Hmm.... hari Sabtu lepas... aku, mem dan angah athirah nak bawak dia pi ronda-ronda di Alor Setar.. tapikan oleh kerana dia letih hari tu, mungkin lepas buas bermain, pukul 4.00 petang baru dia bangun, jadi kami bawak jugak la, bukan pasai apa sangat.. nak cari baju raya siap-siap kat dia.. he hee awal beno kan cari baju raya.. tapi bila pikirkan yang nanti mama dia sarat dah dah tentu tak larat nak ronda-ronda cari baju raya dia, dah la berpuasa kan..? Selain dari tu juga angah dia pon nak tumpang sekaki juga la, beli baju untuk anak menakan dia lah kot.. he heee..
Okeh, selepas berbeli belah, siap dok try kat situ sambil berpilih-pilih baju gitu di celah keriuhan dan keramaian orang di Kompleks Star Parade tu, hmm macam biasa la Athirah ni kalau dah di bagi kasut memang kecoh saja lah jadinya, abis di rentap baju-baju yang bergantungan kat rak tu, jenuh juga la aku kepung... mama dan angah macam biasa dengan biasanya terus memilih pakaian.. Bila dah selesai semua baru lah singgah kat McD tu.. beli fries dan juga ais krim tu... bukan main suka la mek Tirah ni, sampai orang lain nak tumpang pon tak boleh...
Dalam pukul 7.30, kami keluar dari Bandaraya Alor Setar dengan harapan sempat sampai rumah sebelum habis Maghbrib.... laju jer aku bawak, tapi tak le terlampau laju pasal jalan licin selepas hujan.. sampai jer kat sempadan Kedah Perlis, dah pukul 8 lebih-lebih gitu.. hmm sempat nih aku fikir... tapi selepas tu kan kenderaan berderet-deret kat depan, hish apa pesal lak pulak nih, ada roadblock ker senja-senja macam ni, pastu kenderaan kat line depan pon tak der yang lalu.. lepas tu kan nampak ada moto lalu dari depan suruh kita orang belok masuk jalan ban.. hmm aku pun cilok jer lah... dari jalan ban tu baru la aku nampak ada eksiden kat simpang jalan nak ke Sg Padang.. emm keta apa tah aku tak sempat nak tengok pasal nak cepat balik , akhirnya selepas cilok sana sini, pukul 8.25 samapi umah.. fuhh lega sempat solat .. walaupun lewat sikit.
Lepas sesi makan dan bersantai nih, nak cuba try baju-baju Athirah ni sekali lagi sebelum di simpan, try punya try semua ok, cuma satu seluar nih yang agak keck pinggangnya, mungkin juga jurujual tu dah tertukar size nih.. jadi terpaksa lag pergi semula besoknya...
Hari kedua ke Alor Setar, kami keluar pagi-pagi lagi la, dalam pukul 9.20 macam tu, sampai kat Alor Setar, dalam 10.15 selepas singgah dua tiga tempat, selepas tukar seluar dia dengan skirt pasai seluar tuh dah abis sizenya, rugi RM1.50 pasal skirt tuh murah dari seluar... nak dapatklan wang balik memang dah tak boleh.. isk.. selepas tu bergerak cari seluar kerja aku lak la, seluar kerja nih merangkap seluar raya la, nak save budget punya pasal... dalam pukul dua belas setengah baru keluar dari Bandaraya Alor Setar nih selepas singgah take away McD tuh, juga beli bubur ayam McD.. abis Athirah makan sepanjang jalan balik tu, mungkin dah lapar seleaps sepagi berjalan-jalan...
Sampai umah, kak aku dah siap nak gi makan kenduri, ada dua tempat, satu di Titi Tok Bandar dan satu lagi di Taman Kemajuan.. seleaps makan nasi lebih kurang, mata Athirah ni dah separuh terbuka, termata mengantuk dah tu, pasal seharian tak tidor lagi nih, sampai umah dalam pukul 2.45 petang terus masukkan dia dalam buai, tak sampai 5 minit dah tidor dia, mungkin pasal letih berjalan kesana sini makanpukul 6.30 petangbaru lah dia bangun tidor.. hu huu hampir 4 jam tido.. itu dah kategori pensannn dahtu Cik Tieh oiiii...
5 comments:
Athirah makan ice cream tak bagi Auntie ponnnnn... tak aci tauuu hehee..
sedap nya... nk g beli gak la..
Auntie Neeza..
Che ah pon abah dan mama belanja... nanti Che 'Ah dahbesar, dah ngaji pandai.. dah ada keja.. Che 'Ah belanja Auntie yer...?
Ku Ina..
Jom pakat-pakat pi beli
che 'Ah bagi lah ice cream yang papa dan mama beli tu pada auntie.. boleh kannn... kihkihkihhh...
iskk...
ingatkan Che Ah berebut asi krim ngan mama dan adik saja, rupanya ada auntie yang nak berebut sama.. he hee he mai la.. mai la...
Post a Comment