Sunday, October 29, 2006

Hal2 dan demam!

Semalamkan dalam aku dok sibuk2 nak mai keja dan juga kakak aku nak balik Shah Alam, keta lak buat hal, lah.. bukan la pasal apa sangat.. rupa2nya air bateri dah abis.. so tak leh stat la.. emm nampak sangat aku tak penah bukak bonet tu kan.. lah memamng pon.. aku dok harap pi servis 2 bulan sekali jer.. tapi dek kerana masa nak kena check ari tu, mem aku bersalin.. so pas tu delay lama dan terus aku terlupa.. pakai naik jer.. baru la dapat habuan.. anyway bila dah leh setat aku bawak pi servis la.. tapi dah fully book mau tak mau kena buat booking dulu dan pastu mem aku la pi hantar servis..

Emm dala masa ni jugak Athirah demam, kesian aku tengok, dah la payah nak senyum, nih dah makin moyok jadinya.. tetapi kekadang tu dia bersuara gak.. tapi dah kurang aktifnya... moga cepat la dia baik.. tapi kan malam ni dia ada jugak batuk2 dan bersin.. emmm boleh jadi dia selsema kot.

Tapi kan orang kata kalau dok demam ni nak boleh akal.. sungguh ke ni.. cuba sapa-sapa bagi komen tgk.

Aku dok ternanti-nanti juga apa la lagi yang athirah nak buat.. kekadang tu tak sabo nak tunggu dia buat sesuatu, tapi mana la boleh aku nak 'kejan' dia, so terpaksa la aku bersabo.. kena la aku tunggu satu persatu kan?

Apa-apa pun semoga dia cepat sihat,
Moga dia akan kembali ceria..
Baru la senang ati aku..
Amin...

Tuesday, October 24, 2006

Salam Di Hulur, Maaf Di Pohon, Hasrat Di Hati


Salam...
salam
Salam hari Raya Aidil Fitri buat semua pengunjung!
Jika terdapat sebarang salah dan silap, baik tersalah perbuatan, tersilap cakap, terlanjur gurauan maupun tingkah laku yang taidak disenangi.. kami sekeluarga menyusun sepuluh jari memohon kemaafan...


pst... athirah pesan sapa-sapa yang bermurah hati nak bagi duit raya boleh bagi melalui abah dia melalui akaun BCB 0902-002619X-05-X

Setiap transfer dia ucapkan berbanyak terima kasih, lagi banyak transfer lagi panjang trima kasih dia

Friday, October 13, 2006

4 bulan dah..

Semalam dah genap Athirah berumur 4 bulan.. heh macam nak buat kenduri sambut birthday lak.. isk ada ka.. kang orang kata 'dahagi' lak.. dan bersempena dengan umur dia yang empat bulan tu jadi kena bawak la pegi ke klinik utk di periksa kesihatannya...

So Alhamdulillah sumernya ok .. berat badan pon bertambah 500g saja... dan sekarang Athirah 6kg .. tapi aku dah merasa beratnya.. alahai.. emm athirah pun dah pandai melompat lak sekarang ni.. kalau setakat nak mneiarap tu dah pass dah .. siap boleh pusing balik.. kang nanti dia nak bergerak mesti bergolek2 la dia..

Em dalam sesi kaunseling tadi, mem aku bagi tau yang athirah dah boleh makan 'moi' dah.. emmm kena campur ngan sayur2, lobak merah la, kentang la, jus buahan.. nanti jenuh la..
kalau dah start makan tu kang lagi aktif la si athirah tu...

ps.. nih muka baru bangkit tidoq.. dan baru lepas siap nak pi klinik... ( alah mana nak senyum.. mandi pun tak lagi..) Posted by Picasa

Monday, October 2, 2006

Hari Mesyuarat

Hari ni penuh dengan Mesyuarat.... dari pagi sampai la petang.. Agendanya satu jer.. Perasmian Perpustakaan Cawangan Kuala Perlis dan juga Perasmian Bulan membaca peringkat Negeri Perlis.. nampak gayanya raya tahun ni aku sibuk.. cuti juga di bekukan bermula dari 26.10 - 8.11.2006..

Habis untuk raya ni aku apply untuk 23 hari bulan jer .. cuti awal....

Emm ni Athirah dah boleh meniarap dah.. tapi bila dia meniarap siap dengan menderam2 bunyi dia.. entah la pasai apa... kot dia geram pasai nak bergerak2 kot.. isk mana leh lagi kecik gi..
Posted by Picasa

Entri lain..

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin