Sampai saj aku kat umah, mem aku ajak keluar, Athirah kononnya dah jemu seharian terkurung dalam umah, mula-mula kat umah pengasuh dia, nih balik umah pon dok main kat dalam saja... jadi kami buat rancangan nak pi pasar malam saja lah kat Kangar... on the way tu, terlalu pulak kat Denai Larian Pengkalan Assam, dan Athirah pon apa lagi merengek nak mai kat taman la... masa tu dah pukul 6.30 petang.. hmm mau tak mau layan saja la.... seronok juga ada kat sini.. leh tengok ada orang dok jogging, ada yang bersenam robik, ada juga bebudak skateboard.. terhibur jugak la... tak lama kami kat situ, yer lah dah dekat nak Maghrib, nak gi pasar malam lagi, jadi menagis la budak itu.. tak puas main.... selepas di pujuk lebih kurang.. baru la boleh tinggalkan tempat itu...
Thursday, August 21, 2008
Saturday, August 16, 2008
Jom jalan-jalan....
Hmm.... hari Sabtu lepas... aku, mem dan angah athirah nak bawak dia pi ronda-ronda di Alor Setar.. tapikan oleh kerana dia letih hari tu, mungkin lepas buas bermain, pukul 4.00 petang baru dia bangun, jadi kami bawak jugak la, bukan pasai apa sangat.. nak cari baju raya siap-siap kat dia.. he hee awal beno kan cari baju raya.. tapi bila pikirkan yang nanti mama dia sarat dah dah tentu tak larat nak ronda-ronda cari baju raya dia, dah la berpuasa kan..? Selain dari tu juga angah dia pon nak tumpang sekaki juga la, beli baju untuk anak menakan dia lah kot.. he heee..
Okeh, selepas berbeli belah, siap dok try kat situ sambil berpilih-pilih baju gitu di celah keriuhan dan keramaian orang di Kompleks Star Parade tu, hmm macam biasa la Athirah ni kalau dah di bagi kasut memang kecoh saja lah jadinya, abis di rentap baju-baju yang bergantungan kat rak tu, jenuh juga la aku kepung... mama dan angah macam biasa dengan biasanya terus memilih pakaian.. Bila dah selesai semua baru lah singgah kat McD tu.. beli fries dan juga ais krim tu... bukan main suka la mek Tirah ni, sampai orang lain nak tumpang pon tak boleh...
Dalam pukul 7.30, kami keluar dari Bandaraya Alor Setar dengan harapan sempat sampai rumah sebelum habis Maghbrib.... laju jer aku bawak, tapi tak le terlampau laju pasal jalan licin selepas hujan.. sampai jer kat sempadan Kedah Perlis, dah pukul 8 lebih-lebih gitu.. hmm sempat nih aku fikir... tapi selepas tu kan kenderaan berderet-deret kat depan, hish apa pesal lak pulak nih, ada roadblock ker senja-senja macam ni, pastu kenderaan kat line depan pon tak der yang lalu.. lepas tu kan nampak ada moto lalu dari depan suruh kita orang belok masuk jalan ban.. hmm aku pun cilok jer lah... dari jalan ban tu baru la aku nampak ada eksiden kat simpang jalan nak ke Sg Padang.. emm keta apa tah aku tak sempat nak tengok pasal nak cepat balik , akhirnya selepas cilok sana sini, pukul 8.25 samapi umah.. fuhh lega sempat solat .. walaupun lewat sikit.
Lepas sesi makan dan bersantai nih, nak cuba try baju-baju Athirah ni sekali lagi sebelum di simpan, try punya try semua ok, cuma satu seluar nih yang agak keck pinggangnya, mungkin juga jurujual tu dah tertukar size nih.. jadi terpaksa lag pergi semula besoknya...
Hari kedua ke Alor Setar, kami keluar pagi-pagi lagi la, dalam pukul 9.20 macam tu, sampai kat Alor Setar, dalam 10.15 selepas singgah dua tiga tempat, selepas tukar seluar dia dengan skirt pasai seluar tuh dah abis sizenya, rugi RM1.50 pasal skirt tuh murah dari seluar... nak dapatklan wang balik memang dah tak boleh.. isk.. selepas tu bergerak cari seluar kerja aku lak la, seluar kerja nih merangkap seluar raya la, nak save budget punya pasal... dalam pukul dua belas setengah baru keluar dari Bandaraya Alor Setar nih selepas singgah take away McD tuh, juga beli bubur ayam McD.. abis Athirah makan sepanjang jalan balik tu, mungkin dah lapar seleaps sepagi berjalan-jalan...
Sampai umah, kak aku dah siap nak gi makan kenduri, ada dua tempat, satu di Titi Tok Bandar dan satu lagi di Taman Kemajuan.. seleaps makan nasi lebih kurang, mata Athirah ni dah separuh terbuka, termata mengantuk dah tu, pasal seharian tak tidor lagi nih, sampai umah dalam pukul 2.45 petang terus masukkan dia dalam buai, tak sampai 5 minit dah tidor dia, mungkin pasal letih berjalan kesana sini makanpukul 6.30 petangbaru lah dia bangun tidor.. hu huu hampir 4 jam tido.. itu dah kategori pensannn dahtu Cik Tieh oiiii...
Monday, August 4, 2008
Kisah abah & anak

Ini lah kisahnya, bila dah anak yang dah pandai main air ni, mula nak tunjukkan belangnya bermain air, bukan lah keranan nak tunjuk skil membasuh kereta, bukan juga nak bodek abahnya untuk pergi ketaman, bukan juga berniat nak abis lambungkan meter air abah dia.. semata-mata seronok nak main air sajalh ni..
Mula-mula tu lepas dia bangun tido (pukul 6.45 tu dia bangun), dia nak tengok kartun kat Channel 611, lepas tu dah cerah sikit dia nak meronda kat luar, nak tengok pokok bunga, nak kutip buah mempelam yang luruh, nak sapu sampah dan juga bakar sampah bersama angah dia.. (tapi macam biasa la, jadi mem besar sajala.. mulut becok sana sini, komplen sana sini, tanya sana sini.. dah puas kacau angah dia...
Nampak pulak abah dok basuh keta, emm seronok tu boleh main air, mula-mula dia sapu keta tu dengan tangan dia, lepas dia himpit abah dia yangsedang cuci keta, lepas tu dia mintak kain cuci.. hah lepas tu dengan paip air tu dia amik... jadi apa lagi abah pon amik gambar saja la... lepas tu baru angkat mandi dan abah pon sambung kejanya.. hu huu.. rajin juga anak dara aku ni yer..?
menurut carta...
Jawapan 1- Bodek abahnya nak pergi taman mendapat 66%
he hee..
Mula-mula tu lepas dia bangun tido (pukul 6.45 tu dia bangun), dia nak tengok kartun kat Channel 611, lepas tu dah cerah sikit dia nak meronda kat luar, nak tengok pokok bunga, nak kutip buah mempelam yang luruh, nak sapu sampah dan juga bakar sampah bersama angah dia.. (tapi macam biasa la, jadi mem besar sajala.. mulut becok sana sini, komplen sana sini, tanya sana sini.. dah puas kacau angah dia...
Nampak pulak abah dok basuh keta, emm seronok tu boleh main air, mula-mula dia sapu keta tu dengan tangan dia, lepas dia himpit abah dia yangsedang cuci keta, lepas tu dia mintak kain cuci.. hah lepas tu dengan paip air tu dia amik... jadi apa lagi abah pon amik gambar saja la... lepas tu baru angkat mandi dan abah pon sambung kejanya.. hu huu.. rajin juga anak dara aku ni yer..?
menurut carta...
Jawapan 1- Bodek abahnya nak pergi taman mendapat 66%
he hee..
Labels:
Athirah
Thursday, July 31, 2008
Taman lagi...
Ni haa.. mek Tirah ni, lambat ada peluang ada saja rancangan dia nak pi taman, kalau dah pi taman tu memang sampai ke telinga la senyum dia, dah tu gelak kuat kuat sampai kan abang-abang yang dok main kat sebelah pon tertoleh toleh, entah apa yang dia seornok sangat tah la.. nih gambar masa ari Sabtu tu (26/07)..
Lawatan ke taman tu, boleh tengok-tengok saja la pasal awal pagi tu hujan, jadi semua permainan tu basah dan licin, jadi tengok saja la...
Lawatan ke taman tu, boleh tengok-tengok saja la pasal awal pagi tu hujan, jadi semua permainan tu basah dan licin, jadi tengok saja la...
Seronok lah tu... boleh tengok ponny dan juga bird... becok saja mulut dia..
Wednesday, July 30, 2008
Tuesday, July 29, 2008
How to describe my little family
Create your own family sticker graphic at pYzam.com
Inilah keluarga kecik aku.. huu huu baru bertiga, InsyaAllah kalau ada rejeki, bulan sebelas ni leh tambah sorang lagi... doakan moga selamat semuanya...
Sunday, July 27, 2008
Marathon Girl (aksi olimpik)
Ini lah Athirah, budak yang suka berlari ni.. ada bakat boleh jadi marathon girl, tapi sayang nya.. tak suka minum susu sekarang ni, tapi makan kuat...
(sambung nanti..)
Labels:
Athirah
Subscribe to:
Posts (Atom)


