Saturday, March 15, 2008

Rajinnya dia menulis





Hari ni, dalam keadaan kesamaran dalam politik negeri yang masih belum ada ketentuan ini, aku masih lagi macam biasa sahaja la, hari hari, setiap jam, setiap minit dan setiap saat masih menunggu siapakah yang akan menjadi Menteri Besar Perlis. Mungkin bagi sesetengah orang, tidak memberi sebarang impak kepada mereka, tapi bagi aku dan kakitangan kerajaan di bawah naungan negeri, tentu memberi impak yang agak besar. Banyak hal-hal yang dulu di KIV, di bakul sampahkan mungkin boleh di kemukakan semula, seperti isu perjawatan, isu budget yang tak pernah cukup dan juga beberapa isu lagi.

Berbalik kepada gambar ni, sekarang ni Athirah rajin pulak dok main dengan pen dan kertas, he hee jangan lah berharap yang dia nak tulis 1,2,3 ke, atau A, B, C.. tetapi sekadar lukisan yang abstrak dalam medium garisan-garisan yang tidak dapat aku teka motif dan pengertiannya. Bukan kerana menulis tu, yang aku perhatikan cara dia macam bersungguh-sungguh benar nak menulis ke, melukis ke, dan mungkin juga memikir sama.. dulu dia cukup suka naik kerusi bila pergi umah orang, jadi kami belikan satu untuk dia.. jadi kalau tengok tv ke, main dengan bear ke.. atas kerusi tu lah dia main.. lepas tu aku letakkan dekat meja dan dia pon suka lak nak menulis dan melukis tuh.. satu lagi aku tengok cara dia pegang pen tuh.. macam tak yah ajar saja.. macam dah ada bakat.. he hee.. ntah la.. nih baru 1 tahun 9 bulan.. kot2 bila dah besar nanti kot jadi macam lain.
Posted by Picasa

1 comments:

Anonymous said...

comel la your athirah ni... kuyu je mata dia. besar esok mesti lawa anak dara ni :)

Entri lain..

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin