Thursday, October 11, 2007

Ayuh.. kita ke angkasa!

Dalam kesibukkan warga kota balik kekampung, dan di tengah kemeriahan umat Islam nak menyambut 1 Syawal, dan juga di tengah kekalutan di Dewan Warisan Kangar dalam majlis berbuka, sembahyang terawih dan penyampaian sumbangan hari raya kepada Kakitangan kerajaan kumpulan C dan D, juga kakitangan swasta oleh YAB Menteri Besar Perlis, seorang rakyat Malaysia yang berjiwa besar, yang mencatit satu sejarah besar negara, yang mejadi pujaan anak-anak gadis yang mencari pasangan dan menjadi idola kepada anak-anak muda Malaysia, telah berangkat ke angkasa.


Dr. Sheikh Muszaphar Shukor, berlepas ke Stesyen Angkasa Antarabangsa (Iss), bagi melaksanaka satu misi negara iaitu membuat bebaapa penyelidikan tentang mikrob dan tekanan nano graviti, tapi bagi aku buka setakat itu yang di bawa oleh beliau, tapi membawa impian, hasrat, keazaman dan juga cita-cita rakyat Malaysia keseluruhan untuk meletakkan Malaysia sebagi sebuah negara maju.


Itu juga yang menjadi hasrat Dr. Sheikh Muszaphar Shukor:

For I know that this is what I have dreamt of since I
was 10.
This is for all the Malaysian people thriving for success.
This is for all the scientists who has worked hard for the
experiments.
This is for my beloved UKM , MRSM Muar and St. Paul.
This is for MOSTI and ANGKASA for making this programme a success.
This is for all the people who believed in themselves.
This is for those who want to make changes for the
better of mankind.
This is for all the youth hoping to change their mindset.
This is for all the schoolchildren who will be leaders in the near
future.
This is for all the Malaysian who have believed in the
angkasawan programme.
This is for all the Muslims all over the world.
This is for all parents who raise their kids to become great
achievers.

And most importantly this is for both my mom and dad who has made me
what I am today , who believed in me right from the very beginning and whom
have never given up hope in me. Never ever.

Thank you Abah & Umi for your blessing and for allowing me to go to
space.

This is all for you Malaysia !

Start dreaming big and believe in them. One day it will become a
reality. It took me 25 years to fulfill my dream.

And if I could do it, I truly believe you could too!

:- sesungguhnya sengaja aku lewatkan entry ini, untuk aku saksikan dulu kejayaannya.. dan sebenarnya beliau juga membawa angan2 aku bersama, sepetimana minatnya aku dengan cerita2 sains fiksyen.. dari aku baru mengenal huruf, dan sampai aku dewasa kini.. walaupun aku tak sampai.. tapi ada sorang rakyat malaysia dah boleh pegi... aku rasa cukup puas hati..

pemergian beliau juga banyak membei impak kepada negara2 islam lain, negara2 serantau, maupun juga negara yang be irihati dengan malaysia.

pada mu Dr. Sheikh Muszaphar Shukor, aku tabik springg!!

selamat pergi dan kembali membawa semangat yang di pinjamkan oleh semua akyat malaysia!


Wednesday, October 10, 2007

Bermulanya pada hai Ahad...

Dari mana nak mula ni? Hah biar lah aku bermula dari hari Ahad,....


Jam 4.30pagi...


SahurMacam biasa la, dalam kol 4.15, 4.30 pagi gitu aku akan dikejutkan oleh jam @ alarm kat hanphone aku tu untuk bersahur, macam biasa la, macam tahun lepas lepas la, time sahur ni cuma aku dan kakak ku sahaja yang bersahur, mem aku tu bangun minum saja, dan menu kebiasaan juga, menu yang kita hadapi, ada lah menu bebukak juga, jadi senang.. panaskan aje, takyah dok masak2 lain, cepat sikit dan simple gitu, kalau minum . aku minum air suam ajer lah.. kadang2 masa bersahur, teringat lak kat arwah mak, kalau dia ada dulu kita besahur bertiga la, walaupun menu makannya lebih kurang sama juga, tapi dah 3 orang meriah la sikit, dah aku tak yah la dok bergantung pada hanphone aku tu, cukup jam, atau pun hidangan dah ready nanti ada la orang yang akan kejutkan.. tapi sumer ni berlaku masa zaman bujang dulu la, dah kawin kena aktif la.. tak leh nak tunggu orang kejutkan.. Jam 6.15.. Subuh..Mungkin kerana tertido lewat malamnya, lepas sahur aku ngantuk dan tertido balik, dan bangun selepas tekejut masa mem aku bangun nak pi mandi.. dan kesan dari terkejut tu menyebabkan belaku renjatan (haaa..?) kat bahagian bahu aku ni, menyebab aku terduduk semula.. tak leh nak bangun.. (dalam istilah orang kampung aku.. atau sekitarnya.. depa kata tangkap urat.. betul ni .. dia lain pada terseliuh..) kesannya aku tak leh bangun secara normal.. terpaksa bangun secara mengiring.. adus sakit la weee.. nak pusing kepala tak leh... nak angkat tangan pon sakit.. jadi la aku macam robot.. yang bahunya sedikit terangkat (pasal dok control sakit).. namun dengan bersusah payah.. dapat juga aku tunaikan sembahyang Subuh.. syukur.. tapi kerana sakit sangat aku tak leh nak tido dah.. akhir nya pi depan tv.. tgk MLB.. sambil dok control sakit dan dok pikir nak kensel ke rancangan ari nih..


Jam 7.30.. Urut


Dah tak tahan sangat, aku minta mem aku ni sapukan minyak panas dan urutkan.. tapi tak jugak berkesan.. em makin sakit lagi ada la.. lepas tu dah tengok aku makin sakit.. kak aku lak amik bahagian, dia pulak urutkan aku.. selama nih tak penah dia urut melainkan urut arwah mak jer dulu.. em better la sikit.. mudah sikit masa nak bangun.. namun badan aku masih keras.. kalau nak toleh kiri kanan kena gerak dengan badan-badan sekali la.. tapi masih tersentak2 juga la bila sakit. Sebenarnya aku sendiri tak tahu di mana silapnya sampai leh sakit macam tu.. yang aku tau malamnya aku berbuka puasa kat umah ipar aku bersama mertua dan segalanya lah, pastu ada sessi gotong royong pindahkan barang kedai, dah abis.. diaorang jamu pulut sekaya (eh seri muka yekk..?) ngan air 100+.. mungkin pasal ni kot.. angin satu badan! Tapi mem aku lak ada teori lain la.. dia kata kena 'sudi' pasal aku ngurut orang! Emm adalah dua tiga ari sebelum tu aku dok ngurut kakak yang dok ngasuh athirah tu.. dia jatuh masa gi mancing kat belakang umah dia.. tak der la aper sangat cuma tangan di bengkak ajer.. emm lagi pon kan aku ni bukannya reti ngurut sangat pon.. cuma dok urut mak aku jer dulu,tu pun ikut arahan dia jer.. ( mak aku ni dulu dok ngurut juga sikit2)... jadinya sapa lah nak 'sudi' aku ni kan..?

Jam 12.00tgh.. Athirah hilang..

Kisahnya dah ok sikit.. dalam kol 11 kuar juga la.. dah janji nak wat gena kan.. bukan kami saja.. kak aku pun tumpang sekaki.. jadi ok sja la aku.. memula aku ak suruh mem saja yang drive.. isk tapi akhirnya.. aku juga la yang drive walaupun tgh dok sakit. sampai kat jitra tu shopping lebih kurang jer.. pasal panas lak.. dah tu athirah pon kan mau dok diam... ada sekali kat butik tuh.. masa kak aku tengah dok pilih baju, pastu mem aku dok try baju.. aku nih biasak la jadi baby sitter.. athirah langsung tak mo didukung.. nak jalan jer.. sekejap masuk bawak rak baju.. kejap kedepan kedai.. sampai adik-adik sales girl tu pon kena dok tangkap dia.. sekali dia dok main hanger kat tepi datu ak tuu.. aku perati jer la.. meh la mem aku nak suruh tolong ukur baju .. pastu dah ukur baju tu aku tengok athirah dah tak der... jenuh melilau kami cari.. rupanya dok jalan kat tempat pameran baju.. isk panik gak jap.. sampai bebudak salesgirl tu pon berkejar tolong cari.. nasib baik jmp.. pastu cepat2 kak aku dan mem bayar harga baju tu dan pi kedai lain lak.. pastu aku tak lepas pandang la.. takut ilang lak..

Jam 4.00ptg... zzzzzz

Dalam kol 2.30ptg kami balik la dari jitra.. pastu singgah Changloon sat depa nak pi beli kek.. lepas tu terus naik jalan Cangloon - Kuala Perlis.. masuk exit Arau terus ke Jalan Tambun Tulang untuk pergi ke Kuala Sungai Baru.. beli ikan dan sayur segala.. pastu balik umah.. Athirah tak tido di sepanjang perjalan dari Jitra ke Sg Baru... tapi lepas jer Balik dari Sungai Baru terus dia tertido.. sampai umah.. dah kol 4.00, dah athirah tido aku pon tido sama laaaa.. kol 6.00 ptg balik sungai Padang buka posa kat umah mentua aku.. heh hee orang bagi makan free sapa yang tak mou kan..? Em sakit bahu aku tu terus berasa sampai la hari, Isnin, Selasa dan Rabu yakni hari ni(haa..haa..!!) tapi dah semakin sembuh dah.. begitulah adanya cerita yang bermula dari hari Ahad hari tu...


Sekian.


ps:- adeh berpinau mata aku.. ngantu pon ada.. dek terlalu panjangnya entry ni sampai aku kena pi potong rambut, dan balik mandi dulu baru lah siap..

Monday, October 8, 2007

Nah! Kad Raya

Sebelum apa-apa biar lah aku edarkan kad raya dulu, nak aku beli kad kat kedai, maleh rasanya nak jalan-jalan kat pekan tuh, panas lak sekarang ni, kalau pun aku ada kad.. berapa sangat yang aku boleh hantar kan? kalau setakat kawan tempat keja, kawan-kawan sekolah sorang dua tu mampu la aku, kalau semuanya tu, isk makan modal jugak lah kan.. so akhirnya aku buat keputusan aku cai jer lah background tu kat internet, lepas tu lak kan.. nak kena cari gambar lak.. mana nak ada gambar macam tu kan, last last aku amik gambar tahun lepas jer la.. baru la ada gambar bertiga macam tu... Athirah pon baru 4 bulan masa tu.

Thursday, September 20, 2007

RM 10 je...

Huh, entah la apa kenanya hari ni, mengantuk betullah, sampai tak terhabis aku nak baca blog nih, aku ingat dah kemarin baca sekerat hari ni leh la aku perabis. emm dak jugak gayanya. Walau macam mana pon bukan la pasal blog ni tak besh.. tapi ntah la dah petang kot.. itu yang ngantuk sangat.

Tapi kan, megantuk ni dari tadi lagi, dek kena mengantuk, dan kerana kelabu mata dok mengadap komputer ni, jadi aku ingat nak merayau lah tengah hari ni, so masuk je time rehat, terus jer aku start keta, pi ke Kuala Sungai Baru, nak beli ikan.. bukannya tak dak ikan yang di juai dekat-dekat ni, tapi saja la aku tak mou dok layan ngantuk ni..


Dek kerana aku rehat awai minggu ni, kol 12. DAlam kol 12.20 aku sampai kat kuala sungai baru, orang tak ramai pon, dan stok ada tapi tak berapa banyak, tapi boleh la... stakat nak makan kami 3 beranak dan angah si Athirah ni. belek sana, belek sini, godek sana, godek sini.. aku amik la ikan gerut(?) seekor, leh balik bakar nanti, pastyu beli ikan temenung sikit, dak ikan nyok-nyok(?), and guess what..? semua tu baru jer RM10. hehh hee jimat tak..?


On the way balik opis aku singgah dulu kat umah, simpan ikan kat dalam peti ais,lepas tu aku jemur lak sabut kelapa nak wat bakar iakan nanti (basah.. pasal 2 , 3 hari lepas tu ujan lebat) dan rushing balik ke pejabat.. woo semua tu dalam masa tak sampai sejam.. waaa!!


isk ada lagi ceta pasal si athirah berbuka puasa.. nanti-nanti la aku ceta...
errr:- macam penah tgk jer entry ni kan..? sama lah macam tahun lepas gak.. lebih parahnya gambar tu pun tahun lepas punya jugak...

Thursday, September 13, 2007

Gigi..

Posted by Picasa

Friday, August 31, 2007

Jalan-jalan di pantai

Merdeka... merdeka..!!

Selepas semalam tengok kereta berhias... sampai umah tak lena lagi.. dok layan tv saja sampai kol 2, emm aper taknya.. kat luar umah tu bising, bebudak moto tu baru balik dari tengok bunga api merdeka.. bisingnya ya amat.. siap leh dok wheelie kat depan umah aku.. mujur la athirah tak jaga.. kalau tak ni maunya aku lastik diorang ni.. paginya aku kena berkawad pulak... alah takder berkawadnya.. berjalan saja.. dah tu pegang bendera kecik.. sampai depan orang-orang besar tu (dif-dif) ... goyang-goyang ajer.. so tak der berkawad pacak tu.. em panjang lak tahun ni.. dah jadi 90 orang staf berkawad.. so hampir semuanya masuk.. kalau yangbertanding kawad tu dalam 37 ajer kot.. meriah jadinya.. dalam kol 11 tu abis la semuanya.. rinkas betul... yer lah dah ari jemaat.. pakat nak pi semayang ooo.. takkan nak semayang masjid negara lak.. ?

Petangnya... tak da projek nak pi mana, jalan-jalan jer lah kat tepi laut tu.. sekali tengok, isk rama beno doklepak kat tepi laut ni, bermacam ragam ada, yang meniaganya, yang bawak anak bini berjalan, yang bawak girlpren dan boipren berjalan pon ada. Tapi sayang fasiliti kurang la pulak, jalan kecik, tempat berniaga kurang sesuai( dah banyak kali kena operasi, tapi masih beroperasi, kalau tak kasi beroperasi, kena sedia tempat yang elok untuk beroperasi, ni.. tak kasi-kasi.. tempat elok, orang berhimpun kat situ.. mesti la strategikkan..?) tempat parking pon tak dak... kalau tak kena gaya ada abang pacak tunggu.. tak kasi parking kat tepi jalan.. hi.. nasib-nasib..

Tapi kalau korang naik ke hala kuala sungai baru ( yang tadi tu dekat kuala perlis) boleh parking lak.. pasal dah siap tambak dah.. dah tu ada sedikit tempat pasir.. ( ler dah pantai berselut.. nak wat gena kan..) tapi kalau korang pandai cari, cari kuala sungai Kurung Tengar nih, ada pasir.. ada chalet.. ada bot nelayan, ada hutan bakau, dan ada pos polis.. haa kat sini kami pi lepak ngan athirah.. leh tankap gambo lagi.. tapi sayang ayaq surut.. nampak tanah jer la...

Posted by Picasa

Thursday, August 30, 2007

Merdeka ke 50!

Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Selamat menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan ke 50!

Betapa kita sedar, betapa kita akur, kemerdekaan menjadikan kita sebagai seorang kita, bukan menjadi hamba kepada orang lain, menjadi kita pemikir pada kita, bukan memikir mengikut orang lain.

Dan, sejauh mana kita merdeka?

Baik dari segi zahir, maupun dari segi pemikiran? Merdeka kah kita kalau macam mana nak dapat makan percuma, nak dapat hadiah dari cabutan bertuah, bukannya mendapat habuan dari hasil usaha kita sendiri.

Dari segi imannya merdeka kah kita kalau kita masih lagi mencuri?, mencuri dalam mengerjakan ibadah, mencuri kudrat kawan-kawan dan juga mencuri masa dalam membuat pekerjaan?..

Entah la..
Mungkin banyak yang perlu kita pikirkan...

Entri lain..

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin