Tuesday, May 20, 2008

Siri Jalan- Jalan : Tesco Alor Setar




Hari Ahad hari tu sempat juga aku, mem dan athirah, kak iparku dengan anak-anaknya dan juga ibu mertuaku berkunjung (lawatan rasmi) ke Tesco Alor Setar yang baru di buka hampir 2 minggu, ingat kan tak la ramai tapikan aku lupa yang hari tu cuti Hari Wesak, jadi Warga Kedah pon cuti jugak, jadinya meriah la kat Tesco, jem lah jalan nak pi situ, penuh la tempat parking yang disediakan. Bersesak-sesak kat situ, hingga kan tersesat lah mak mentua aku jenuh juga la dok cari.. tengok-tengok dok tunggu kat main entrance.. nasih baik lagi.. kalau tak kena buat pengumuman kat PA.. naya tuh , berjalan-jalan dengan bawak anak ni memang terasa penat, tambah pulak nak beli barang-barang keperluan, seperti 'pampers, dan juga susu tapi dah habis pulak akibat dari promosi dengan harga yang menakjubkan (?) maka makin bertambah penat lah aku jadinya.

Mau tak mau keluar dari Tesco, bertolak pulak ke Aneka di Jitra, nasib baik lah orang tak ramai, nasib baiklah 'Pampers' ada dah tu dapat harga promosi lagi lega la... sambil tu boleh juga dok cari baju Athirah, hmm kesian kat dia dah lama tak beli baju kat dia.. sampaikan naik jemu tengok dia dok pakai baju yang sama tiap-tiap minggu..dalam pukul 4.30 petang baru lah sampai umah metua ku, adeh letih la eden akhirnya..
Posted by Picasa

Sunday, May 18, 2008

Alahai Athirah 3...



Ok, dulu aku penah tunjukkan gambar macam mana Athirah dok berlari-lari, bermain-main kat luar rumahkan? Kali ni aku masukkan video pulak, macam mana meriahnya dia bila dah bermain kat luar, jenuh la aku nak kontrol, jenuh la aku nak hambat dia... memang lasak sungguh dia ni. Hari Ahad hari tu, mem aku bawak balik kampung, rumah Tuk Ayah dan Tuk Pah dia, huh huh lagi la meriah bila disana ada pulak sepupu dia (yang kuat nangis tu), nak di jadikan cerita sepupu dia tu demam selsema, jadi peel dia makin menjadi-jadi la, cemburu sana sini la, apa barang yang di bawa ta k leh Athirah nak pegang pun, mesti nangis.. dah tu lak kalau patung beruang yang Athirah bawak tu dia nak amik.. pon nangis.. adeh pening abis orang kat dalam umah tu...

Jadi, petangnya depa bawak sepupu Athirah ni ( yang Athirah panggil Kak Epa), pergi klinik dan bawak Athirah sama, gamaknya depa kesian tinggai Athirah sorang dengan mama dia saja, dah tu lak mama dia pon bukan larat sangat... maklum la dok bawak badan dan perut saja la ni. Bila aku sampai saja petang tu baru la aku dengaq cite, mak mentua aku ni samapi cekang (tegang) urat betis dok hambat Athirah, yang sememang nya tak leh nak diam tu, yer lah dah di pakaikan kasut, dia nak 'jalan-jalan' la... dan Athirah kalau dia sebut nak 'jalan-jalan' memang dia tak akan jalan saja la, tapi akan berlari-lari la dalam kedai ka, dalam klinik ka, tak kira di mana-mana pon..

Heee hee sekurang nya depa paham, pasai apa aku jarang pakai kan athirah kasut kalau pergi mana-mana, jarang nak lepaskan athirah, mungkin selama ni depa dok heran kat aku kot, pasai apa pi mana-mana aku tak lepaskan Athirah, tak pakai kan kasut Athirah.. kali ni depa tau la pasai apa.. he heee..

Monday, May 12, 2008

Kiasahnya si Athirah! ...2


Ni Lah Athirah sekarang ni, kalau dia balik kerumah 'Tok Ayah' dia, memang lah tak dapat nak di control, menjadi-jadi sifat explorisasi dia, bukannya mau lekat kat dalam rumah langsung, ni kisah terjadi masa balik rumah 'Tok Ayah & Tok Pah' dia la, kebetulan hari tu hujan saja sepanjang hari, dan aku pulak kena keja pasal lawatan dari I Play , jadi sepanjang hari tu dia kena kurung la pasal hujan, dan petang nya dah aku sampai , dan hujan pon dah berenti.. apa lagi terlepas kandang lah dia. Dia kuar ngan Tok Pah dia la..

Aku terlelap sekejapmasa tuh, tengok-tengok dah dok berkuabng dalam opak air, dah marah apa lagi dahmasa tu, hanya amik kamera snap gambar, lepas tu tangkap pegimandi dan bawak masuk tukar baju la.. dia punya meraung macam apa tah.. masih lagi nak main kat luar, pada hal nak maghrib dah.. Tok Pah dia dan mama dia pon dah tak terkata apa-apa lagi dah la.....
Posted by Picasa

Tuesday, May 6, 2008

Alkisahnya Athirah... 1





Ini lah kisah, Athirah ni kan kalau di bagi peluang, memang dia akan menjadi-jadi lagaknya, kalau lah di bangkang maka akan merajuk lah dia, dengan memuncung kan mulutnya yang 'seciput' tuh.. lepas tu keluar lah frasa 'amau... amau kawan..!' atau kadang-kadang keluar juga frasa 'amboiii dia... besa (biasa) naaa..'.. dan macam-macam lah frasa-frasa yang di ajuk dari mama dan abah dia, kadang-kadang diajuknya dri iklan-iklan tv tu...

Satu lagi perangai Athirah ni, pantang kalau berjumpa dengan kasut, kalau jumpa kasut saja memang tak mahu duduk dalam rumah sajalah, asyik nak 'jalan' saja.. tapi kan bila dah bagi jalan jadi lah macam di atas nih, huh 'jalan' lah tu... aku bukan la nak kontrol sangat.. tapi kalau dah berlari sampai macam tu, akhirnya jatuh nanti.. dan selalunya pon dia akan jatuh, kadang-kadang tuh sampai berdarah lutut dan tapak tangan dia, tapi peduli apa dia.. nak 'jalan' juga.. sampai masuk waktu Maghrib pon nak jalan juga... kalau bawak masuk umah nanti akan nangis la kuat-kuat, dah merajuk lagi.. adeh la...
Posted by Picasa

Monday, May 5, 2008

Jalan-jalan dan tangkap gambar...


Hari Ahad hari tu juga, sempat juga aku merayau bersama Athirah, naik moto, ronda-ronda satu kampung, bahkan ke kampung-kampung yang berhampiran, sesambil melayan keletah Athirah yang bermacam-macam tu, sesambil melihat suasana sawah padi yang baru nak bermula menghijau tu, sambil lah dok snap gambar sana sini, sesambil tu juga try lah nak amik gambar kami berdua , tapi begini aja jadinya..
Begini lah keadaan sawah padi di kampung-kampung yang berdekatan dengan rumah aku, masih lagi dalam proses menyemai padi atau kat kampung orang panggil menabur padi, terima kasih dengan teknologi sekarang, tak payah nak teruk teruk tabur padi lagi, cuma kena galas mesin tu dan ia akan sembur padi pada tempat-tempat yang kita halakan muncungnya tu...

Sunday, March 30, 2008

Sepetang di Taman!

Okeh kita sambung dai kesah kemarin, berlaku kemarin juga... selepas dari mandi-mandi di umah Tok dia, selepas Asar tuh, kami meronda pulak kat kawasan Arau, pergi hantar Pak Su dia (adik ipar yang bongsu) kat Sekolah Menengah Teknik Arau, dalam perjalan tu jenuh la Pak Su dia melayan Athirah yang suka bercakap ( cakap dalam bahasa dia la, dalam 10 patah perkataan 4 sahaja yang boleh di paham.. yang lain pakai 'ya' sahaja la).. dalam banyak perkataan yang disebut (.. juga di ajuk dari radio kreta) , ialah dadih.. isk acapkali jumpa Stesyen Petronas.. mesti sebut dadih.. adeh dua suka makan dadih yang selalu di beli di Petronas.

Lepas hantar Pak Su dia, on the way nak balik tu singgah la beli dadih ( dan isi minyak jugak..) kat Athirah.. lepas tu tengok jam masih awal.. dalam pukul 5.45.. jadi singgah lah kat taman, yang bagi aku cukup nostalgia ( he hee..) Jadi jenuh la Athirah main, jenuh juga la abah dia mengejar sana sini, menjaga anak dia yang sorang nih! Adeh dah melh nak cite.. tengok jer lah gambar ni.. betapa sukanya dia..






Posted by Picasa

Sukanya dia dengan Air!





Begini lah Athirah bila dah berjumpa denga air.. seronok habis denia la dia.. dengan kedaan cuaca yang panas sekarang ni, walaupun hujan turun tapi pemeluwapan air yang tinggi menyebabkan suhu naik juga, kalau sekarang ni kat dalam umah memang lah panas!

Kisahnya hari Ahad tu kami pi ke Aloq Setaq.. ( emm ada citer lain nih.. tapi nanti2 lah ye.. !!) bertolak dalam pukul 10.00 pagi, selepas dua tiga urusan kat Aloq Setaq dalam pukul 1.00 tengahari kami pon balik la, on the way balik tu singgah kat Jitra, shopping barang2 sikit, sekarang ni kalau pergi Aloq Setaq maleh betui kalau nak shopping2, nak parking susah dan kalau tak betui2 ada keja, memang tak pi la. Yer lah kan nama pon dah Bandaraya, mesti la sibuk kan? Walaupun meter parking dah buang ( sekarang pakai resit balik kot?) tapi dengan kesibukkan macam tu menjadikan selera aku nak masuk Town dah tak da! Nasib baik urusan kami nih, di pinggir bandar sahaja.

Berbalik pada kesah Cik Tirah kita nih, kebetulan dia ni sekarang suka sangat bangun awai.. hari cuti pon bangun kol 6.30 pagi, adeh la tak bleh nak bermalas-malasn kat tempat tidur tuh.. Dia ni na kbangun awal pon bukan pasai apa sangat, nak tengo kartun saja keja dia.. isk bahaya la budak2 besaq ni pon dah start tengok katun (.. ikut perangai sapa tah ni? :) .. ) Nasib baik la ada Pak As*ro nih, pagi2 dah bukak Chanel 611 ni, ada Postman Pat la, Bob the Builder la, dan bermacam-macam kartun lagi la, dan yang paling dia suka ialah Ultraman.. adeh.. ! Lepas tengok Ultraman baru la dia nak bangun.. hmm

Now, patah balik ke kisah Aloq Setaq tadi, lepas singgah kat Jitra beli kasut Cik Tirah kita ni dengan mama dia, baru la balik dalam Pukul 2.00 macam tuh, kali ni memang dia dah ngantuk benar la, samapi dah tak nak berceloteh apa lagi dah, kami biar je lah kat seat belakang, dengan susu dan 'mek mek' dia.. hmm tak dan nak bergerak jauh dia dah tidor dah, jadi kami bawak keta pelan2 la takut dia terjaga.. hu hu sampai umah mertua aku, masih tak bangun, jadi kami biar lah dia tido dalam keta, bukak tingkap biar angin masuk.. lama juga dia tido sampai kol 4 petang, lepas bangun baru la bagi mandi dan makan. Itulah kesah nya Athirah mandi kat umah tok dia..
Posted by Picasa

Entri lain..

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin