Saturday, July 19, 2008

Tengok bot...

Athirah ni kan.. memang suka tengok bot tau, kalau tanya dia nak pi mana, nanti dia jawab '"Nak pi pi alan-alan...", pastu tanya pulak nak gi jalan mana? " Nak pi Kuala Perlis, tengok bot".. macam tu la hari-hari nak gi jalan-jalan tengok bot, jadi ada peluang pergi la meronda tengok bot... sambil2 tu boleh la beli ikan.. dan seangkatan dengannya..



Kuala Sungai Baru - Perlis
Posted by Picasa

Thursday, July 17, 2008

Athirah lagi...

Adeh, mek aku nih kan, kalau pasal jumpa taman, cukup suka lah dia... apa apa yang dia jumpa nampa ada buai saja, ada kuda kepang spring tu, jonkang jongket.. cukup la di berkenan, biarpun yang dok main kat situ semuanya besar-besar dari dia .. tidak di kesahnya.. asalkan dapat bermain, kalau naik jongkang jongket tu.. jawab dia abah dia lah yang kena tolong jongket kan.. nak aku naik sekali kang di jelingnya pak guard tu, nak tumpang main sama tengok kiri kanan bapak-bapak, ayah - ayah dan abah-abah lain dok duduk saja je.. hu huu.. akhirnya tekan-tekan jer la bagi terjungkang jongket.. hu huu..

dah main tu susah pulak nak tinggal, sampaikan dah nak maghrib masih tak mau lepas, mainnya tak seberapa asyik dok tengok kiri kanan saja... hu huuu apa la yang di dok pikirkan yer... gamak nya bila la aku nak besar macam abang-abang dan kakak-kakak tu, boleh la aku main dengan diaorang.... hmm itu lah antara aktiviti aku semalam selepas melawat mak mertuaku kat wad.. Alhamdulillah semuanya tak ada apa-apa cuma nak tunggu result darah dan urine dari makmal saja.. kalau tiada aral melintang, besok boleh balik la mak mertua aku ni...



Posted by Picasa

Tuesday, July 1, 2008

Demam semula!

Seperti yang dah di catat kan kat sini, dah seminggu dah Athirah demam panas, hingga terpaksa di bawak ke tempat kecemasan di GH Kangar untuk di masukkan ubat demamnya kat punggung, selepas 3 - 4 hari kemudian baru lah panas badannya hilang. Tapi selepas seminggu demamnya datang balik, jadi terpaksa pulak di bawak ke klinik, dan lepas di periksa di dapati tonsil dia lak bengkak, mungkinpasal dia batuk kot hari tu.. jadi doktor bagi ubat demam dan antibiotik. Alhamdulillah selepas di beri ubat selepas balik dari klinik, badan dia pon mula berpeluh dan kebah demamnya.. cuma yang tinggal hanya lah suaranya yang serak-serak basah tu.. heh hee you rock baby!!



Muka orang demam!

Ughh!!! .. kacau la abah .. Ti'ah demam nih....

He hee jahat lah abah nih....

Monday, June 23, 2008

Di Hujung Minggu itu...



Sebenarnya, tak ada apa sangat nak di ceritakan... cuma sepanjang cuti hujung minggu ni tak ada apa aktiviti yang dapat dilakukan. Mula dari hari Khamis hari tu, Athirah demam panas, pada mula nya aku rasa mungkin panas biasa sahaja pasal cuaca sekarang ni walaupun hujan tapi masih lagi panas, mungkin masa bermain tadi badan nya menjadi panas, sampai malam badan nya dah jadi makin panas tapi masih ingat ok lagi, pasal dia tido nyenyak saja, tapi bila bangun pagi.. suhu badannya menjadi semakin panas, jadi aku call opis cakap tak gi keja la, ala-ala emergency macam tu.. dalam pukul 9.30 pagi kami pon dah sampai kat Klinik, emm hari Jumaat ni ada juga klinik yang tutup .. kalau nak pergi klinik kerajaan masa ni memang queue teramat panjang dan meletihkan nak menunggu..

Jadi masuk aje lah klinik yang berdekatan dengan Dewan Kapitol UNIMAP (dulu adalah panggung wayang Kapitol - tempat dok tengok wayang zaman muda-muda dulu, ceta masa tu Superman 1 - 4 rasanya, lepas tu dah abis sekolah tengok ceta omputih la banyak... macam Dance With Wolves, Back to The Future dan se angkatan dengannya- tengok sorang-sorang tak de dating-dating.. mana la aku tau nak dating-dating zaman tu.. isk...) Ok back to klinik, dah lepas register segala, dalam masa dok menanti turn , datamg sorang nurse (err.. doc assistant ?) amik suhu badan Athirah, emm suhu dia dah mencecah 40 oC, terus saja depa suruh masuk bilik rawatan kat belakang tu, buka baju dan demah (tekapkan tuala yang disejukkan dengan ais) badan Athirah, lebih kurang 15 minit suhu badan dia turun sikit pada 39 oC. Jadi Doktor tu bagi ubat demam, selsema, batuk dan antibiotik, pastu dia cakap kalau suhu dia tak turun juga kena masukkan ubat kat bontot dia la..

Jadi kami balik la dulu, bagi makan ubat dia, bagi makan sikit, lepas tu tidurkan dia, sambil-sambil tu dok rasa tengok badan dia kalau jadi makin panas, hmm aku rasa panas dia sama saja, jadi buat ok - ok sajala.. petangnya Athirah masih lagi boleh bangun berjalan , melompat dan bermain macam biasa, hmm aku rasa dah ok lah tu kan.. tapi bila dah menjelang malam, suhu badan dia meningkat balik, aku tak tahu berapa darjah dah, tapi tiap kali aku rasa makin panas saja, last-last dalam pukul 9 lebih-lebih, akmi amik keputusan nak pi check sekali la, tapi mesti klinik tu dah tutup kan, dah kol 9 lebih dah.. hmm akhirnya bawa ke HOspital Tuanku Fauziah Bahagian Kecemasan ( Bahagian ni akan terima kes-kes biasa macam ni, tetapi depa akan bagi priority kalau ada kes-kes kecemasan yang lebih serius macam eksiden, serangan jantung, asma dan lain-lain, jadikalau tunggu kat situ kadang-kadang boleh tengok ambulan datang bawak kes-kes macam ni). Selepas daftar, MA( MEdical assistant ) tu panggil dan amik suhu badan Athirah, hmm dah naik balik ke 39.9 oC , terus dia bawak kedalam bilik rawatan, hanya Athirah dan Mem aku saja yang boleh masuk,, hmm.. aku melilau saja kat luar....
Dalam5 minit depa masuk, aku dengar Athirah melolong, hmm suspen betul aku, apa lah yang dibuat kat dalam bilik rawatan tu, kemudian aku nampak mem aku keluar, dengan pampers dan seluar di tangan, lepas tu tudung dia pulak senget sebelah, aku pon masuk sama la, tanya mema aku pesal, dia cakap doktor masukkan ubat kat bontot Athirah, hmm patut la riuh rendah mek tu mengamuk.. hu huu masuk aku tolong pakai balik pampers dan seluar dia pon masik lagi dok nangis, hhmm macam tu la, tak penah ada orang pegang dia, kalu ni aku sure kalau nampak orang yang macam doktor mesti dia phobia punya...

Alhamdulillah besok tu, suhu badan dia menurun, tetapi kekadang tu ada juga naik balik, tapi lepas makan ubat dah turun balik, sampai hari ni (Isnin) suhu dia nampaknya dah ok, cuma ada batuk batuk dan serak-serak suara dia, bercakap pun suara dah jadi halus-halus macam berbisik macam tu, moga moga sembuh la demam anak ku ni.. tapi walau pun belum sembuh sepenuhnya, tapi masih dok aktif macam tu jugak la.... adeh anakku..

Thursday, June 19, 2008

Athirah @ library


Semalam, buat julung kalinya Athirah buat lawatan(?) ke Perpustakaan, bunyinya macam orang besar lak kan, tapi begitulah adanya, aku sebenarnya jarang nak bawah Athirah ke tempat keja, kang tak jadi keja akhirnya.. tetapi dek kerana pengasuh dia nak pi tengok cucunya yang nak bersalin kat Hospital Tuanku Fauziah, Kangar maka terpaksa la di hantar pada aku.. kalau tak susah la nak masuk wad bersalin tu...

Dah datang sini tu, macam lah di kerjakannya, dia amik binatang-binatang hiasan tu nak main, lepas di aamik buku, baca sehelai dua muka surat pastu letak balik, lepas amik yag lain pulak.. lepas tu dia kacau kakak yang dok baca buku, sambil gelak besar dia tu, hu huu seronok sungguh dia, tapi abah dia yang semput dok kejar dia...
Posted by Picasa

Tuesday, June 17, 2008

Athirah... Athirah..

Athirah ni kan... suka juga bergambar, kadang-kadang tu saja-saja dia suah tangkap gambar.. pakai hanphone saja la.. alah tangkap gambar main-main, tapi kan.. lepas tangkap gambar tu, mesti dia nak tengok.. jangan la main-main, kalau tak bagi tengok meraung satu denia... kalau nak tido pon kadang-kadang nak tengok gambar dia kat hanphone tuh.. sambil dengaq lagu Aspalela-Saiful Apek tuh sampai tertido..

Angan-angan ku kalau ada modal nanti nak juga buat sketch potrait dia macam ni, kalau di frame ka tentu cantik kan?.. tapi tu la, makan modal ni...

Athirah ni juga, dah suka main kucing nih, sampaikan kadang-kadang tu bangun saja dari tidur terus cari kucing... tapi dia masih tak sampai nak dukung dan meriba kucing lagi la.. masih takut-takut gitu, tapi kadang-kadang tu siap boleh dok bersembang dengan kuing, geram pon ada, nak tergelak pon ada, siap dok pesan jangan main kat luar takut 'blalang Openg' kat kucing-kucing tu.. sekali tu dia dok tari ekor kucing, apa lagi kena cakar la kat lengan dia tu.. tak de lah nangis cuma dok ngadu kat anah dia kata sakit.. em kalau mama dia tau mesti kena maah punya tuh..
Seperti yang telah di jangka kan, semalam lagi sekali kena buat lawatan ke Benteng dekat jeti Kuala Perlis tuh, Athirah dah tuntut janji semalam.. nak tengok feri (bot).. jadi berlepak lepakkan lah kat situ menanti matahari jatuh.. nampak jugak la orang sedang mengutip siput-siput laut macam siput gayam, kerang dan mentarang..

Mentarang


ps: gambar athirah di sketch dan bersama kucing tu amik kat sini

Sunday, June 15, 2008

Bersenja di Kuala Perlis


Isk tak puas ronda lagi 'Atun Iyah' (see.. selain dari Atii'ah.. adalagi nama manja dia ni), kemarin dah ronda-ronda tengok sawah padi, dan tengok bot.. hari ni nak tengok bot lagi.. jadi hari ni meronda-ronda lah lagi, tapi tak naik moto la, pasai baru balik dari keja.. dah tu pulak balik dah pukul 6.30 lebih, tak jalan jauh la.. pergi lepak di 'benten' dekat dengan Jeti Kuala Perlis, tak lama duduk pon dalam 15 - 20 minit dah, dah senja pon masa tu, tapi kan bila nak balik saja, meraung la pulak.. tak mo balik.."nak tengok bot lagi.." adeh jenuh la macam ni... akhirnya pukul 7.50 malam baru sampai umah.


Entri lain..

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin