Wednesday, September 27, 2006

Ramadhan hari ke 5

Hari ni dah 5 hari kita berpuasa.. dah 5 hari juga pengalaman bersama keluarga ni.. dan 5 hari juga Athirah menempuh puasa tanpa dia menyedarinya.. sebenarnya puasa ni banyak mengembalikan kenangan semasa kita masih kanak-kanak ..

Nih Athirah baru nak masuk 4 bulan.. sudah semestinya puasa ni belummembawa sebarang makna.. malahan pengertian jauh sekali.. ahh aku bayangkan macam mana yer masa aku seumur Athirah menmpuh puasa.. mesti masa tu aku masih ada ayah dan juga emak.. yang pastinya puasa masa tu tak le sesenang masa kini.. dulu la se ingat aku puasa dahulu cukup meriah aku rasa.. ( sejak bila yer aku mula kenal puasa?) perkara utama dulu yang susah nak dapat ialah ais.. ais ketul .. yang mana masa tu aku rasa rega dia dalam 10 -20 sen sahaja.. tu masa aku umuq 6 - 8 tahun aku rasanya... dan nak dapat ais pun kena beratur dan ada yang tempah awai.. kalau habis pekan koboi terdekat masa tu ialah Behor Lateh.. dan kalau jauh sikit tu Pekan Koboi Titi Chai..

Kalau nak banding masa la ni, hampir sumer umah dah ada 'iced box', 'fridge' dan seangkatan dengan nya.. jadi tak yah lah bersusah payah nak beratur dan berebut-rebut.

Semalam aku pegi pasar Ramadhan Kuala Perlis lagi, uhh masih lagi ramai orang... masih ramai lagi budak2 KUKUM yang bershopping2 kueh berbukak puasa.. bermacam2 ragam adanya. Juga aku tengok ramai jugak bapak2 yang dok dukung baby kat situ.. isk dulu aku tak aware sangat pasal orang dukung anak ni, melainkan kalau aku jumpa kawan2 aku ..

Emm macam biasa Athirah masih melayan perasaan sendiri.. dok tengok orang lalu lalang dan masih selamba derk dia aje.. aku tanya "Athirah.. nak beli apa buat berbuka nanti...? "mm dia buat selamba derkk jugak... .. hi Athirah.. athirahhh....
Posted by Picasa

Sunday, September 24, 2006

Salam Ramadhan!

Salam semua! Selamat menyambut Ramadhan.. jadi tahun ni Ramadahan yang tak sama macam tahun lepas.. yah! makin berubah makin penuh warna warninya... Kalau tahun lepas aku tempuhi dengan perasaan yang tak menentu dan penuh hitam kelabu dan yang seangkatan dengannya... namun ada sedikit sirna bila wife pregnant... Alhamdulillah tahun Ramadhan menjanjikan sirna buat kami sekeluarga... aku amat bersyukur kernanya dan amat teruja akan apa yang akan aku hadapi nanti.. yang pastinya keletah si Athirah sentiasa berjaya menambat hati dan perasaan kami sekeluarga..

Emm Athirah dah pon berumur 3 bulan seminggu lebih.. emm dah nak mula meniarap tu.. dah boleh kalih badan dia walau pon masih sangkut tangan dia tetapi kadang2 tu dah ok dah... dan semalam juga aku bawa athirah paegi Pasar Ramadhan.. saja la nak tgk samada dia ok ke tak.. emm nampak gaya takder lak dia takut ke apa2 ke.. rilek jjer masa aku dok dokong dia...














Yeah Athirah dah boleh meniarap.. ni bukan di tolong tau.. dia yang buat sendiri.. dah lama meniarap lepas di angkat balik macam ni la jadinya.. dah letih... sabo je la ye nak oiiii..

Tuesday, September 19, 2006

Abah tinggal Athirah yer..?



Sori yer Athirah, abah tinggal kejap yer.. abah pegi amik peksa.. nanti abah balik la..

Nih abah beli baju.. lawa tak?

Thursday, September 7, 2006

Hujan turun.. dan athirah pon tido


Hari Ahad hari tu aku pi gunting rambut... balik tu sempat la bawak athirah pi jejalan kat tepi laut.. tapi sebenarnya tujuan utama yang pi tepi laut saja nak caari sotong goreng tepung.. punya la pilih gerai mana yang rasa2 macam sedap je gorengan dia, dah dapat gerai tu kami pi la pilih sotong.. pastu depa timabang dan pi goreng.. emm ada la dala 15 minit tunggu sotong pon sampai.. eh tgk macam kurang je .. biasanya klau 5 6 ekor sotong tu maunya penuh satu bekas plastik tu.. ni ada separuh jer.. alah macam mana lah jadi macam ni.. mungkin pasal sotong dia mengecut kot... hmmmm...

Dah mem tak puas makan ingat semalam nak pi pulak la.. nak cari kedai lain la pulak.. kot2 leh dapat murah lagi... so lepas balik keja.. terus pegi amik Athirah.. masa pi amik tu ada la ujan turun rintik2.. ingatnya ok la.. tadi ok je.. sekali sampai kat umah pengasuh athirah tu.. uajan lebat pon turun.. dan athirah pon dah tido.. so macam mana nak pegi.. kenselll la jawab dia...

Wednesday, September 6, 2006

wallpaper...


Hoohh.. dah tak der idea aku nak mem blog nih.. abis tu nak buat macam mana. ada sapa2 ada cadangan nak buat macam mana? hehh nampak gayanya kena la aku bertapa pulak...

oo sebelum tu nih ada wall paper athirah.. sapa nak..? sapa nak..?.. hehh hee aku nak!!!
Memang nya aku tak pandai nak buat.. dah tu takder gambar cantik lak.. emm bila la aku nak leh beli digital camera sendiri ni....

Monday, August 7, 2006

Hi anak dara ku ni... !

Nih Athirah dalam buaian baru dia kat umah pengasuh.. nyenyak lak dia tido.. kalau tak meragam dia... tapi kan ada muka macam merajuk jer... merajuk pasal aper ye..? merajuk kena tinggal kot.. yer la dah mama dia mula keja ari ni..

Emm dah lama rasanya aku tak update blog aku ni.. dah bersepah-sepah.. emm dah usang rasanya.. patutnya dah kena cat lain dah ni... tak per la lain kali la aku cat lain.. cari kaler kaler yang best sikit..

Hari ni hari pertama Athirah pegi kat umah pengasuh dia.. bagus la anak dara aku ni.. hari pertama dah membuli pengasuh dia, aper taknya nya salam perkenalan kot..? haa haa... emm masa nak bawak pi kat umah pengasuh tu.. bagus jer tido dia ( emm dia bangun awal hari ni.. macam tau2 jer nak kena tinggal.. )..

Lepas tinggal jer.. mak dia tepon la nak tanya apa khabar? Hehh dah dua kali dia melepas... adus .. pastu tak mo tido lak... meragam je.. hahh jenuh la abahnya kena pi beli buaian baru la jawab dia.. emm kempis lagi la poket abah dia bulan ni... adus... anak.. anak..

Wednesday, August 2, 2006

She's Back!

Emm hari ni dah masuk 56th day Athirah, dan dah tiga hari dua malam Athirah balik ke rumah... lega rasanya.. bukan apa lepas ni dia akan selalu berada bersama aku.. selalu boleh bermain dan selalu leh memerhati perkembangan tumbesaran dia.. aku rasa setiap detik tu amat berharga..kalau leh sumernya aku nak masukkan kat sini.. InsyaAllah...

Dah lama aku tak memblog rasanya.. entah sibuk juga la.. nih dah athirah pon dah balik, pasni dia kena tinggai dengan orang ngasuh emm makin terisi lak kehidupan aku.. yer la.. keja nu nak kena buat buat, yang ni pon kena jugak... pendek kata keja, keja.. keja! Posted by Picasa

Entri lain..

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin