Sunday, March 30, 2008

Sepetang di Taman!

Okeh kita sambung dai kesah kemarin, berlaku kemarin juga... selepas dari mandi-mandi di umah Tok dia, selepas Asar tuh, kami meronda pulak kat kawasan Arau, pergi hantar Pak Su dia (adik ipar yang bongsu) kat Sekolah Menengah Teknik Arau, dalam perjalan tu jenuh la Pak Su dia melayan Athirah yang suka bercakap ( cakap dalam bahasa dia la, dalam 10 patah perkataan 4 sahaja yang boleh di paham.. yang lain pakai 'ya' sahaja la).. dalam banyak perkataan yang disebut (.. juga di ajuk dari radio kreta) , ialah dadih.. isk acapkali jumpa Stesyen Petronas.. mesti sebut dadih.. adeh dua suka makan dadih yang selalu di beli di Petronas.

Lepas hantar Pak Su dia, on the way nak balik tu singgah la beli dadih ( dan isi minyak jugak..) kat Athirah.. lepas tu tengok jam masih awal.. dalam pukul 5.45.. jadi singgah lah kat taman, yang bagi aku cukup nostalgia ( he hee..) Jadi jenuh la Athirah main, jenuh juga la abah dia mengejar sana sini, menjaga anak dia yang sorang nih! Adeh dah melh nak cite.. tengok jer lah gambar ni.. betapa sukanya dia..






Posted by Picasa

Sukanya dia dengan Air!





Begini lah Athirah bila dah berjumpa denga air.. seronok habis denia la dia.. dengan kedaan cuaca yang panas sekarang ni, walaupun hujan turun tapi pemeluwapan air yang tinggi menyebabkan suhu naik juga, kalau sekarang ni kat dalam umah memang lah panas!

Kisahnya hari Ahad tu kami pi ke Aloq Setaq.. ( emm ada citer lain nih.. tapi nanti2 lah ye.. !!) bertolak dalam pukul 10.00 pagi, selepas dua tiga urusan kat Aloq Setaq dalam pukul 1.00 tengahari kami pon balik la, on the way balik tu singgah kat Jitra, shopping barang2 sikit, sekarang ni kalau pergi Aloq Setaq maleh betui kalau nak shopping2, nak parking susah dan kalau tak betui2 ada keja, memang tak pi la. Yer lah kan nama pon dah Bandaraya, mesti la sibuk kan? Walaupun meter parking dah buang ( sekarang pakai resit balik kot?) tapi dengan kesibukkan macam tu menjadikan selera aku nak masuk Town dah tak da! Nasib baik urusan kami nih, di pinggir bandar sahaja.

Berbalik pada kesah Cik Tirah kita nih, kebetulan dia ni sekarang suka sangat bangun awai.. hari cuti pon bangun kol 6.30 pagi, adeh la tak bleh nak bermalas-malasn kat tempat tidur tuh.. Dia ni na kbangun awal pon bukan pasai apa sangat, nak tengo kartun saja keja dia.. isk bahaya la budak2 besaq ni pon dah start tengok katun (.. ikut perangai sapa tah ni? :) .. ) Nasib baik la ada Pak As*ro nih, pagi2 dah bukak Chanel 611 ni, ada Postman Pat la, Bob the Builder la, dan bermacam-macam kartun lagi la, dan yang paling dia suka ialah Ultraman.. adeh.. ! Lepas tengok Ultraman baru la dia nak bangun.. hmm

Now, patah balik ke kisah Aloq Setaq tadi, lepas singgah kat Jitra beli kasut Cik Tirah kita ni dengan mama dia, baru la balik dalam Pukul 2.00 macam tuh, kali ni memang dia dah ngantuk benar la, samapi dah tak nak berceloteh apa lagi dah, kami biar je lah kat seat belakang, dengan susu dan 'mek mek' dia.. hmm tak dan nak bergerak jauh dia dah tidor dah, jadi kami bawak keta pelan2 la takut dia terjaga.. hu hu sampai umah mertua aku, masih tak bangun, jadi kami biar lah dia tido dalam keta, bukak tingkap biar angin masuk.. lama juga dia tido sampai kol 4 petang, lepas bangun baru la bagi mandi dan makan. Itulah kesah nya Athirah mandi kat umah tok dia..
Posted by Picasa

Tuesday, March 25, 2008

Wajah-wajah Athirah






Hu hu.. suka sungguh tengok wajah-wajah Athirah sekarang ni, kadang-kadang dia ada multiple watak la, dia boleh buat watak-watak ni dalam suatu masa.. macam di atas tu.. dia boleh buat heran bila keluarkan kamera, lepas tau yang kita nak tangkap gambar di boleh senyum la pulak.. lepas tu bila kita bangkang dia saja mulah lah buat mulut muncung.. dah tak makan di pujuk dia main-main kita pulak.. isk isk isk..
Posted by Picasa

Monday, March 17, 2008

Ayong?


Posted by Picasa

Saturday, March 15, 2008

Rajinnya dia menulis





Hari ni, dalam keadaan kesamaran dalam politik negeri yang masih belum ada ketentuan ini, aku masih lagi macam biasa sahaja la, hari hari, setiap jam, setiap minit dan setiap saat masih menunggu siapakah yang akan menjadi Menteri Besar Perlis. Mungkin bagi sesetengah orang, tidak memberi sebarang impak kepada mereka, tapi bagi aku dan kakitangan kerajaan di bawah naungan negeri, tentu memberi impak yang agak besar. Banyak hal-hal yang dulu di KIV, di bakul sampahkan mungkin boleh di kemukakan semula, seperti isu perjawatan, isu budget yang tak pernah cukup dan juga beberapa isu lagi.

Berbalik kepada gambar ni, sekarang ni Athirah rajin pulak dok main dengan pen dan kertas, he hee jangan lah berharap yang dia nak tulis 1,2,3 ke, atau A, B, C.. tetapi sekadar lukisan yang abstrak dalam medium garisan-garisan yang tidak dapat aku teka motif dan pengertiannya. Bukan kerana menulis tu, yang aku perhatikan cara dia macam bersungguh-sungguh benar nak menulis ke, melukis ke, dan mungkin juga memikir sama.. dulu dia cukup suka naik kerusi bila pergi umah orang, jadi kami belikan satu untuk dia.. jadi kalau tengok tv ke, main dengan bear ke.. atas kerusi tu lah dia main.. lepas tu aku letakkan dekat meja dan dia pon suka lak nak menulis dan melukis tuh.. satu lagi aku tengok cara dia pegang pen tuh.. macam tak yah ajar saja.. macam dah ada bakat.. he hee.. ntah la.. nih baru 1 tahun 9 bulan.. kot2 bila dah besar nanti kot jadi macam lain.
Posted by Picasa

Entri lain..

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin