Sunday, March 30, 2008

Sukanya dia dengan Air!





Begini lah Athirah bila dah berjumpa denga air.. seronok habis denia la dia.. dengan kedaan cuaca yang panas sekarang ni, walaupun hujan turun tapi pemeluwapan air yang tinggi menyebabkan suhu naik juga, kalau sekarang ni kat dalam umah memang lah panas!

Kisahnya hari Ahad tu kami pi ke Aloq Setaq.. ( emm ada citer lain nih.. tapi nanti2 lah ye.. !!) bertolak dalam pukul 10.00 pagi, selepas dua tiga urusan kat Aloq Setaq dalam pukul 1.00 tengahari kami pon balik la, on the way balik tu singgah kat Jitra, shopping barang2 sikit, sekarang ni kalau pergi Aloq Setaq maleh betui kalau nak shopping2, nak parking susah dan kalau tak betui2 ada keja, memang tak pi la. Yer lah kan nama pon dah Bandaraya, mesti la sibuk kan? Walaupun meter parking dah buang ( sekarang pakai resit balik kot?) tapi dengan kesibukkan macam tu menjadikan selera aku nak masuk Town dah tak da! Nasib baik urusan kami nih, di pinggir bandar sahaja.

Berbalik pada kesah Cik Tirah kita nih, kebetulan dia ni sekarang suka sangat bangun awai.. hari cuti pon bangun kol 6.30 pagi, adeh la tak bleh nak bermalas-malasn kat tempat tidur tuh.. Dia ni na kbangun awal pon bukan pasai apa sangat, nak tengo kartun saja keja dia.. isk bahaya la budak2 besaq ni pon dah start tengok katun (.. ikut perangai sapa tah ni? :) .. ) Nasib baik la ada Pak As*ro nih, pagi2 dah bukak Chanel 611 ni, ada Postman Pat la, Bob the Builder la, dan bermacam-macam kartun lagi la, dan yang paling dia suka ialah Ultraman.. adeh.. ! Lepas tengok Ultraman baru la dia nak bangun.. hmm

Now, patah balik ke kisah Aloq Setaq tadi, lepas singgah kat Jitra beli kasut Cik Tirah kita ni dengan mama dia, baru la balik dalam Pukul 2.00 macam tuh, kali ni memang dia dah ngantuk benar la, samapi dah tak nak berceloteh apa lagi dah, kami biar je lah kat seat belakang, dengan susu dan 'mek mek' dia.. hmm tak dan nak bergerak jauh dia dah tidor dah, jadi kami bawak keta pelan2 la takut dia terjaga.. hu hu sampai umah mertua aku, masih tak bangun, jadi kami biar lah dia tido dalam keta, bukak tingkap biar angin masuk.. lama juga dia tido sampai kol 4 petang, lepas bangun baru la bagi mandi dan makan. Itulah kesah nya Athirah mandi kat umah tok dia..
Posted by Picasa

0 comments:

Entri lain..

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin