Showing posts with label Me n Mem. Show all posts
Showing posts with label Me n Mem. Show all posts

Monday, August 25, 2008

Makan-makan yang tak syok....

Tadi kan balik saja dari keja, mem aku ajak gi makan, nak cari ais krim katanya.. emm maksud aku ABC.. alah dah petang macam ni.. susah jugak nih... jadi keluar lah petang tu, dengan hajat nak cari ABC... selepas bertukar-tukar fikiran, pendapat, cadangan.. maka kami mengambil kesimpulan nak gi maka kat gerai-gerai depan Stesyen BAs Ekspress tu, alah yang dekat Bulatan Jalan bukit Lagi tu.. sebelah dengan tokong sayur tuh... sampai saja nak masuk kat area tuh dah pukul 7 lebih dah, korner saja nak masuk, dah kena bayar parking singgit, aik dah la lom masuk lagi, pastu dah kol 7 pon masih kutip parking????? hmm dah park keta  tengok ada 2, 3 buah gerai yang di buka.. satu gerai bola sepak, satu gerai kat atas tu, dan satu lagi gerai nasi kandar kat sebelah hujung nun...


Mula-mula tu nak lepak kat gerai bola tuh, dah tak dak ABC.. pergi gerai seblah dia.. tengok-tengok ada mesin ais.. ha kira jadi la.. lepas tu kami duduk saja, datang lah pelayang kedai, emm tengok muda lagi.. segakpulak tu.. hah ok lah tu kan..? lepas tu order makan, aku mintak mee goreng tu, mana kala mema aku order nasi pataya.. bila tanya ABC.. dia cakap tak dok.. ais nya lom sampai.. adehhhh takkan la nakbangunpulok kan, dah la parking dah bayar.. tunggu saja lah, nak buat macam mana tak dak rejeki nak makan ABC kan? Esok-esoklah pulak gi cari... emm aku pon order la air oren sunkist tuh, mem aku lak order jus epal.. lepas 15 minit, sampai lah makannya.. aik air lom buat la pulok.. kena tunggu lagi 10 minit.. sambil-sambil tuh kami makan la cubit-cubit .. sementara air nak sampai.. mee tu rasanya ok jugak, nasi pataya tu mema aku kata kurengg la... lepas tu baru la air sampai.. athiranh tengok ada ais dia pob nak tumpang sama la.. amik jer gelas tu, aku cicip lah sikit, emm tak manis pon.. ok lah tu kan.. tak la aku makan manis sangat.. aku pon sedut la dengan straw.. sekali naik dengan gulanya sekali, kacau-kacau tengok hmm punya la banyak gula kat bawah tu.. isk bengan la aku... ingat nak tinggal macam tu ajer la... tapi mee tu aku habiskan juga la...


Lepas tu mem aku lak suruh rasa air jus epal dia tuh, laaa lagi la haru, dah la gula sekerat gelas, rasa epal pon tak dak... sungguh kami bengang dan tak pueh hati... aleh-aleh abis kan makan.. kami pon nak balik la, dek pasal tak pueh hati, kami gi komplen jugak la kat cashier tu pasal air epal yang tak terasa epal tuh, sekalai dia sound kat orang dapur dia "eii.. kapa buat air apa nih haaa.. air anggur ka.. sampai tak rasa epal".. ceh macam nak perli kami la pulok... hampeh tol.. sepanjang perjalan balik tuh tak abis mem aku dok pot pet- pot pet.. aku diam saja lah.. bengang kat dalam ati sajok ler... kepada sesapa yang ada hati nak makan kot tuh, tengok2 sama lah.. , dan besok nya memang ponada kawan-kawan aku yang terkena macam tu... kang kapa terkena macam aku nih, pandang-pandang sama la tempat yang nak pi tu...

Saturday, August 23, 2008

Hari jalan-jalan makan kenduri...

 
Hari tu kan ada aku bagitau yang Athirah pergi main kat taman di Denai Larian Pengkalan Assam kan, ari ni dia nak pegi lagi, kebetulan lak kami nak gi pasar cari barang-barang nak di masak nanti.. pagi ni juga aku ada mesyuarat koperasi kakitangan kerajaan di Dewan Residensi (bekas rumah MB dulu).. jadi bawaklah dia sekali, tanpa di mandi dan di mekapkan dulu,    sementara aku nak masuk daftar kat dewan residensi tu, mama di bawak  la pi taman dulu... tapi kan oleh kerana tersangat awalnya.. dalam pukul 8.30 macam tu tidak la dapat dia nak bermain pasal air kat tempat main tu masik ada, belumn kering pasal semalam kan hujan...  jadi masih juga teringin nak main tapi dah kotor sangat tak dapat la bermain.. itu la mukanya yang muncung 16 itu..  
 
Lepas balik dari pasar, dalam pukul 11.00 macam tu, kami bertolak lah ke Jalan Kilang Gula, berhampiran dengan ladang tebu dan Kilang Gula.., nama kampung dia Kg Sg Buluh... he heee.. sepupu aku, yakni anak maklong aku la.. Anak dia hak no dua dari bongsu akan melangsungkan majlis kahwin.. emm tengok dari majlis tu besar jugak la.. pasal ada 5 khemah yang disediakan. Dengar ceritanya, awal-awal pagi lagi sekor lembu dah di tumbangkan untukmajlis kenduri nih, ok la tuh boleh makan daging yang fresh lagi... hidangan dia tak banyak.. ada goreng daging berkuah, gulai rebung dengan tulang lembu, ikan temenung bakar, air asam dan ulam-ulaman.. ringkas ajer..  okeh la tu.. dapat juga aku snapkan beberapa keping gambar, berlagak ala-ala jurufoto professional..pada hal pakai handphone saja... abis ketepi la juru-juru kamera pro tuh.. :) . Dalam pukul 1.00 tengaharimacam tu.. kami bertolak balik la.. pasal kemengantukkan Athirah dah sampai tahap bayu laut dah... stiimm je mata dia.. 
 
Sampai umah dalam pukul 1.25 tengahari, terus tidokan athirah dalam buaian, dan kejap je terus dia tertido.. kemudiannya terus semayang Zohor kemudian pi pulak kenduri kedua di Sungai Padang, Athirah kami tinggalkan saja kat angah dia.. hmm pandai-pandai la Angah dia jaga nanti kan.. ? Ketika kami sampai kat tempat kenduri ni pengantinnya baru saja sampai, jadi sempat aku snap satu gambar jer lah... lepas tu lak kan kena lak menapak masuk dalam kampung, tak leh masuk keta la, moto pon sekerat jalan saja... bila sampai umah dia baru aku tau yang ada dua pasangan yang kawin ari ni.. buat sekali gus..mesti jimat belanja nih... emm sebelah tuan umah ni kiranya sepasang la anak dia.. jadinya keluar sorang masuk sorang la... he hee maksud aku, tuan umah dapat sorang menatu pompuan, dah tu lak anak pompuan dia dah di bawa orang la... he lebih kurang macam tu lah.. taklama la kami berada kat situ pasal panas sangat.. kuat betul bahang matahari kat situ.... 

Lepas makan-makan lebih kurang, bertolak lah pulak kerumah kedua... (ketiga hari ni).. kat sini umah taman la pulak.. jenuh juga nak parking pasal ramai juga lah jemputan dia.. umah nih kiranya sepupu mem aku la pulak..ketika kami sampai, pengantin dah sampai tapi sedang bergambar kat dalam umah, jadi nya ketika kami sedang makan-makan baru la pengantin keluar untuk makan beradab... dapat la snap gambar ari jauh...  lama juga kami ada kat sini hingga pukul 4 lebih.. dah tu siap pulak boleh bawak balik lauk.. hu huu senang sungguh.. kiranya hari ni jalan ada berkat la.. 3 umah pi makan kenduri dapat jumpa 4 pasangan pengantin.. bukan selalu tu.. kadang2 sampai umah kenduri pengantin dah di bawak pergi, tak pon ada kat dalam bilik tukar baju, tak pon pengantin dah berjalan sana sini.. 

Sampai umah dah pukul 4.20 petang, tengok-tengok Athirah masih belum bangun tido.. isk maratahon lak la dia, tido 3 jam berterusan.. uh uh senang keja la kalau macam ni...

Saturday, August 16, 2008

Jom jalan-jalan....


Hmm.... hari Sabtu  lepas... aku, mem dan angah athirah nak bawak dia pi ronda-ronda di Alor Setar.. tapikan oleh kerana dia letih hari tu, mungkin lepas buas bermain, pukul 4.00 petang baru dia bangun, jadi kami bawak jugak la, bukan pasai apa sangat.. nak cari baju raya siap-siap kat dia.. he hee awal beno kan cari baju raya.. tapi bila pikirkan yang nanti mama dia sarat dah dah tentu tak larat nak ronda-ronda cari baju raya dia, dah la berpuasa kan..? Selain dari tu juga angah dia pon nak tumpang sekaki juga la, beli baju untuk anak menakan dia lah kot.. he heee.. 

Okeh, selepas berbeli belah, siap dok try kat situ sambil berpilih-pilih baju gitu di celah keriuhan dan keramaian orang di Kompleks Star Parade tu, hmm macam biasa la Athirah ni kalau dah di bagi kasut memang kecoh saja lah jadinya, abis di rentap baju-baju yang bergantungan kat rak tu, jenuh juga la aku kepung... mama dan angah macam biasa dengan biasanya terus memilih pakaian.. Bila dah selesai semua baru lah singgah kat McD tu.. beli fries dan juga ais krim tu... bukan main suka la mek Tirah ni, sampai orang lain nak tumpang pon tak boleh... 

Dalam pukul 7.30, kami keluar dari Bandaraya Alor Setar dengan harapan sempat sampai rumah sebelum habis Maghbrib.... laju jer aku bawak, tapi tak le terlampau laju pasal jalan licin selepas hujan.. sampai jer kat sempadan Kedah Perlis, dah pukul 8 lebih-lebih gitu.. hmm sempat nih aku fikir... tapi selepas tu kan kenderaan berderet-deret kat depan, hish apa pesal lak pulak nih, ada roadblock ker senja-senja macam ni, pastu kenderaan kat line depan pon tak der yang lalu.. lepas tu kan nampak ada moto lalu dari depan suruh kita orang belok masuk jalan ban.. hmm aku pun cilok jer lah... dari jalan ban tu baru la aku nampak ada eksiden kat simpang jalan nak ke Sg Padang.. emm keta apa tah aku tak sempat nak tengok pasal nak cepat balik , akhirnya selepas cilok sana sini, pukul 8.25 samapi umah.. fuhh lega sempat solat .. walaupun lewat sikit.

Lepas sesi makan dan bersantai nih, nak cuba try baju-baju Athirah ni sekali lagi sebelum di simpan, try punya try semua ok, cuma satu seluar nih yang agak keck pinggangnya, mungkin juga jurujual tu dah tertukar size nih.. jadi terpaksa lag pergi semula besoknya...


Hari kedua ke Alor Setar, kami keluar pagi-pagi lagi la, dalam pukul 9.20 macam tu, sampai kat Alor Setar, dalam 10.15 selepas singgah dua tiga tempat, selepas tukar seluar dia dengan skirt pasai seluar tuh dah abis sizenya, rugi RM1.50 pasal skirt tuh murah dari seluar... nak dapatklan wang balik memang dah tak boleh.. isk.. selepas tu bergerak cari seluar kerja aku lak la, seluar kerja nih merangkap seluar raya la, nak save budget punya pasal... dalam pukul dua belas setengah baru keluar dari Bandaraya Alor Setar nih selepas singgah take away McD tuh, juga beli bubur ayam McD.. abis Athirah makan sepanjang jalan balik tu, mungkin dah lapar seleaps sepagi berjalan-jalan... 


Sampai umah, kak aku dah siap nak gi makan kenduri, ada dua tempat, satu di Titi Tok Bandar dan satu lagi di Taman Kemajuan.. seleaps makan nasi lebih kurang, mata Athirah ni dah separuh terbuka, termata mengantuk dah tu, pasal seharian tak tidor lagi nih, sampai umah dalam pukul 2.45 petang terus masukkan dia dalam buai, tak sampai 5 minit dah tidor dia, mungkin pasal letih berjalan kesana sini makanpukul 6.30 petangbaru lah dia bangun tidor.. hu huu hampir 4 jam tido.. itu dah kategori pensannn dahtu Cik Tieh oiiii...

Sunday, June 15, 2008

Bersenja di Kuala Perlis


Isk tak puas ronda lagi 'Atun Iyah' (see.. selain dari Atii'ah.. adalagi nama manja dia ni), kemarin dah ronda-ronda tengok sawah padi, dan tengok bot.. hari ni nak tengok bot lagi.. jadi hari ni meronda-ronda lah lagi, tapi tak naik moto la, pasai baru balik dari keja.. dah tu pulak balik dah pukul 6.30 lebih, tak jalan jauh la.. pergi lepak di 'benten' dekat dengan Jeti Kuala Perlis, tak lama duduk pon dalam 15 - 20 minit dah, dah senja pon masa tu, tapi kan bila nak balik saja, meraung la pulak.. tak mo balik.."nak tengok bot lagi.." adeh jenuh la macam ni... akhirnya pukul 7.50 malam baru sampai umah.


Tuesday, May 20, 2008

Siri Jalan- Jalan : Tesco Alor Setar




Hari Ahad hari tu sempat juga aku, mem dan athirah, kak iparku dengan anak-anaknya dan juga ibu mertuaku berkunjung (lawatan rasmi) ke Tesco Alor Setar yang baru di buka hampir 2 minggu, ingat kan tak la ramai tapikan aku lupa yang hari tu cuti Hari Wesak, jadi Warga Kedah pon cuti jugak, jadinya meriah la kat Tesco, jem lah jalan nak pi situ, penuh la tempat parking yang disediakan. Bersesak-sesak kat situ, hingga kan tersesat lah mak mentua aku jenuh juga la dok cari.. tengok-tengok dok tunggu kat main entrance.. nasih baik lagi.. kalau tak kena buat pengumuman kat PA.. naya tuh , berjalan-jalan dengan bawak anak ni memang terasa penat, tambah pulak nak beli barang-barang keperluan, seperti 'pampers, dan juga susu tapi dah habis pulak akibat dari promosi dengan harga yang menakjubkan (?) maka makin bertambah penat lah aku jadinya.

Mau tak mau keluar dari Tesco, bertolak pulak ke Aneka di Jitra, nasib baik lah orang tak ramai, nasib baiklah 'Pampers' ada dah tu dapat harga promosi lagi lega la... sambil tu boleh juga dok cari baju Athirah, hmm kesian kat dia dah lama tak beli baju kat dia.. sampaikan naik jemu tengok dia dok pakai baju yang sama tiap-tiap minggu..dalam pukul 4.30 petang baru lah sampai umah metua ku, adeh letih la eden akhirnya..
Posted by Picasa

Tuesday, October 24, 2006

Salam Di Hulur, Maaf Di Pohon, Hasrat Di Hati


Salam...
salam
Salam hari Raya Aidil Fitri buat semua pengunjung!
Jika terdapat sebarang salah dan silap, baik tersalah perbuatan, tersilap cakap, terlanjur gurauan maupun tingkah laku yang taidak disenangi.. kami sekeluarga menyusun sepuluh jari memohon kemaafan...


pst... athirah pesan sapa-sapa yang bermurah hati nak bagi duit raya boleh bagi melalui abah dia melalui akaun BCB 0902-002619X-05-X

Setiap transfer dia ucapkan berbanyak terima kasih, lagi banyak transfer lagi panjang trima kasih dia

Wednesday, September 27, 2006

Ramadhan hari ke 5

Hari ni dah 5 hari kita berpuasa.. dah 5 hari juga pengalaman bersama keluarga ni.. dan 5 hari juga Athirah menempuh puasa tanpa dia menyedarinya.. sebenarnya puasa ni banyak mengembalikan kenangan semasa kita masih kanak-kanak ..

Nih Athirah baru nak masuk 4 bulan.. sudah semestinya puasa ni belummembawa sebarang makna.. malahan pengertian jauh sekali.. ahh aku bayangkan macam mana yer masa aku seumur Athirah menmpuh puasa.. mesti masa tu aku masih ada ayah dan juga emak.. yang pastinya puasa masa tu tak le sesenang masa kini.. dulu la se ingat aku puasa dahulu cukup meriah aku rasa.. ( sejak bila yer aku mula kenal puasa?) perkara utama dulu yang susah nak dapat ialah ais.. ais ketul .. yang mana masa tu aku rasa rega dia dalam 10 -20 sen sahaja.. tu masa aku umuq 6 - 8 tahun aku rasanya... dan nak dapat ais pun kena beratur dan ada yang tempah awai.. kalau habis pekan koboi terdekat masa tu ialah Behor Lateh.. dan kalau jauh sikit tu Pekan Koboi Titi Chai..

Kalau nak banding masa la ni, hampir sumer umah dah ada 'iced box', 'fridge' dan seangkatan dengan nya.. jadi tak yah lah bersusah payah nak beratur dan berebut-rebut.

Semalam aku pegi pasar Ramadhan Kuala Perlis lagi, uhh masih lagi ramai orang... masih ramai lagi budak2 KUKUM yang bershopping2 kueh berbukak puasa.. bermacam2 ragam adanya. Juga aku tengok ramai jugak bapak2 yang dok dukung baby kat situ.. isk dulu aku tak aware sangat pasal orang dukung anak ni, melainkan kalau aku jumpa kawan2 aku ..

Emm macam biasa Athirah masih melayan perasaan sendiri.. dok tengok orang lalu lalang dan masih selamba derk dia aje.. aku tanya "Athirah.. nak beli apa buat berbuka nanti...? "mm dia buat selamba derkk jugak... .. hi Athirah.. athirahhh....
Posted by Picasa

Thursday, September 7, 2006

Hujan turun.. dan athirah pon tido


Hari Ahad hari tu aku pi gunting rambut... balik tu sempat la bawak athirah pi jejalan kat tepi laut.. tapi sebenarnya tujuan utama yang pi tepi laut saja nak caari sotong goreng tepung.. punya la pilih gerai mana yang rasa2 macam sedap je gorengan dia, dah dapat gerai tu kami pi la pilih sotong.. pastu depa timabang dan pi goreng.. emm ada la dala 15 minit tunggu sotong pon sampai.. eh tgk macam kurang je .. biasanya klau 5 6 ekor sotong tu maunya penuh satu bekas plastik tu.. ni ada separuh jer.. alah macam mana lah jadi macam ni.. mungkin pasal sotong dia mengecut kot... hmmmm...

Dah mem tak puas makan ingat semalam nak pi pulak la.. nak cari kedai lain la pulak.. kot2 leh dapat murah lagi... so lepas balik keja.. terus pegi amik Athirah.. masa pi amik tu ada la ujan turun rintik2.. ingatnya ok la.. tadi ok je.. sekali sampai kat umah pengasuh athirah tu.. uajan lebat pon turun.. dan athirah pon dah tido.. so macam mana nak pegi.. kenselll la jawab dia...

Monday, June 12, 2006

Here come the da Junior

Allhamdullillah, dah sekian lama menanti, akhirnya penantian ku berhasil jugak.. Bersyukur sangat aku.. setelah sekian macam dugaan yang di tempuh.. jadi juga aku menjadi sorang daddy..

Mem aku admitted to wad dalam kol 9.00 pagi selepas dia mula rasa sakit dalam kol 4 pagi.. tapi awal tu dia dah mula rasa sengal2.. tapi aku ingat pasal siang tu kami gi makan kenduri.. 2 tempat nak.. malam tu lak aku tgk bola 3 game sekali... heh mau tak ngantuknya.. heh dah masuk wad tak jadi lak sakit lak.. tapi tunggu kat sana la.. dalam kol 2.30 pagi dia call aku .. kata air ketuban dah pecah.. dan servik pon dah bukak 5cm.. so aku rush ler pi amik pak dan mak mentua aku.. dalam kol 3.30 sampai kat spital dia dah masuk dalam labour room... so kami lepak je kat luar tu...

Emm memang la orang kata penantian tu satu penyeksaan.. bayang la aku kena tunggu kat situ lebik kurang 4 jam... dengan suspen nya, dengan gemuruhnya... aduh jenuh aku berkawat di sepanjang koridor tu.. aku rasa mau ada 30 round aku aku tawaf kat koridor tu.. (sambil tu sempat juga dok hafal azan dan iqamah.. bukan tak tau aku takut nanti aku menggigil langsung terus lupa... :) ) isk lama nya aku menanti...

Akhirnya dalam kol 7.46pagi, wife aku ni selamat melahirkan sorang baby girl, beratnya 3.65kg.. lega aku alhamdulillah.. sumernya dah selamat.. mak baby sihat.. anak dia pon sihat.. aku dengan konfidentnya mengiqamahan baby tu dalam kol 9.00pagi dan kemudiannya wife aku di sorong ke wad dalam kol 10.30pg... keadah dia agak lemah la amsa tu... jenuh juga la dk uruskan.. dengan pak mentua kau ... emm akhirnya sumer nya selamat la.. lega aku..

Malamnya aku tak yah tunggu la, mak mentua aku kena.. (heh aku mana leh tunggu.. kat wad bersalin.. org pompuan jer la..) . Emm mas aku pegi malam tu dah ok dah sikit kang dia leh tido dabn makan makin ok la.. so aku balik la.. tgk bola jap.. tapi kejap tu bola lak tgk aku..

Paginya awal aku bangun, suruh kak aku goreng ikan haruan kering, pastu beli nasik kat kedai je la.. pastu belik nasik bungkus kat mak mentua kau.. (he hee upah berjaga semalam...) kol 7 pagi aku dah smapai kat wad.. hmm nurse tu bg aku 5 minit jer asuk hantar.. isk tak sempat nak main ngan baby... apa la.. heh tak per la.. tak kemana kan.. aku balik dulu la..

Emm lastly dengar kata dah nak leh bawak balik dalam kol satu nih... ok la aku nak pi tgk la apa yang leh di uruskan..

P/s...
Sori gambar lom leh bawak masuk.. kang aku kalau sempat next update aku masukan gambo yer...

Entri lain..

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin