Hish.. hari ni kan.. Athirah ni selsema lagi la.. tapi kalau bab nak gi jalan, tegar dia nak ikut sama, padahal bukannak gi mana sangat pon.. nak gi pejabat mama dia saja..
Sunday, November 30, 2008
Wednesday, November 26, 2008
Masak la dulu... baru boleh makan..
Pagi tadikan, pagi-pagi buta tu lah, matahari pon tak celik lagi, sebaik selepas hantar angah Athirah gi keja, bawak la Athirah gi market (pasar) Kangar.. aku ni kalau market Kangar jarang sangat la nak pi, pasal aku rasa macam kurang lak pilihan dia, dah tu rasa macam sedikit mahal dari tempat lain. Tujuan aku hanyalah nak beli daging segar sikit dengan tulang rusuk lembu.. sampai saja kat tempat daging lembu tu;
Athirah dah mula seru " Eee.. besarnya lembu tu...", merujuk kepada paha lembu yang tergantung tuh, abis tu dia kata pulak " nak sikit lembu tuh...", jadi aku pon tanya dia " Ayong nak makan ke lembu tu...?" , cepat saja dia jawab "... kena la masak dulu, baru boleh makan "... ; aku "..erk..!!".. pak cik jual daging tu tersenyum saja sambil pandang Athirah.. " dah berapa tahun umo dia..? "... aku jawab " 2 tahun setengah" ; pak cik tu.. " .. pandai no" ... aku sengih jer la..
Adeh ni ape cite.. aku pulak yang terkena...
Tuesday, November 25, 2008
Kisah Athirah...
Athirah dan sepupunya Danisha..
Alahai.. kesian lak kat Athirah.. dah lama tak update pasal dia kan? Semenjak dua menjak nih, banyak dok update tentang adik dia saja, sampaikan dia dah tak jadi subjek utama lagi.. hmm kesian kan? Dia sekarang ni dah pandai la bawak diri, tak la sangat nak kacau adik dia tu, tapi suara dia yang kuat tu, bikin adik terkejut dari tido ooo.. dia ni tak de la sangat nak kacau adik dia, mungkin pasal kat umah pengasuh dia tu, ada sorang lagi baby.. jadi dah terbiasa la dengan baby, cuma sesekali dia datang nak sayang adik dia la.. berdecup-decup pipi di ciumnya.. he hee "lawanya adik tuu..." "sayang sangat adik tu.." " adik dah bangun ka...?"" adik tergelak... ".. ini adalah ayat-ayat yang khas untuk adik dia la.. kalau Anieq nangis pon dia kata tergelak jugak.. he hee Athirah.. Athirah.. !!
Thursday, November 6, 2008
Milo : minuman sepanjang masa...
History of MILO®
MILO® derived its name from MILON, a champion athlete of ancient Greek mythology. He was renowned for his feats of strengths some 600 years BC.
1950
MILO® Tonic Food Drink was introduced in Malaysia as a Tonic Food Drink.
1999
MILO® with B Vitamins was introduced.
2002
MILO® with ACTIGEN-E®
MILO® was further improved with ACTIGEN-E®, a unique combination of 8 vitamins and 4 minerals, which helps to optimise release of energy from food.
2006
MILO® with ACTIGEN-E® and PROTOMALT®
MILO® is action-packed with:
- Natural Goodness of malt, skimmed milk, and cocoa for that great chocolatey taste,
- ACTIGEN-E®, a unique combination of 8 vitamins and 4 minerals, which helps to optimise release of energy from food.
- PROTOMALT®, a malt extract with a mixture of different types of carbohydrates that provides energy and nutrients the body needs.
MILO® in Malaysia
It was MILO® that coined the nation’s battle cry "Malaysia Boleh!" and
kindled the national spirit of achieving
the impossible.
Malaysians drink more MILO® than any soft drink and Malaysia has the largest MILO® factory in the world located at Chembong, Negeri Sembilan.
Malaysia can be rightfully call‘Land of MILO®’ because it is the world’s largest consumer of the beverage.
It is non-stop activities for MILO® throughout the year as it sponsors about 25 sports events at various levels every month.
MILO® samples every year in many schools and sporting events.
He he kenapa aku iklan milo hari ni?.. teringat aku.. dulu milo adalah minuman yang tersangatlah aku minat, sudah terkenal seantero famili aku, dan kaum kerabat aku, bila-bila masa, di mana-mana jua, pasti milo yang jadi pilihan.. Tukang bancuh kegemaran adalah arwah kak mah aku, tak pernah aku tolak kalau dia yang bancuh dulu, lepas tu baru lah mak dan juga kakak aku yang lain... selepas kak mah meninggal, menjadi tanda tanya siapa yang paling best bancuh milo kat aku?.. sebenarnya selepas tu aku dah tak kisah siapa.. dan milo dah menjadi pelan-pelan kurang di gemari.. lepas tu pelan kurang, kurang, dan kurang....
Sekarang nampaknya kegemaran milo nih dah mula turun kepada Athirah, kalau pulang rumah mesti mintak Milo, hmmm tapi aku tak la buat Milo tu 100%, aku masukkan dalam 10% sahaja.. yang lain-lain tu susu dia la.. yang penting nak tgk macam mana tabiat baru Athirah ni, berapa lama nak tahan..
Subscribe to:
Posts (Atom)