Saturday, August 23, 2008

Hari jalan-jalan makan kenduri...

 
Hari tu kan ada aku bagitau yang Athirah pergi main kat taman di Denai Larian Pengkalan Assam kan, ari ni dia nak pegi lagi, kebetulan lak kami nak gi pasar cari barang-barang nak di masak nanti.. pagi ni juga aku ada mesyuarat koperasi kakitangan kerajaan di Dewan Residensi (bekas rumah MB dulu).. jadi bawaklah dia sekali, tanpa di mandi dan di mekapkan dulu,    sementara aku nak masuk daftar kat dewan residensi tu, mama di bawak  la pi taman dulu... tapi kan oleh kerana tersangat awalnya.. dalam pukul 8.30 macam tu tidak la dapat dia nak bermain pasal air kat tempat main tu masik ada, belumn kering pasal semalam kan hujan...  jadi masih juga teringin nak main tapi dah kotor sangat tak dapat la bermain.. itu la mukanya yang muncung 16 itu..  
 
Lepas balik dari pasar, dalam pukul 11.00 macam tu, kami bertolak lah ke Jalan Kilang Gula, berhampiran dengan ladang tebu dan Kilang Gula.., nama kampung dia Kg Sg Buluh... he heee.. sepupu aku, yakni anak maklong aku la.. Anak dia hak no dua dari bongsu akan melangsungkan majlis kahwin.. emm tengok dari majlis tu besar jugak la.. pasal ada 5 khemah yang disediakan. Dengar ceritanya, awal-awal pagi lagi sekor lembu dah di tumbangkan untukmajlis kenduri nih, ok la tuh boleh makan daging yang fresh lagi... hidangan dia tak banyak.. ada goreng daging berkuah, gulai rebung dengan tulang lembu, ikan temenung bakar, air asam dan ulam-ulaman.. ringkas ajer..  okeh la tu.. dapat juga aku snapkan beberapa keping gambar, berlagak ala-ala jurufoto professional..pada hal pakai handphone saja... abis ketepi la juru-juru kamera pro tuh.. :) . Dalam pukul 1.00 tengaharimacam tu.. kami bertolak balik la.. pasal kemengantukkan Athirah dah sampai tahap bayu laut dah... stiimm je mata dia.. 
 
Sampai umah dalam pukul 1.25 tengahari, terus tidokan athirah dalam buaian, dan kejap je terus dia tertido.. kemudiannya terus semayang Zohor kemudian pi pulak kenduri kedua di Sungai Padang, Athirah kami tinggalkan saja kat angah dia.. hmm pandai-pandai la Angah dia jaga nanti kan.. ? Ketika kami sampai kat tempat kenduri ni pengantinnya baru saja sampai, jadi sempat aku snap satu gambar jer lah... lepas tu lak kan kena lak menapak masuk dalam kampung, tak leh masuk keta la, moto pon sekerat jalan saja... bila sampai umah dia baru aku tau yang ada dua pasangan yang kawin ari ni.. buat sekali gus..mesti jimat belanja nih... emm sebelah tuan umah ni kiranya sepasang la anak dia.. jadinya keluar sorang masuk sorang la... he hee maksud aku, tuan umah dapat sorang menatu pompuan, dah tu lak anak pompuan dia dah di bawa orang la... he lebih kurang macam tu lah.. taklama la kami berada kat situ pasal panas sangat.. kuat betul bahang matahari kat situ.... 

Lepas makan-makan lebih kurang, bertolak lah pulak kerumah kedua... (ketiga hari ni).. kat sini umah taman la pulak.. jenuh juga nak parking pasal ramai juga lah jemputan dia.. umah nih kiranya sepupu mem aku la pulak..ketika kami sampai, pengantin dah sampai tapi sedang bergambar kat dalam umah, jadi nya ketika kami sedang makan-makan baru la pengantin keluar untuk makan beradab... dapat la snap gambar ari jauh...  lama juga kami ada kat sini hingga pukul 4 lebih.. dah tu siap pulak boleh bawak balik lauk.. hu huu senang sungguh.. kiranya hari ni jalan ada berkat la.. 3 umah pi makan kenduri dapat jumpa 4 pasangan pengantin.. bukan selalu tu.. kadang2 sampai umah kenduri pengantin dah di bawak pergi, tak pon ada kat dalam bilik tukar baju, tak pon pengantin dah berjalan sana sini.. 

Sampai umah dah pukul 4.20 petang, tengok-tengok Athirah masih belum bangun tido.. isk maratahon lak la dia, tido 3 jam berterusan.. uh uh senang keja la kalau macam ni...

Friday, August 22, 2008

Kesian Aleya..

 
Di perkenalkan, ini kawan baru Athirah, nama dia Aleya... nama ni Athirah sendiri yang beri, abahnya ni sesaja bagi nama Aneka.. pasal beli kat pasaraya Aneka.. tapi akhirnya nama Aleya juga yang dia gunakan.. apa-apa sajalah Tie'ah oooo... kami heran juga dari mana dia dapat nama nih, rupanya nama ni ialah cucu kepada 'A-wan' yang dok ngasuh dia tu.. ooo baru saja kami tau nama cucu dia nih, mungkin Athirah selalu dengar nama tu di sebut maka terguna pakai lah kat kawan dia tuh... semenjak ada Aleya nih, nak kemana-mana mesti di bawaknya bersama, kadang-kadang dia mengigau sewaktu tido malam, pasal kat umah mengasuh tu depa suka ngusik dia nak amik atau nak buat Aleya dia tu.. hu hu sayang sungguh dia kan...? 
Pagi ni dalam dok sibuk sibuk bersiap aku ada la nampak Athirah dok ronda-ronda dalam umah, ingatkan dok cari apa.. rupanya dok cari wet tissue, ingatkan nak buat apa.. aku pon ikut ler dia pelan-pelan, ooo rupanya di wak masuk dalam bilik dan pi lap badan Aleya dia tu, pastu letak kat atas kepala Aleya dia tu, pastu aku tanya la dia pasai apa di wat macam tu, dia kata "Aleya Demam...!!"... aku nak tergelak pon ada, penin pon ada.. last-last aku amik handphone tangkap gambo dia... :))  --- rupanya dia masih ingat masa kami dok lap badan dia, lepas tu letakkan cool fever atas kepala dia masa dia demam tuh.. isk .. isk 
  
Bermula dari malam kemarin, lebih kurang pukul 11.00 malam, hujan turun dengan agak lebatnya, menyebabkan terhenti sebarang cadangan nak tengok Ast*o.. abis tu nak bukak PC lama-lama pon aku menjadi semakin segan la.. pasal tu cerita Athirah main kat taman tu ada gambar nya saja tak de sebarang update... hmmm entah pukul berapa hujan berenti, pasal lepas tu aku masuk tidor dah... sedar-sedar alarm bunyi waktu subuh.. lepas dah siap-siap semua lepas tu hantar kak aku naik bas nak gi keja, on the way balik tu, hujan turun pulak... adeh jadi la seharian hujan... 
Masa aku nak bali semayang Jumaat tu tengok ok jer la, dah berenti hujan, cuma masih terdapat awan-awan kelabu di sana sini, ingat ok lah tu tak hujan dah, tapi sangkaan meleset.. di ketika aku sedang bersembahyang Jumaat tadi hujan turun pulak, walaupun tak begitu lebat, tapi cukup untuk memabasahkan orang yang meredah hujan, dan aku terdiri dari orang yang meredah hujan itu, oleh kerana jarak umah dan masjid yang tidak begitu jauh, maka darjah kebasahan aku agak kurang la, okey la tu baju tu leh pakai gi keja lagi la... 
On the way nak gi keja tu, hujan masih lebat.. dan kerana hujan lebat maka perjalan keta pon lembab, berderat-derat kat trafik light, maka sempat la aku snap dua tiga foto nih..   

Thursday, August 21, 2008

Taman lagi...

 
Sampai saj aku kat umah, mem aku ajak keluar, Athirah kononnya dah jemu seharian terkurung dalam umah, mula-mula kat umah pengasuh dia, nih balik umah pon dok main kat dalam saja... jadi kami buat rancangan nak pi pasar malam saja lah kat Kangar... on the way tu, terlalu pulak kat Denai Larian Pengkalan Assam, dan Athirah pon apa lagi merengek nak mai kat taman la... masa tu dah pukul 6.30 petang.. hmm mau tak mau layan saja la.... seronok juga ada kat sini.. leh tengok ada orang dok jogging, ada yang bersenam robik, ada juga bebudak skateboard.. terhibur jugak la... tak lama kami kat situ,  yer lah dah dekat nak Maghrib, nak gi pasar malam lagi, jadi menagis la budak itu.. tak puas main.... selepas di pujuk lebih kurang.. baru la boleh tinggalkan tempat itu...

Saturday, August 16, 2008

Jom jalan-jalan....


Hmm.... hari Sabtu  lepas... aku, mem dan angah athirah nak bawak dia pi ronda-ronda di Alor Setar.. tapikan oleh kerana dia letih hari tu, mungkin lepas buas bermain, pukul 4.00 petang baru dia bangun, jadi kami bawak jugak la, bukan pasai apa sangat.. nak cari baju raya siap-siap kat dia.. he hee awal beno kan cari baju raya.. tapi bila pikirkan yang nanti mama dia sarat dah dah tentu tak larat nak ronda-ronda cari baju raya dia, dah la berpuasa kan..? Selain dari tu juga angah dia pon nak tumpang sekaki juga la, beli baju untuk anak menakan dia lah kot.. he heee.. 

Okeh, selepas berbeli belah, siap dok try kat situ sambil berpilih-pilih baju gitu di celah keriuhan dan keramaian orang di Kompleks Star Parade tu, hmm macam biasa la Athirah ni kalau dah di bagi kasut memang kecoh saja lah jadinya, abis di rentap baju-baju yang bergantungan kat rak tu, jenuh juga la aku kepung... mama dan angah macam biasa dengan biasanya terus memilih pakaian.. Bila dah selesai semua baru lah singgah kat McD tu.. beli fries dan juga ais krim tu... bukan main suka la mek Tirah ni, sampai orang lain nak tumpang pon tak boleh... 

Dalam pukul 7.30, kami keluar dari Bandaraya Alor Setar dengan harapan sempat sampai rumah sebelum habis Maghbrib.... laju jer aku bawak, tapi tak le terlampau laju pasal jalan licin selepas hujan.. sampai jer kat sempadan Kedah Perlis, dah pukul 8 lebih-lebih gitu.. hmm sempat nih aku fikir... tapi selepas tu kan kenderaan berderet-deret kat depan, hish apa pesal lak pulak nih, ada roadblock ker senja-senja macam ni, pastu kenderaan kat line depan pon tak der yang lalu.. lepas tu kan nampak ada moto lalu dari depan suruh kita orang belok masuk jalan ban.. hmm aku pun cilok jer lah... dari jalan ban tu baru la aku nampak ada eksiden kat simpang jalan nak ke Sg Padang.. emm keta apa tah aku tak sempat nak tengok pasal nak cepat balik , akhirnya selepas cilok sana sini, pukul 8.25 samapi umah.. fuhh lega sempat solat .. walaupun lewat sikit.

Lepas sesi makan dan bersantai nih, nak cuba try baju-baju Athirah ni sekali lagi sebelum di simpan, try punya try semua ok, cuma satu seluar nih yang agak keck pinggangnya, mungkin juga jurujual tu dah tertukar size nih.. jadi terpaksa lag pergi semula besoknya...


Hari kedua ke Alor Setar, kami keluar pagi-pagi lagi la, dalam pukul 9.20 macam tu, sampai kat Alor Setar, dalam 10.15 selepas singgah dua tiga tempat, selepas tukar seluar dia dengan skirt pasai seluar tuh dah abis sizenya, rugi RM1.50 pasal skirt tuh murah dari seluar... nak dapatklan wang balik memang dah tak boleh.. isk.. selepas tu bergerak cari seluar kerja aku lak la, seluar kerja nih merangkap seluar raya la, nak save budget punya pasal... dalam pukul dua belas setengah baru keluar dari Bandaraya Alor Setar nih selepas singgah take away McD tuh, juga beli bubur ayam McD.. abis Athirah makan sepanjang jalan balik tu, mungkin dah lapar seleaps sepagi berjalan-jalan... 


Sampai umah, kak aku dah siap nak gi makan kenduri, ada dua tempat, satu di Titi Tok Bandar dan satu lagi di Taman Kemajuan.. seleaps makan nasi lebih kurang, mata Athirah ni dah separuh terbuka, termata mengantuk dah tu, pasal seharian tak tidor lagi nih, sampai umah dalam pukul 2.45 petang terus masukkan dia dalam buai, tak sampai 5 minit dah tidor dia, mungkin pasal letih berjalan kesana sini makanpukul 6.30 petangbaru lah dia bangun tidor.. hu huu hampir 4 jam tido.. itu dah kategori pensannn dahtu Cik Tieh oiiii...

Monday, August 4, 2008

Kisah abah & anak


Ini lah kisahnya, bila dah anak yang dah pandai main air ni, mula nak tunjukkan belangnya bermain air, bukan lah keranan nak tunjuk skil membasuh kereta, bukan juga nak bodek abahnya untuk pergi ketaman, bukan juga berniat nak abis lambungkan meter air abah dia.. semata-mata seronok nak main air sajalh ni..

Mula-mula tu lepas dia bangun tido (pukul 6.45 tu dia bangun), dia nak tengok kartun kat Channel 611, lepas tu dah cerah sikit dia nak meronda kat luar, nak tengok pokok bunga, nak kutip buah mempelam yang luruh, nak sapu sampah dan juga bakar sampah bersama angah dia.. (tapi macam biasa la, jadi mem besar sajala.. mulut becok sana sini, komplen sana sini, tanya sana sini.. dah puas kacau angah dia...

Nampak pulak abah dok basuh keta, emm seronok tu boleh main air, mula-mula dia sapu keta tu dengan tangan dia, lepas dia himpit abah dia yangsedang cuci keta, lepas tu dia mintak kain cuci.. hah lepas tu dengan paip air tu dia amik... jadi apa lagi abah pon amik gambar saja la... lepas tu baru angkat mandi dan abah pon sambung kejanya.. hu huu.. rajin juga anak dara aku ni yer..?

menurut carta...

Jawapan 1- Bodek abahnya nak pergi taman mendapat 66%

he hee..

Thursday, July 31, 2008

Taman lagi...

Ni haa.. mek Tirah ni, lambat ada peluang ada saja rancangan dia nak pi taman, kalau dah pi taman tu memang sampai ke telinga la senyum dia, dah tu gelak kuat kuat sampai kan abang-abang yang dok main kat sebelah pon tertoleh toleh, entah apa yang dia seornok sangat tah la.. nih gambar masa ari Sabtu tu (26/07)..

Lawatan ke taman tu, boleh tengok-tengok saja la pasal awal pagi tu hujan, jadi semua permainan tu basah dan licin, jadi tengok saja la...

Seronok lah tu...

Lepas pada lawatan pi taman tu, kami berangkat pula la ke Pameran dan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan peringkat Negeri Perlis, hmm tak ada apa sangat la.. tengok-tengok saja, lepas tu mama Athirah beli kurma ngan kismis untuk Athirah pas tu balik la...


Seronok lah tu... boleh tengok ponny dan juga bird... becok saja mulut dia..

Wednesday, July 30, 2008

Aktiviti abah & anak..

Entri lain..

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin