Thursday, October 11, 2007
Selamat Hari Raya
Ayuh.. kita ke angkasa!
Dalam kesibukkan warga kota balik kekampung, dan di tengah kemeriahan umat Islam nak menyambut 1 Syawal, dan juga di tengah kekalutan di Dewan Warisan Kangar dalam majlis berbuka, sembahyang terawih dan penyampaian sumbangan hari raya kepada Kakitangan kerajaan kumpulan C dan D, juga kakitangan swasta oleh YAB Menteri Besar Perlis, seorang rakyat Malaysia yang berjiwa besar, yang mencatit satu sejarah besar negara, yang mejadi pujaan anak-anak gadis yang mencari pasangan dan menjadi idola kepada anak-anak muda Malaysia, telah berangkat ke angkasa. Dr. Sheikh Muszaphar Shukor, berlepas ke Stesyen Angkasa Antarabangsa (Iss), bagi melaksanaka satu misi negara iaitu membuat bebaapa penyelidikan tentang mikrob dan tekanan nano graviti, tapi bagi aku buka setakat itu yang di bawa oleh beliau, tapi membawa impian, hasrat, keazaman dan juga cita-cita rakyat Malaysia keseluruhan untuk meletakkan Malaysia sebagi sebuah negara maju.
Itu juga yang menjadi hasrat Dr. Sheikh Muszaphar Shukor:
For I know that this is what I have dreamt of since I
was 10.
This is for all the Malaysian people thriving for success.
This is for all the scientists who has worked hard for the
experiments.
This is for my beloved UKM , MRSM Muar and St. Paul.
This is for MOSTI and ANGKASA for making this programme a success.
This is for all the people who believed in themselves.
This is for those who want to make changes for the
better of mankind.
This is for all the youth hoping to change their mindset.
This is for all the schoolchildren who will be leaders in the near
future.
This is for all the Malaysian who have believed in the
angkasawan programme.
This is for all the Muslims all over the world.
This is for all parents who raise their kids to become great
achievers.
And most importantly this is for both my mom and dad who has made me
what I am today , who believed in me right from the very beginning and whom
have never given up hope in me. Never ever.
Thank you Abah & Umi for your blessing and for allowing me to go to
space.
This is all for you Malaysia !
Start dreaming big and believe in them. One day it will become a
reality. It took me 25 years to fulfill my dream.
And if I could do it, I truly believe you could too!:- sesungguhnya sengaja aku lewatkan entry ini, untuk aku saksikan dulu kejayaannya.. dan sebenarnya beliau juga membawa angan2 aku bersama, sepetimana minatnya aku dengan cerita2 sains fiksyen.. dari aku baru mengenal huruf, dan sampai aku dewasa kini.. walaupun aku tak sampai.. tapi ada sorang rakyat malaysia dah boleh pegi... aku rasa cukup puas hati..
pemergian beliau juga banyak membei impak kepada negara2 islam lain, negara2 serantau, maupun juga negara yang be irihati dengan malaysia.
pada mu Dr. Sheikh Muszaphar Shukor, aku tabik springg!!
selamat pergi dan kembali membawa semangat yang di pinjamkan oleh semua akyat malaysia!
Wednesday, October 10, 2007
Bermulanya pada hai Ahad...
Jam 4.30pagi...
dan menu kebiasaan juga, menu yang kita hadapi, ada lah menu bebukak juga, jadi senang.. panaskan aje, takyah dok masak2 lain, cepat sikit dan simple gitu, kalau minum . aku minum air suam ajer lah.. kadang2 masa bersahur, teringat lak kat arwah mak, kalau dia ada dulu kita besahur bertiga la, walaupun menu makannya lebih kurang sama juga, tapi dah 3 orang meriah la sikit, dah aku tak yah la dok bergantung pada hanphone aku tu, cukup jam, atau pun hidangan dah ready nanti ada la orang yang akan kejutkan.. tapi sumer ni berlaku masa zaman bujang dulu la, dah kawin kena aktif la.. tak leh nak tunggu orang kejutkan.. Jam 6.15.. Subuh..Mungkin kerana tertido lewat malamnya, lepas sahur aku ngantuk dan tertido balik, dan bangun selepas tekejut masa mem aku bangun nak pi mandi.. dan kesan dari terkejut tu menyebabkan belaku renjatan (haaa..?) kat bahagian bahu aku ni, menyebab aku terduduk semula.. tak leh nak bangun.. (dalam istilah orang kampung aku.. atau sekitarnya.. depa kata tangkap urat.. betul ni .. dia lain pada terseliuh..) kesannya aku tak leh bangun secara normal.. terpaksa bangun secara mengiring.. adus sakit la weee.. nak pusing kepala tak leh... nak angkat tangan pon sakit.. jadi la aku macam robot.. yang bahunya sedikit terangkat (pasal dok control sakit).. namun dengan bersusah payah.. dapat juga aku tunaikan sembahyang Subuh.. syukur.. tapi kerana sakit sangat aku tak leh nak tido dah.. akhir nya pi depan tv.. tgk MLB.. sambil dok control sakit dan dok pikir nak kensel ke rancangan ari nih.. Sekian.
ps:- adeh berpinau mata aku.. ngantu pon ada.. dek terlalu panjangnya entry ni sampai aku kena pi potong rambut, dan balik mandi dulu baru lah siap..
Monday, October 8, 2007
Nah! Kad Raya
Thursday, September 20, 2007
RM 10 je...
Huh, entah la apa kenanya hari ni, mengantuk betullah, sampai tak terhabis aku nak baca blog nih, aku ingat dah kemarin baca sekerat hari ni leh la aku perabis. emm dak jugak gayanya. Walau macam mana pon bukan la pasal blog ni tak besh.. tapi ntah la dah petang kot.. itu yang ngantuk sangat.Tapi kan, megantuk ni dari tadi lagi, dek kena mengantuk, dan kerana kelabu mata dok mengadap komputer ni, jadi aku ingat nak merayau lah tengah hari ni, so masuk je time rehat, terus jer aku start keta, pi ke Kuala Sungai Baru, nak beli ikan.. bukannya tak dak ikan yang di juai dekat-dekat ni, tapi saja la aku tak mou dok layan ngantuk ni..
Dek kerana aku rehat awai minggu ni, kol 12. DAlam kol 12.20 aku sampai kat kuala sungai baru, orang tak ramai pon, dan stok ada tapi tak berapa banyak, tapi boleh la... stakat nak makan kami 3 beranak dan angah si Athirah ni. belek sana, belek sini, godek sana, godek sini.. aku amik la ikan gerut(?) seekor, leh balik bakar nanti, pastyu beli ikan temenung sikit, dak ikan nyok-nyok(?), and guess what..? semua tu baru jer RM10. hehh hee jimat tak..?
On the way balik opis aku singgah dulu kat umah, simpan ikan kat dalam peti ais,lepas tu aku jemur lak sabut kelapa nak wat bakar iakan nanti (basah.. pasal 2 , 3 hari lepas tu ujan lebat) dan rushing balik ke pejabat.. woo semua tu dalam masa tak sampai sejam.. waaa!!
isk ada lagi ceta pasal si athirah berbuka puasa.. nanti-nanti la aku ceta...
Thursday, September 13, 2007
Friday, August 31, 2007
Jalan-jalan di pantai

Selepas semalam tengok kereta berhias... sampai umah tak lena lagi.. dok layan tv saja sampai kol 2, emm aper taknya.. kat luar umah tu bising, bebudak moto tu baru balik dari tengok bunga api merdeka.. bisingnya ya amat.. siap leh dok wheelie kat depan umah aku.. mujur la athirah tak jaga.. kalau tak ni maunya aku lastik diorang ni.. paginya aku kena berkawad pulak... alah takder berkawadnya.. berjalan saja.. dah tu pegang bendera kecik.. sampai depan orang-orang besar tu (dif-dif) ... goyang-goyang ajer.. so tak der berkawad pacak tu.. em panjang
Petangnya... tak da projek nak pi mana, jalan-jalan jer lah kat tepi laut tu.. sekali tengok, isk rama beno doklepak kat tepi laut ni, bermacam ragam ada, yang meniaganya, yang bawak anak bini berjalan, yang bawak girlpren dan boipren berjalan pon ada. Tapi sayang fasiliti kurang la pulak, jalan kecik, tempat berniaga kurang sesuai( dah banyak kali kena operasi, tapi masih beroperasi, kalau tak kasi beroperasi, kena sedia tempat yang elok untuk beroperasi, ni.. tak kasi-kasi.. tempat elok, orang berhimpun kat situ.. mesti la strategikkan..?) tempat parking pon tak dak... kalau tak kena gaya ada abang pacak tunggu.. tak kasi parking kat tepi jalan.. hi.. nasib-nasib..
Tapi kalau korang naik ke hala kuala sungai baru ( yang tadi tu dekat kuala perlis) boleh parking lak.. pasal dah siap tambak dah.. dah tu ada sedikit tempat pasir.. ( ler dah pantai berselut.. nak wat gena kan..) tapi kalau korang pandai cari, cari kuala sungai Kurung Tengar nih, ada pasir.. ada chalet.. ada bot nelayan, ada hutan bakau, dan ada pos polis.. haa kat sini kami pi lepak ngan athirah.. leh tankap gambo lagi.. tapi sayang ayaq surut.. nampak tanah jer la...

