya nak

sambung tido gi.

Jam 9.00 pagi

"Nak ndoi cak!!"
"Abah, tolong buat susu, mama nak buai athirah"
"okesss.."
Lepas buat susu.. mandi.. pegi nat!

Jam 10.30 pagi

Balik dari nat...
Tengok athirah dah tido.. legaa..
Leh tengok American Chopper, Leh tengok NLB.. leh tengok CSI..
"Abang.."
"Yer..? "
" nak tengok Kirana.. cite Siam "
" Lorr... "
" Boleh yer bang..?"
Blurr...
Masuk bilik tukar seluar..
Amik baldi.. cari syampoo..
Basuh keta...
Basuh Proton..
Basuh Kelisa
Basuh pelapik kaki proton
basuh pelapik kaki kelisa..

Jam 1.30 tgh

Berenti makan..
sambung balik...
gosok kelisa..
gosok proton..

Jam 2.30 ptg

"Jom.. pi padang besar"
"Jom.."...
Jam 3.30 ptg..

Bertolak ke padang besar...
dalam pukul 4.10 samapai padang besar..
"errr.. nak beli apa kat padang besar ?"
"nak beli kacang cerdik, kacang potong, gajus goreng, keropok ikan, bla.. bla.."
"tu jer..?"
"yer la... gaji lom masuk!"
"isk.. yer?"
"abang bayer yer?"
"emm... yer la"..
adeh..
(dalam ati " uhhh nasib baik makanan jer.. kalau yang lain samer..?".. adeh!!!)

Jam 5.00 ptg..

Bertolak balik dari padang besar,
Pastu berenti kat Ladang Ostrich kepunyaan Jabatan Haiwan Perlis, bergambar sekeping dua.. Athirah asyik dok sebut bird.. bird, pastu tanya dia bird apa.. dia jawab "bird fly".. he hee berkesan juga aku ajar yek.. yer la masa on the way nak gi umah pengasuh dia tu banya burung bagau kat sawah.. pastu cakap kat dia tu.. tgk bird fly.. ingat juga dia rupanya..

Singgah kat Felcra Lubuk sireh kejap umah Chu Doyah,
kol 6.00 balik umah, kol 7.00 sampai.

adus letih den..!

daftar kata :
+ nak balik = nak keluar
+ ndoi cak = buaian la tu
+ kacang cerdik = pistachios

Cuti...


Hari sabtu.. macam biasa la aku cuti.. walaupun aku boleh kerja.. tapi hanya OT jer la.. tapi kesian kan kawan-kawan aku yang keja sambila dan tak der cuti tu, jadi aku bagi jer diaorang yang buat OT.. aku leh dok umah rilek-rilek.. aku ingat nak duduk sorang-sorang jer lah, boleh la nak basuh keta ka, nak berkebun ka, atau leh juga berkemas kawasan umah.. tapi kak aku jugak cuti... emm ingat ada pasal apa, rupa-rupanya di cuti pasal maleh nak naik stage terima hadiah 15 tahun keja tanpa MC. Uih bayangkan 15 tahun tak nak amik MC kat kilang tempat dia keja tuh.. kalau demam amik cuti la..

Oleh kerana kak aku ada jadi tak yah la hantar Athirah pi umah pengasuh dia.. dan kalau kak aku ada.. tak le teruk aku nak mengasuh sangat.. Athirah sekarang ni susah nak tido siang, kalau tido pun antara 30 - 45 minit je.. sekali pagi. sekali petang.. emm bila dah angah dia ada mula makin aktif la.. jenuh la kami kepong.. sampai kan raga baju pon dia amik main.. macam dok tolok moto.. mulut dia lak "brommm.. brommm.." macam naik moto je.. isk

Dalam kol 11.00 pagi tuh, kami pi ke kilang tempat kak aku keja, gi makan-makan.. emm ramai juga yang datang .. termasuk juga staf lama yang dah pencen.. em aku kenal gak la pasal dulu masa lepas spm tu aku penah keja kat sini.. tak la lama.. dalam 6 bulan jer.. dalam kol 2.00 petang baru la sampai umah.. lepas hantar mak athirah ket tempat dia keja.. sampai umah dah letih.. so dua-dua tido....

Entri lain..

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin