Wednesday, October 17, 2007

cerita raya dan athirah

Hari ni.. dah 18/10.. hu hu.. aku masih bercuti.. entah la apa aku nak buat.. cuti panjang macam ni.. tapi sekurang-kurangnya aku bebas dari kongkongan pejabat, dan dok kat rumah .. aku boleh bermain bersama athirah.. boleh berjalan-jalan tanpa memikirkan sapa yang akan gantikan shift aku.. yeeehaaaa!

Cuti aku masih lagi berbaki lagi 5 hari dan.. di rumah aku masih lagi riuh dengan anak-anak menakan aku yang seramai orang hero nih.. aduh jenuh la.. bermacam-macam hal.. emm tapi kalau di tenung-tenung balik.. dah tinggai tiga jer anak menakan aku yang masih lagi belum terkawal.. yang sorang tu Alhamdulillah dah boleh harap dah, dah cool dah sikit, tak dak ler nak menyakat yang keterlaluan, cuma yang no 2 ni, masih kuat menyakat gi nih, maklum la.. dah ada dua adik yang sama sebaya, sama umur dan sama jantina lak tu.. kalau tak sama jantina mesti diorang layan abisnyer.. buktinya.. adanya athirah seolah-oleh memngisi ruang yang selama ini tiada, iaitu seorang adik yang berlainan jantina..


Adik perempuan yang pada dasarnya lebih slow pergerakkanya, lebih lembut.. anggun dan menawan.. (waa kaa kaa..) tapikan.. aku tengok tak kurang juga macam adik lelaki diorang.. dia punya gerakan.. tak der la lembut lembai.. dia punya suara.. gurau jugak (err gurau tu dari belah abah dia.. [gurau ala perempuan la .. tak kan gurau macam lelaki lak kan..?]), dia punya stunt pun boleh tahan. Kalau setakat jatuh dan rebah, terantuk sikit2, berlanggar orang atau dinding, atau meja dan etc..yang sikit2 tu leh di abaikan.. tak der nangis lak.. cuma kalau lapar.., sakit sangat haa nangis la.. adus meks aku sorang ni..


So.. untuk tujuan promosi ( lagi..?), athirah ni leh dikatan sorang yang peramah, suka bertegur sapa (sapa-sapa pun la.. baik ngan mulut, tangan, maupun kaki.. dan apa2 saja), heh suka studi.. ( err buku abc dia la.. yang dia tau.. a-apple , b-boat, c-comb, f-fower(flower), o-oween(orange), w-worm, juga boleh bilang 1 - 10 ikut suku kata terakhir.. contoh kalau satu.. kita sebut 'sa', dia sambung 'tu', 'du'.. dia sambung 'waaa'.. begitu lah seterusnya..).. adus.. jenuh la.. ari ari dia ajak studi.. buku kecik tu dia usung merata-rata.. kadang2 dia ajak abah dia baca, kadang2 mama dia, angah dia pon kena juga la.. emm sekarang dah ada abang-abang dia.. semua kena la..

adeh dah ngantuk la..

( emm aku pinjam laptop orang aaa.. jadi tak leh nak lama-lama la..),

nanti la aku sambung..

1 comments:

Anonymous said...

amboila comelnya athirah ye....salam raya..mesti banyak collect duit raya nih...

Entri lain..

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin