gelagat Athirah awal pagi di Hari Deepavali..
Tuesday, October 28, 2008
Sunday, October 26, 2008
Kisah 3 sepupu ....
3 sepupu yang hampir sebaya...
- Athirah - 2 tahun 4 Bulan...
- Eifa - 2 tahun 1 Bulan
- Danisha - 1 tahun 5 Bulan (+/-)
apa yer ceta pasal depa nih... hu huu kena tunggu la...
Saturday, October 18, 2008
Budak selsema tu kan....
(Alah... dah lama la pulak janji nak update.. tapi tak update-update pon kan..? sebenarnya tak der cerita khusus tentang gambar nih, cuma nak bagitau yang selsema Athirah dah bertansur baiik, dia pon dah tak buat hal lagi dah, cuma akalbaru dia ni, bila nak tangkap gambar tak mau senyum... le pe hal la pulak ni kan? Tapi dia masih aktif macam tu juga... bila nak tangkap gambo , masam jer muka dia... macam-maca hal la pulok kan....?
Labels:
Athirah
Friday, October 17, 2008
Di malam yang kebasahan ini....
Dalam kebasahan malam yang di sirami hujan ni, aku masih lagi tidak dapat melelapkan mata, bukan sahaja bahang panas yang masih lagi dirasakan, tapi juga kerana Athirah yang meragam malam nih, petang tadi masa amik dia kat rumah pengasuh, aku di bagitau yang dia selsema hari ni, hm dah terbersin berkali-kali malahan hingus laju meleleh kat hidung dia.. emm sepanjang petang dan awal malam ni, sifat tegar dia nak main dan tak mahu tido itu masih menebal, sampakan terpaksa aku memaksa dia tido, walaupun mengelupur bagai nak rak tak mau masuk tido.. hu huu paksa punya paksa.. akhirnya tertido jugak dia.. pasal apa kena paksa tido.. pasal seharian dia tak mo tido hari ni, kalau tido pun tak sampai satu jam pon, yang mana aku rasa tak elok lah kan..
Dalam satu jam tido kat buaian.. di jaga pulak.. dan mula la meragam dia tuh, nangis sana-sini, apa yang dibuat serba tak kena.. sebenarnya adalah teramat jarangnya dia nak meragam macam ni, mungkin kerana selsema menyebabkan hidung dia tersumbat, jadi dia berasa terlalu tak selesa, pasal tu dia meragam kot, mula mula tu hanya sapu minyak arome terapi yang entah bila mama dia beli tah, tapi tak jalan.. lepas slow kan kipas.. biarlah mama dan abah dia berpeluh.. tapi dia pon berpeluh juga.. jadi terpaksa mengipas dia la pulak.. akhirnya baru terjumpa v*cik* vaporub tuh.. sapu jer lagi lah dia meragam pasal pedih kot, kena pujuk pulak.. lepas tu mengipas lagi.. akhirnya dahdekat pukul 12.00 malam baru dia tertido pulak.. baru lah dapat abahnya makan malam (hu huhu ni dahkategori supper dah nih)..
harap-harap dia akan terus dapat tido la malam nih, kalau tak jenuh berjaga la kan..? nasib baikla esok cotiiii.. kalau tak maka penyakit mengong tu akan datang lagi la.. tersenguk-senguk saja keja dia.. :)
Gambar untuk hiasan, tidak ada kena mengena dengan ceta nih, tapi muka kesian dia itu tidak dapat aku lopa kan..
Labels:
Athirah
Tuesday, October 14, 2008
Terlepas Kandang.....
Begini la aksi Athirah bila terlepas kandang... jika dapat bermain
kat luar rumah, dapat pulak kasut, lepas tu bawak gi taman permainan kanak-kanak, memang tak terkawal lah budak ni, berlari sesedap rasa, memanjat, merangkak, meyeronot... ikut kata hatinya sahaja, yang menjadi lotih adalah abahnya la, mana nak mengawal selia dia, mana yang nak tangkap gambar dia.. walau macam mana pun tertunai juga perjanjian dengan budak nih, nak bawak dia main kat taman, bermain-main lah dia, tapi takpenah yang nak puas, masa nak balik tu siap nangis-nangis tak mo balik , tapi apa kan daya.. maghrib pon dah masuk, lampu jalan dan hiasan pon dah di pasang.. jadi balik juga la....

.....kesian, mama dia hanya dapat duduk dan lihat sahaja, dah tak berupaya nak main kejar-kejar dengan Athirah.. yang berpeluh tu abahnya sorang la, berjoging-joging bersama Athirah yang tidak dapat di pegang tuh, asyik nak main dan berlari saja kerja nya.. adik, abang dan kakak berdekatan terpaksa la meminggirkan diri.. kalau tak?
bedeboomm!! terlentang.....
***maaf gambar kurang jelas,
kamera dak bawak,
pakai hphone sajork...
Labels:
Athirah
Sunday, October 12, 2008
Thursday, October 9, 2008
Gelagat Athirah lagi...
(tengok apa bezanya perangai Athirah pada bulan Mei hari tuh ngan hari ni... ada beza tak?)
hu hu tak banyak kan perubahan dia? masih lagi aktif macam tu, sekarang nih berat badan dia 12.4 kg masa pi check kat klinik tadi.. cakap memang la jenuh la nak melayan dia, macam-macam yang di tanyanya.. ada saja yang nakdia ambil tahu.. dah tu pulak sekarang ni Athirah suka menyanyi, alah lagu-lagu budak-budak tu, macam ram, ram pisang, dan juga dua tiga lagu lagi.. abah dia pun dah lupa dah.. he hee, selain tu jugak dia juga pandai meniru gaya orang bercerita.. mula-mula dulu maksu (anak kepada penjaga Athirah la.. ) selalu di bercerita pasla serigala dan arnab dan kura-kura pada dia, hmm antara dialog yang selalu dia cakap " ada seekor serigala dan seekor arnab dan kura-kura.. Pada suatu hari serigala pergi berjalan-jalan mencari arnab, tiba-tiba.... " ;, ini lah ayat suspen yang paling best dia buat.. dengan gayanya sekali sambil mengangkat jari telunjuk.. he hee nanti kalau sempat aku amik video dia bercerita.. mesti tersenyum punya la...
Okeh berbalik denga cerita pergi klinik tadi, dia sudah bikin ghapla jingga kat klinik tadi, ada ka patut dia tak mou makan ubat cacing? biasanya dia boleh makan ubat yang pahit, maupun manis masin dan kelat tanpa sebarang masalah bila dok kat umah atau umah emak dia.. tapi bila dok depan nurse tadi.. dia sudah bikin haru nak makan ubta, kononnya nak tengok pokok bunga la, nak tengok monkey la.. ada ada saja dia punya dalih takmou makan ubat, huhu jenuh la di pujuk oleh mama dan abah, kalau nurse yang pujuk memang dia lagi tak layan la.. bila try pakai syerinks, dia takmou bukak mulut juga.. hu huu last last nurse tu kata hmmbawak balik jer lah ubat dan syerinks tu, bagi bila mau.. tapi kan.. bila dah masuk keta, nurse tak dak, mau pulak dia makan ubat tu, siap mintak tambah lagi.. isk apo kes la kou nih Ayong... !! heeee...
Labels:
Athirah
Subscribe to:
Posts (Atom)


.jpg)




.jpg)