Sunday, June 15, 2008

Jalan-jalan hujung minggu

Dah lama tak berjalan-jalan, dah lama tak meronda-ronda dengan moto nih, isk last masa meronda dulu, pokok padi pon belum menghijau lagi.. jadi hari ni dek kerana Athirah yang buas sangat.. (mungkinpasal dia tido lama hari ni 11.30 pagi sampai 2.30 pagi petang.. kira sangat lama la tu), makan tak mau... terutamanya nasi.. ndak makan cokelat saja.. jadi aku ajak dia ajer lah pi ronda- ronda naik moto ni.


Tak kemana pon, ronda dari kampung ke kampung saja.. ni lah hobi aku sejak dari lepas sekolah lagi, dulu aku ronda dengan mengayuh basikal.. lepas tu dah keja baru la ada moto, baru la ronda dengan moto, lepas tu ada keta tapi aku still suka meronda dengan moto juga, yer la ronda dari kampung ke kampung, naik keta ni jenuh nak kilas(pusing) stereng la. Biasa nya tempat aku relak ialah tepi laut samada kat Sg Berembang ka, dekat Kuala Perlis ka... janji tepi laut... biasa dalam pukul 6.00 petang - 7.15petang aje lah .. lepas tu dah malam..

Pak dan Anak yang sedang bermain panas petang...



Pemandangan yang sentiasa di rindui.. yang mana kalau lama aku tak lalu pasti rasa ada yang tak kena, kalau lama juga tak lalu rasa macam ada ketinggalan perkembangan terkini..


Walaupun air nya surut, tapi pemandangan nya tetap terpahat di kalbu...

Sampai kat sini, memang pemandangan Favourite AThirah seminggu dua nih, kalau meronda tepi laut dia cakap nak tengok bot, lepas nak tengok bot lagi... banyaknya bot.. hu huu macam macam keluar dari mulut dia nih.. dan semalam bila dah la senja dah, lepas tu aku ajak balik dia start nangis dah 'nak tengok bot lagi...' .. jenuh la aku pujuk... kalau tak bermalam la kat muara sungai nih.. :)

Saturday, June 14, 2008

Eh Besarnya buah tu abah...

Suatu hari, berlokasi sekitar Kangar... keluar berjalan jalan bersama keluarga.. tiba-tiba nampak Replika Buah ni...
"Eh Abah, macam pernah nampak saja buah ni..."

"Boleh makan tak abah.. tengok macam dah masak saja..."


"Kalau la boleh makan.. kan ke sedap.. Aummmm makan semuanya... "

Wednesday, June 11, 2008

Happy Birthday Atie'ah!!

Selamat Hari jadi Atie'ah... dah besar rupanya anak abah ni.. kalau nak di ukurkan... dah setengah dari panjang tilam bujang tu.. kalau dok tengok-tengok dulu tu tak sampai suku dari tilam bujang tu, sekarang dah setengah mungkin tahun depan dah jadi tiga suku tilam .. isk dah besar anak abah ni.. semoga anak abah ni panjang umurnya.. murah rezekinya dan sihat-sihat walafiat selalu.. kalau setakat demam-demam selsema, bersin dan batuk tu.. biasa lah kan.. mana ada orang tak berpenyakit langsung ..

Sekarang ni Atie'ah dah pandai sebut nama sendiri, dah pandai tunjuk sana sini, dah pandai bilang satu , dua , tiga dah pandai bilan one, two, three.. walau pun sekadar menghapal bukan dari pemahaman sendiri, tapi satu pencapaian jugak kan? Walaupun Atie'ah dah pandai takut belalang, kadang-kadang takut 'belalang openg, tapi itu juga satu pencapaian kan? bila ah mengenal sesuatu Atie'ah dah boleh tau mana yang menakutkan , mana yang boleh menyuka kan..

Tahun ni kan, Atie'ah potong kek awal seminggu pada 6.6.08 , oleh kerana tahun ni budget makan-makan hari jadi tak dak pasal dok reserve budget pengurusan untuk sambut adik (jahatkan abah..? belum adik sampai dah fikir pasal adik) jadi buat keik-kecik saja.. nak penggei orang pun rasanya tak berbaloi jadi kita buat sama-sama dengan sepupu-sepupu (abang-abang dan abang kembaq Atie'ah la).. oleh kerana depa nak balik awai jadi kita cepatkan la majlis potong kek ni... dah tu nak save budget kita makan 'Key Ef Si' saja la..


Nih Kek nya...

Nih baru lepas 'mboih(hembus) lilin

emm.. dah pandai potong kek dia yer..

Nih hak kita makan hari tu...

Happy Birthday yang Ke 2
Anak Abah Sayang....!!!

Thursday, June 5, 2008

Sehari di pusat servis toyota...





Okeh, kisahnya macam ni, hari tu Abang Ipar aku balik bercuti sekeluarga termasuk si budak-budak kembaq tu, dek kerana dah besar-besar belaka dah bebudak tu, maka terpaksa la depa tukar kereta baru ( he hee alasan kukuh tu kan..?) Dan kerana kereta tu baru, dan betul-betul baru maka baru saja lah depa dapat keta tu dan terus balik kampung.. huh kelas juga orang kampung kan? nak balik kampung kena ada keta baru.. (he hee ). Sampai kat kampung baru dalam 600km lebih je baru.. so lepas dua tiga hari pusing-pusing maka dah nakm masuk 1000km.. jadikan bila dah nak masuk 1000km kena la pi buat servis yang pertama, jadi stesyen servis terdekat ialah di Alor Setar.. jadi kesanalah kami.. (aku sebagai penyibuk dan mem aku jadi penunjuk arah... ha haa.. dah besaq2 macam ni pon aku masih tak cekap jalan di Alor Setar)

Sampai sana, lepas check in, ingat kan akan ambik masa dalam 1 hingga 1 setengah jam saja.. tapikan sampai dekat 3 jam amik masa nak servis keta tuh, adeh la jenuh la aku nak kepung si Athirah tu, bermacam macam peranginya..
Posted by Picasa

Tuesday, May 20, 2008

Siri Jalan- Jalan : Tesco Alor Setar




Hari Ahad hari tu sempat juga aku, mem dan athirah, kak iparku dengan anak-anaknya dan juga ibu mertuaku berkunjung (lawatan rasmi) ke Tesco Alor Setar yang baru di buka hampir 2 minggu, ingat kan tak la ramai tapikan aku lupa yang hari tu cuti Hari Wesak, jadi Warga Kedah pon cuti jugak, jadinya meriah la kat Tesco, jem lah jalan nak pi situ, penuh la tempat parking yang disediakan. Bersesak-sesak kat situ, hingga kan tersesat lah mak mentua aku jenuh juga la dok cari.. tengok-tengok dok tunggu kat main entrance.. nasih baik lagi.. kalau tak kena buat pengumuman kat PA.. naya tuh , berjalan-jalan dengan bawak anak ni memang terasa penat, tambah pulak nak beli barang-barang keperluan, seperti 'pampers, dan juga susu tapi dah habis pulak akibat dari promosi dengan harga yang menakjubkan (?) maka makin bertambah penat lah aku jadinya.

Mau tak mau keluar dari Tesco, bertolak pulak ke Aneka di Jitra, nasib baik lah orang tak ramai, nasib baiklah 'Pampers' ada dah tu dapat harga promosi lagi lega la... sambil tu boleh juga dok cari baju Athirah, hmm kesian kat dia dah lama tak beli baju kat dia.. sampaikan naik jemu tengok dia dok pakai baju yang sama tiap-tiap minggu..dalam pukul 4.30 petang baru lah sampai umah metua ku, adeh letih la eden akhirnya..
Posted by Picasa

Sunday, May 18, 2008

Alahai Athirah 3...



Ok, dulu aku penah tunjukkan gambar macam mana Athirah dok berlari-lari, bermain-main kat luar rumahkan? Kali ni aku masukkan video pulak, macam mana meriahnya dia bila dah bermain kat luar, jenuh la aku nak kontrol, jenuh la aku nak hambat dia... memang lasak sungguh dia ni. Hari Ahad hari tu, mem aku bawak balik kampung, rumah Tuk Ayah dan Tuk Pah dia, huh huh lagi la meriah bila disana ada pulak sepupu dia (yang kuat nangis tu), nak di jadikan cerita sepupu dia tu demam selsema, jadi peel dia makin menjadi-jadi la, cemburu sana sini la, apa barang yang di bawa ta k leh Athirah nak pegang pun, mesti nangis.. dah tu lak kalau patung beruang yang Athirah bawak tu dia nak amik.. pon nangis.. adeh pening abis orang kat dalam umah tu...

Jadi, petangnya depa bawak sepupu Athirah ni ( yang Athirah panggil Kak Epa), pergi klinik dan bawak Athirah sama, gamaknya depa kesian tinggai Athirah sorang dengan mama dia saja, dah tu lak mama dia pon bukan larat sangat... maklum la dok bawak badan dan perut saja la ni. Bila aku sampai saja petang tu baru la aku dengaq cite, mak mentua aku ni samapi cekang (tegang) urat betis dok hambat Athirah, yang sememang nya tak leh nak diam tu, yer lah dah di pakaikan kasut, dia nak 'jalan-jalan' la... dan Athirah kalau dia sebut nak 'jalan-jalan' memang dia tak akan jalan saja la, tapi akan berlari-lari la dalam kedai ka, dalam klinik ka, tak kira di mana-mana pon..

Heee hee sekurang nya depa paham, pasai apa aku jarang pakai kan athirah kasut kalau pergi mana-mana, jarang nak lepaskan athirah, mungkin selama ni depa dok heran kat aku kot, pasai apa pi mana-mana aku tak lepaskan Athirah, tak pakai kan kasut Athirah.. kali ni depa tau la pasai apa.. he heee..

Monday, May 12, 2008

Kiasahnya si Athirah! ...2


Ni Lah Athirah sekarang ni, kalau dia balik kerumah 'Tok Ayah' dia, memang lah tak dapat nak di control, menjadi-jadi sifat explorisasi dia, bukannya mau lekat kat dalam rumah langsung, ni kisah terjadi masa balik rumah 'Tok Ayah & Tok Pah' dia la, kebetulan hari tu hujan saja sepanjang hari, dan aku pulak kena keja pasal lawatan dari I Play , jadi sepanjang hari tu dia kena kurung la pasal hujan, dan petang nya dah aku sampai , dan hujan pon dah berenti.. apa lagi terlepas kandang lah dia. Dia kuar ngan Tok Pah dia la..

Aku terlelap sekejapmasa tuh, tengok-tengok dah dok berkuabng dalam opak air, dah marah apa lagi dahmasa tu, hanya amik kamera snap gambar, lepas tu tangkap pegimandi dan bawak masuk tukar baju la.. dia punya meraung macam apa tah.. masih lagi nak main kat luar, pada hal nak maghrib dah.. Tok Pah dia dan mama dia pon dah tak terkata apa-apa lagi dah la.....
Posted by Picasa

Entri lain..

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin