Tuesday, April 21, 2009

Terasa hati..


Tadi.. masa aku nak tido kan Athirah, dia ada bercerita, bertanya seolah meluahkan rasa terasa hatinya, mungkin juga dia cemburu sebenarnya.. kerana ramai yang mengatakan yang Anieq lebih putih, lebih comei dari dia..  pertanyaan dia pada aku;

" Ayong comei kan..?"
" Ayong baik kan ?"
" Ayong anak abah dan mama juga kan..?"
" Maksu dan mak dah bubuh bedak, Ayong lagi comei dari adik kan..?"

Isk, macam mana aku nak jawab? tentu aku 'ya' kan semuanya.. memang sudah semestinya lah kan, aku tau mungkin sebenar dia terasa yang sekeliling sering mengatakan begitu, mengatakan adik dia lebih putih, mengatakan adik dia lebih comei, dan selalu juga mama dia mengatakan Ayong anak abah, adik anak mama, sememangnya akal seorang Athirah taksampai mengatakan bahawa kata-kata sebitu tidak lebih nak mengusik dan bergurau.. tapi bagi dia mungkin satu kebenaran, atau momokkan bagi dia.. dan malam ni dia seolah nak mencurahkan pada aku.. 

Mungkin itu yang aku rasa, kalau orang lain mungkin mengatakan aku terlebih rasa .. tapi tertangkap juga di hatiku sebenarnya Ayong sedang gundah, takut adik nya dilebihkan.. dan dia di tinggalkan.. sebenarnya dari sebelum Anieq di lahirkan, aku sudah bersimpati pada dia, tapi aku rasakan ini satu keperluan.. kerana aku rasa buat suatu waktu yang panjang mereka sebenarnya saling memerlukan.. tiada rakan  sebaya yang tinggal berhampiran.. jadi dengan siapa Athrah nak berkawan nanti..  mungkin sehingga bersekolah nanti..

Semoga dia akan tabah dan cepat belajar nanti..

Friday, April 10, 2009

..buat apa tu..?

Dah besar rupanya anak dara aku ni, sekejap saja masa berlalu, dari merangkak, berjalan kemudian berlari dan melompat tak henti-henti, sekarang dah belajar jadi feminin, jadi anak dara betul lah anak aku nih.. dah pandai jaga adik ( walaupun yang banyak dia dok sakat dan tampar adik.. jelos lah tu kalau mama dan abah dok main ngan adik dia.. tapi dia still sayang dengan adik dia tau.. buakan leh sapa nak amik.. mesti dia cakap "tak boleh.. tak boleh.." dan kadang-kadang tu terus "takkkkkkkkkkkkkkk.. bolehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!".. kuat kuat macam tu..).. he hee

Oleh kerana dah lama tak update tentang Athirah.. aku tempetkan gambar banyak sikit yekk.. tapi kebanyakkannya tak di edit la.. tak sompet looo nak edit-edit nih.. 



Tengok nih.. rambut dia dah panjang dah, dah tu lak tergaruk-garuk.. macam tak selesa saja tengok dia.. 
...dah tengok macam tu jadi mam dia pun potong lah rambut dia.. tengok tuh macam buat muka tak pueh hati sajork...


haaa.. sekarang bila dah potong rambut tu.. nampak macam besar la sikit kan?.. besar ke berat dia baru 12kg... nampak macam besar saja kan..?



eh.. sekarang ni dia dah pandai dok main dengan adik dia la.. dah pandai acan (agah?) sampai adik tergelak-gelak, tapinya banyak nya dok nyakat adik la.. kadang-kadang adik nak tido pun susah.. dok kena nyakat saja..


pagi ni kan, aku baru saja balik dari market (pasar), Athirah tinggal dengan angah dia, sampai je kat umah tengok sunyi jer.. rupa-rupanya dia tengah seterika dan lipat baju dia.. ala lipat macam dia lipat la.. bukan macam mama dia lagi.. tapi tu lah.. dah besar rupanya anak dara aku ni.. dah ada instinct nak buat keja-keja umah.. he heee.. nanti dah besar senang lah abah kan..? 

Monday, March 9, 2009

aksi dia lagi...

Satu petang tu kan, gamaknya dia dah abih modal nak main sana, main sini, lepas kayuh gerek (basikal) sana, kayuh gerek sini, tiba-tiba kan dia jumpa tudung yang bertepek kat atas kerusi, hmm gamaknya dah lama tak pakai.. maka di serlungkan kat kepala dia.. nampak kat mama dia, maka di sempurnakan kedudukan dia.. tapi kan dia ni mana boleh diam.. jadi macam-macam lah aksi dia ni... 




Tuesday, January 27, 2009

Aksi Athirah masa cuti raya cina...

Cuti raya Cina kali nih, tak la meriah sangat, tapi jadi begitu heboh bila Ummi Ina n amily, semua balik 'beraya' di kampung... walaupun hajat tu nk tengok Adi Anieq sebenarnya tapi boleh juga sebagai hari perhimpunan keluarga.. yer lah selepas dari Hari Raya Aidil Fitri, baru lah kakak aku balik pulak... suasana rumah yang agak tenang, mejadi kecoh la bila 4 orang askar wataniah tu balik.. Athirah pon tumpang seronok juga la.. ada kawan bermain kat rumah.. 
Tapi tak dapat nak jalan-jalan sangat la, pasal adik Anieq yang masih kecil, jadi tak dapat nak merayau jauh-jauh.. he heee.. bila dah tak dapat jalan jauh layan aje la thirah kat taman.. macam-macam ada.. 
tengok saja lah.. lom dapat eden nak bagi komen

Tuesday, January 6, 2009

Yang Comot & Yang Comel

Tengok Athirah ni, kalau dia makan ais krim ka, makan cokelat ka atau yang paling di suka sekarang ni ialah Calcy Yum (erk.. betul ka ejaan dia..?) mesti dia suka sangat, sampai comot-comot macam tu, dh tu siap kena baju dan seluar lagi, isk nih yang selalu dok kena marah dengan mama dia, tapi bila tengok muka dia macam tu, nak tergelak pon ada, dah tu pandai lak merayu-rayu nak tambah lagi, hu huu kalau aku memang tak kan dapat punya, kalau merayu kat angah dia mesti dapat..  apa nak di kato..?

Athirah ni satu hal dari kecik lagi tak suka nak letak apa-apa kat atas kepala dia, kalau letak topi ka, tuala ka memang cukup pantang, masa kecik dulu siap nangis-nangis lagi tak mau pakai, dah besar nih pon payah la nak suruh pakai apa-apa baik tudung ke, topi ke... tapi hari Ahad hari tu saja je nak suruh dia pakai, pasal nak hantar gi umah pengasuh dia, dah tengah hari dah , hantar naik motosikal saja... jadi cakap kat dia kalau nak gi kena pakai tudung pasal panas sangat tengah hari tu, jadi sempat la pakai sekejap, sampai kat umah pengasuh, lepas saja snap satu keping gambar.. terus saja dia buang..  isk haru betui la Athirah nih... 




Tuesday, December 23, 2008

Self Potrait dan Basikal baru

Ini lah bagai orang tua-tua kata.. 'kemana tumpahnya kuah kalau bukan ke pinggan nasi'.. isk macam sungguh jer.. hari Sabtu dan Ahad ari tu, ak pergi kemana-mana sangat.. layan saja lah perangai Athirah ni, jenuh lah.. abis kecoh satu rumah di buatnya, bila dok diam tu ada saja la yang dikerjakannya.. sekali aku nampak dia dok main hanphone aku, ingatkan saja -saja main, rupanya nya dia dok tangkap gambar dia ... lor.. tengok lah tu..



Dah tak tahu nak buat apa dah.. habis di sepahkan dalm rumah, jadi aku ngan mem pakat la nak beli mainan baru kat dia, nak beli basikal plastik beroda tiga tu, dia pon dah makin besar.. jadi last-last beli sajalah basikal besar tu, biar lah dia tak pandai kayuh lagi.. boleh la dia belajar sendiri kan.. kalau beli yang kecik nanti habis la dia pusing satu rumah...
hah ni lah basikalnya...
baru dok cuba-cuba naik lah ni..
tengok tu.. dia pakai main terjun saja..
haa kan lawa kalau naik elok-elok macam nih...

Dapat jer basikal nih, bukan main melasak lah dia naik, kejap di tolak, kejap naik, kejap turun, tak sampai satu hari dah luka kat kaki tu, hmm tapi tak pulak dia nangis.. 

Monday, December 8, 2008

Bikin kecoh...


gambar hiasan..

Hari ni .. budak ni memanh sengaja buat kecoh, pagi-pagi lagi dalam pukul 5.30pagi dah bangun.. nak susu.. oke lah kira biasa lah kan.. lepas tu dia tido balik.. dalam pukul 7.30 pagi baru dia bangun tido.. bangun saja dia dengar takbir raya.. terus jer dia jerit.. "yeeyyy!! raya.. raya!!", terkejut jaga adiknya.. takper lah.. lepas tu dia pon sibuk-sibuk nak mandi dan pakai baju raya.. adeh mana ada baju kurung kan, dia nih lasak payah nak beli baju kurung, jadi pakai lah baju kurung raya posa ari tu.. oke la...

Dah pukul 8.15 pagi dia pon ikut angah dia gi masjid.. kononnya nak sembahyang raya la tu.. okeh la. pasal hujan dah teduh, dah tu lak ari ni pasal ramai orang, jadi saf belakang sampai kat luar masjid.. err kat tempat letak basikal, disediakan  tikar sebagai pelapik.. jadi aku pon dengan senang ati lepaskan jer la dia ngan Angah dia.. aku masuk sembahyang dalam masjid.. balik umah saja, tengok kakak aku dan Athirah dah sampai umah, uih cepatnya... aku tanya kak aku, Athirah tak membuas ka kat masjid tadi..?

Tak buas apanya, cuma dia lari balik umah, masa tu kak aku tengah Tahiyyat dah.. dah nak sudah sembahyang pon, pandai saja dia cari kasut dia, pakai pastu terus jalan kaki balik ikut jalanraya.. nasib baik ada lah sorang budak lelaki yang kebetulan terlewat sampai dan tak jadi sembahyang ternampak Athirah.. lalu di pimpin sampai jalan nak masuk ke rumah. Kakak aku sebaik saja bagi salam terus saja bangun dan ikut dia balik, takut terjadi apa-apa.. sempat juga ucap terima kasih kat budak tu.. 

Adeh baik punya kecoh kan..? Nasib baik la ada budak tuh, nasib baik juga masa tengah sembahyang raya tak der keta yang lalu, dah tu nasib baik juga dia tak merayau kemana-mana, dan lagi nasib baik tak dak orang jahat yang kidnap ka.. uih susah mau pikir lah kan.. boleh bikin pengsan ooo.. angah dia pon macam mau serik dah tak nak bawah gi masjid.. mungkin untuk setahun dua lagi... 

Entri lain..

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin