Friday, April 10, 2009

..buat apa tu..?

Dah besar rupanya anak dara aku ni, sekejap saja masa berlalu, dari merangkak, berjalan kemudian berlari dan melompat tak henti-henti, sekarang dah belajar jadi feminin, jadi anak dara betul lah anak aku nih.. dah pandai jaga adik ( walaupun yang banyak dia dok sakat dan tampar adik.. jelos lah tu kalau mama dan abah dok main ngan adik dia.. tapi dia still sayang dengan adik dia tau.. buakan leh sapa nak amik.. mesti dia cakap "tak boleh.. tak boleh.." dan kadang-kadang tu terus "takkkkkkkkkkkkkkk.. bolehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!".. kuat kuat macam tu..).. he hee

Oleh kerana dah lama tak update tentang Athirah.. aku tempetkan gambar banyak sikit yekk.. tapi kebanyakkannya tak di edit la.. tak sompet looo nak edit-edit nih.. 



Tengok nih.. rambut dia dah panjang dah, dah tu lak tergaruk-garuk.. macam tak selesa saja tengok dia.. 
...dah tengok macam tu jadi mam dia pun potong lah rambut dia.. tengok tuh macam buat muka tak pueh hati sajork...


haaa.. sekarang bila dah potong rambut tu.. nampak macam besar la sikit kan?.. besar ke berat dia baru 12kg... nampak macam besar saja kan..?



eh.. sekarang ni dia dah pandai dok main dengan adik dia la.. dah pandai acan (agah?) sampai adik tergelak-gelak, tapinya banyak nya dok nyakat adik la.. kadang-kadang adik nak tido pun susah.. dok kena nyakat saja..


pagi ni kan, aku baru saja balik dari market (pasar), Athirah tinggal dengan angah dia, sampai je kat umah tengok sunyi jer.. rupa-rupanya dia tengah seterika dan lipat baju dia.. ala lipat macam dia lipat la.. bukan macam mama dia lagi.. tapi tu lah.. dah besar rupanya anak dara aku ni.. dah ada instinct nak buat keja-keja umah.. he heee.. nanti dah besar senang lah abah kan..? 

1 comments:

Neeza Shahril said...

nape Abah lak yang senang? Abah ke buat kerja rumah selama ni??? huhuuuu... :P

Entri lain..

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin