Tuesday, September 19, 2006

Abah tinggal Athirah yer..?



Sori yer Athirah, abah tinggal kejap yer.. abah pegi amik peksa.. nanti abah balik la..

Nih abah beli baju.. lawa tak?

Thursday, September 7, 2006

Hujan turun.. dan athirah pon tido


Hari Ahad hari tu aku pi gunting rambut... balik tu sempat la bawak athirah pi jejalan kat tepi laut.. tapi sebenarnya tujuan utama yang pi tepi laut saja nak caari sotong goreng tepung.. punya la pilih gerai mana yang rasa2 macam sedap je gorengan dia, dah dapat gerai tu kami pi la pilih sotong.. pastu depa timabang dan pi goreng.. emm ada la dala 15 minit tunggu sotong pon sampai.. eh tgk macam kurang je .. biasanya klau 5 6 ekor sotong tu maunya penuh satu bekas plastik tu.. ni ada separuh jer.. alah macam mana lah jadi macam ni.. mungkin pasal sotong dia mengecut kot... hmmmm...

Dah mem tak puas makan ingat semalam nak pi pulak la.. nak cari kedai lain la pulak.. kot2 leh dapat murah lagi... so lepas balik keja.. terus pegi amik Athirah.. masa pi amik tu ada la ujan turun rintik2.. ingatnya ok la.. tadi ok je.. sekali sampai kat umah pengasuh athirah tu.. uajan lebat pon turun.. dan athirah pon dah tido.. so macam mana nak pegi.. kenselll la jawab dia...

Wednesday, September 6, 2006

wallpaper...


Hoohh.. dah tak der idea aku nak mem blog nih.. abis tu nak buat macam mana. ada sapa2 ada cadangan nak buat macam mana? hehh nampak gayanya kena la aku bertapa pulak...

oo sebelum tu nih ada wall paper athirah.. sapa nak..? sapa nak..?.. hehh hee aku nak!!!
Memang nya aku tak pandai nak buat.. dah tu takder gambar cantik lak.. emm bila la aku nak leh beli digital camera sendiri ni....

Monday, August 7, 2006

Hi anak dara ku ni... !

Nih Athirah dalam buaian baru dia kat umah pengasuh.. nyenyak lak dia tido.. kalau tak meragam dia... tapi kan ada muka macam merajuk jer... merajuk pasal aper ye..? merajuk kena tinggal kot.. yer la dah mama dia mula keja ari ni..

Emm dah lama rasanya aku tak update blog aku ni.. dah bersepah-sepah.. emm dah usang rasanya.. patutnya dah kena cat lain dah ni... tak per la lain kali la aku cat lain.. cari kaler kaler yang best sikit..

Hari ni hari pertama Athirah pegi kat umah pengasuh dia.. bagus la anak dara aku ni.. hari pertama dah membuli pengasuh dia, aper taknya nya salam perkenalan kot..? haa haa... emm masa nak bawak pi kat umah pengasuh tu.. bagus jer tido dia ( emm dia bangun awal hari ni.. macam tau2 jer nak kena tinggal.. )..

Lepas tinggal jer.. mak dia tepon la nak tanya apa khabar? Hehh dah dua kali dia melepas... adus .. pastu tak mo tido lak... meragam je.. hahh jenuh la abahnya kena pi beli buaian baru la jawab dia.. emm kempis lagi la poket abah dia bulan ni... adus... anak.. anak..

Wednesday, August 2, 2006

She's Back!

Emm hari ni dah masuk 56th day Athirah, dan dah tiga hari dua malam Athirah balik ke rumah... lega rasanya.. bukan apa lepas ni dia akan selalu berada bersama aku.. selalu boleh bermain dan selalu leh memerhati perkembangan tumbesaran dia.. aku rasa setiap detik tu amat berharga..kalau leh sumernya aku nak masukkan kat sini.. InsyaAllah...

Dah lama aku tak memblog rasanya.. entah sibuk juga la.. nih dah athirah pon dah balik, pasni dia kena tinggai dengan orang ngasuh emm makin terisi lak kehidupan aku.. yer la.. keja nu nak kena buat buat, yang ni pon kena jugak... pendek kata keja, keja.. keja! Posted by Picasa

Monday, July 17, 2006

Jerubu juga jadinya...


Hari ni sebenarnya aku ada cerita lain.. tapi aku terpanggil daengan cerita lain.. sebenarnya apa yang aku nak ceta ialah pasal pagi ni tetiba aku rasa ada jerebu lak.. dah lama tak jerebu sejak tahun lepas.. mesti korang ingatkan.. negara kita di landa jerubu.. terukkan sampai nak bergelap negara kita .. ini berpunca dari pembakaran terbuka di Indonesia negara jiran kita..
Semalam semasa bawak mem pi spital.. (dalam kol 10.00pm), on the way balik tu aku tgk langit kelabu jer.. emm pagi ni pon masih juga kaelabu.. mmg sah dah jerebu balik.. dan tengahari ni juga Siti buat pengumuman mengenai pertunangan dan perkahwinannya dengan Dato' Khalid Mohd Jiwa(?) yang 20 tahun lebih tua dari dia.. emm mungkin pasal ni lah kot jerubu jadinnya..

dan.. ini Athirah selepas sebulan 5 hari.. dah nak bukak mata.. dah pandai tgk oarang kalau bercakap dengan dia..

Monday, July 10, 2006

A month and counting....

Isk cepatnya masa berlalu.. Athirah dah pon masuk sebulan.. rasanya macam baru 2, 3 ari lepas jer dia di lahirkan.. ntah la mungkin masa yang caepat berlalu, atau aku sendiri yang di tinggalkan dek masa, yer la dah minggu lepas aku sendiri sibuk sampai tak nampak dunia.. ter kejar sana terkejar sini.. sampai anak aku dah besar pon aku tak perasan..

Pagi tadi aku bawak dia pegi cucuk (isk ntah penama cucuknya ntah... kena la sejarum.. ) masa nak pegi tu hujan punya la lebat.. emm mak tuk dia yang dukung... on the way tu lena jer dia.. pastu masa timbang kena bogel la.. tak jaga pon.. timbang punya timbang dah naik jadi 4.25kg.. waa makin bertambah berat laa.. jenuh la abah dia nak dokong.. lepas timbang tu.. dah kena suntik lak.. masa tu dia dah lena balik dah.. masa misi tu cucuk jer dia nangis kejap.. pastu tido balik... hi ntah la ank aku ni asyik tido jer masa siang nih.. masa malam dia berjaga la pulak...

?alah gambar dok tidor gak.. dah tido manjang.. apa nak buat? Posted by Picasa

Entri lain..

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin